Karipap Sedap Susah Nak Dapat

Lambat sikit update blog bila tak sempat nak draft entry awal-awal. Tak ada cerita sebenarnya. Makanan lah jadi modal entry pembukaan pagi ni. Jamu mata dengan karipap sedap je lah.

Tak tahu nak sarapan apa, gorengkan je karipap frozen 4 ketul, 2 ketul sorang dan beberapa ketul ayam gulung cp. Ringkas, cepat dan sedap.

Karipap Sedap Susah Nak Dapat

Karipap frozen beli di Kuala Pilah haritu sebelum balik rumah. Tapi sayang pulak kat label tak berapa jelas nama dan no telefon tu. Ini yang dikatakan karipap sedap susah nak dapat. Dahlah memang susah nak dapat sebab stok selalu habis.

Maklumat penjual tak jelas pun susah juga orang nak contact cari pembekal karipap frozen kan.

pembekal karipap frozen

Agak agak apa lah nama kak tu dan no tel dia. 

38 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Replies
    1. Mungkin jugak tu kak. Itulah tu, nombor tak jelas pulak

      Delete
  2. Hehehe next time blk pilah kena sgh kedai yg beli tu blk arr.. G tanya karipap aritu nama apa hehe

    ReplyDelete
  3. Macam Kak Kay tp x berapa jelas.. kklau Kak Kax mcm pelik plak bunyinya..hehe

    ReplyDelete
  4. Dah dapat yang sedap tak jelas pulak yer..Saya ada beli 1 pack karipap frozen minggu lepas.Bila goreng semua pecah tak sempat masak dalamnya.Minyak jadi kotor.Tapi yg tu alamatnya jelas🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, alamak! Yang tu jelas pulak ye....tapi tak mungkin akan repeat beli yang tu :)

      Delete
  5. Kat Melaka pun ada 1 tempat jual karipap frozen sedap. Order baru dia buat. So tak boleh nak terjah-terjah beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kena order dulu baru beli. Okay jugak tu dapat karipap baru buat.

      Delete
  6. Haah nampak Kak Kay.
    No telefon pun tidak nampak. Aduh rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang cakap Kak Kay. Betullah tu agaknya.
      Letak info okay dah cuma tak jelas. Rugi kan jadinya.

      Delete
  7. Sayang tak nampak pula, betul karipap sedap susah nak dapat, nak buat pun tak larat hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Saya memang tak pakar buat karipap. Kena beli jugak :)

      Delete
  8. maybe bleh try cari kt fb. nama dia nmpk jelas, no telefon je kabur. haha

    ReplyDelete
  9. kak kay tu saja nk suruh kita main teka-teka no henpon nya

    ReplyDelete
  10. Sayangnyaaa.. takpa, ads rezeki bertemu lagi... hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa check agaknya tu lepas photostat tak perasan tak jelas nombor phone tu. Harapnya perasan dah buat semula bagi jelas.

      Delete
  11. betul kak, karipap yang sedap memang susah nak dapat. karipap ni segala2nya kene sedap dari intinya ke kulitnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, dapat yang sedap contact number pun tak jelas. huhu...

      Delete
  12. kak kay kot namanya (dah mcm nama suami kita pulak) hahaha..
    yg penting2 pulak tu yang tak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tersama pulak eh. Itulah tu, yang penting pulak tak nampak. Tak perasanlah tu agaknya.

      Delete
  13. kalau intinya sedap
    kulit rangup mestii sedaplah kan

    ReplyDelete
  14. Kak Kay...tapi no tak jelas...blkg nampak 21 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu agaknya Kak Kay. Semua cakap Kak Kay. Kalau no jelas boleh jugak roger roger tanya dan promote sekali ni. Sekali tak jelas pulak.

      Delete
  15. Nama tak jelas tak apa janji no tel jelas boleh call

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال