Susu Pisang Good Day Yang Tak Pishang

Dalam banyak-banyak susu UHT (Ultra-high-temperature processing), saya suka dengan jenama Goodday Milk atau Farm Fresh. Rasanya ramai yang lebih memilih Farm Fresh. Susu jenama tempatan yang lebih sedap. 

Susu Farm Fresh terlajak laris sejak menaja rancangan Gegar Vaganza beberapa musim ni. Terbaru, promosi susu pisang Farm Fresh di Gegar Vaganza Musim 8 pulak. Susu pisang Farm Fresh susah betul nak jumpa di pasaraya. 

Sama jugaklah dengan susu pisang Good Day. Bukan susu pisang je, perisa lain pun kejap ada kejap tak. Tapi memanjanglah tak ada. Susu Good Day saya suka beli kotak kecil 200ml ada 6 kotak tu. Biasanya akan beli susu kurma, green tea atau honey.

Susu pisang Good Day dah pernah rasa sebelum ni cuma tak masuk dalam blog je. Kiranya ni baru kali kedua merasa susu pisang Good Day. Susu pisang Good Day bukanlah baru lagi. Lama dah, sejak tahun lepas 2020.

Goodday Milk telah melancarkan varian baharu Goodday Susu Pisang UHT sempena Goodday Milk Fest 2020 dengan rasa berkrim dan sedap.

Susu Pisang UHT itu yang tersedia dalam pek 200 dan 250 mililiter (ml) di semua pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan pelbagai kedai lain.

Hadir dengan manfaat susu dan rasa menarik pisang yang enak, Susu Pisang Goodday UHT tidak mengandungi bahan pengawet dan kaya dengan nutrien seperti protein, kalsium, vitamin D, B2 dan B6 yang penting untuk pemakanan.- Dari keratan akhbar Utusan Harian

Susu Pisang Good Day

Susu berperisa pisang Good Day boleh tahan sedap juga. Rasa susu pisang yang kuat dan agak ber'gas' sikit. Bukan gas bersoda tu. 

Susu pisang yang berlemak dan sedap. Sekotak 200ml tu sekali minum je habis terus tak sempat nak simpan.  Susu pisang sesuai dijadikan minuman pagi untuk bekalkan tenaga. Kot tak sempat breakfast ke kan atau bila lapar. 

Susu pisang Good Day jaranglah mengecewakan. Rasa susu pisang yang tak pishang. Sedap!

48 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. yang mana lagi sedap berbanding dgn susu nilofa, goodday dgn farm fresh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah rasa susu nilofa dan farm fresh. So, tak boleh nak compare.

      Delete
  2. memang trend betul susu pisang ni kan, dulu2 tak ada rasanya

    ReplyDelete
  3. Susu Good Day so far memang sedap..
    Mostly Aini suka flavour chocolate dia sbb pekat bagi Aini lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, mostly semua sedap sedap. Suka perisa yang saya sebutkan dalam entry kat atas tu :)

      Delete
  4. Kena try susu pisang korea tu. jenama binggrae. sedap berlemak jgk hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah cuba lagi susu pisang korea. Baiklah, kalau jumpa saya cuba nanti. Terima kasih share.

      Delete
  5. akak belum pernah try lagi susu pisang yang ada sekarang ni, kalau yang pernah rasa jenama pokka tu jelah... nk kene cuba yang farm fresh dengan good day jugak ni

    ReplyDelete
  6. Bagus dah banyak susu pisang sekarang . tak yah cari yang korea punya. Farm Fresh ngan nilofa punya dah rasa. yg ni tak pernah lagi. susah nak jumpa!! 😩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kan sebab banyak pilihan. Yang Korea payah nak dapat. Tak pernah cuba lagi susu pisang nilofa dan farm fresh tu. Betul, goodday pun susah nak jumpa gak. huhu

      Delete
  7. Perisa pisang jenama Good day belum cuba lagi. Hehe sebenarnya perisa pisang untuk segala susu belum rasa. Mungkin setia pada coklat atau kopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kot terjumpa nanti bolehlah beli dan rasa kak. mana tahu berkenan pulak dengan rasa susu pisang :)

      Delete
  8. X pernah rasa lagi dua- dua jenama....nak cuba la..ramai kata sedap

    ReplyDelete
  9. rasa pisang yg x pisang achaner tu..AD tak pernah minum sebab sejenis yg tak sukakan pisang...mungkin boleh dipertimbangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa pisang yang tak pishang. Pishang tu maksudnya tak boring macam tu.
      Ohh tak makan pisang. Tak sure boleh suka atau tidak. Hehe...

      Delete
  10. Saya pernah rasa susu pisang brand apa entah dulu. Tapi tekak tak mampu nak telan sampai habis.

    Macam best pulak susu pisang Goodday ni. Setakat ni saya susu coklat Goodday. Pekat dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang macam tu jugak. Tak kena dengan selera. So far susu goodday mostly semua sedap.

      Delete
  11. any flavor susu good day , HL , dutch lady mmg fav saya . Farm fresh rasa pekat sangat , saya kurang suka walau ramai cakap Farm fresh lagi sedap . Biasa la tekak lain2 . Tengah keje terbaca entry pasal susu pisang nie buat rasa nak g cari je petang nie . hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang orang tak suka farm fresh. Betul, selera lain lain. Haaa..kena mencari tu Su :)

      Delete
  12. Akk belum pernah rasa lagi mana2 susu pisang.
    Selalu jadi pilihan susu coklat @ susu segar je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay faham. Lebih suka susu coklat atau susu segar sahaja maknanya tu.

      Delete
  13. Dulu zaman anak sekolah,saya rajin buatkan banana milk shake..Depa dah besar panjang depa beli sendiri ..la ni dah banyak pilihan susu pisang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajinnya mama cella buat bekal banana milk shake. Minum fresh sedapnya. Itulah tu, sekarang dah banyak pilihan. Beli je mana yang sedap ikut selera.

      Delete
  14. nanti nak rasalah susu pisang ni. sebenarnya tak pernah rasa lagi mana-mana brand pun haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah rasa nanti. Atau boleh cuba pelbagai jenama susu pisang untuk compare mana yang sedap ikut selera.

      Delete
  15. Ammi pun pilih good day...tp kalau brand lain ada sale ammi rembat je. janji murah

    ReplyDelete
  16. Tak pernah cuba susu pisang Goodday ni. Even yang Neelofa & Farm Fresh pun tak pernah cuba. Bukan apa, takut tak sedap!!Ha3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba yang goodday ni murah sikit dari yang lain :)

      Delete
  17. Pengaruh Korea ni. Tak pernah try Susu pisang brand Good Day. Pernah minum farm fresh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tak jugak Sal. Saja nak cuba rasa sebelum ni. Bila sedap dan ada stok tu, beli terus.
      Nanti boleh cuba brand goodday. Farm fresh saya belum cuba lagi. Susah betul nak jumpa. huhu

      Delete
  18. Sha lebih suka farm fresh.. good day ini kurang sikit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Farm Fresh sedap lagi ye KakSha. Belum pernah merasa lagi yang farm fresh. So tak dapat nak compare.

      Delete
  19. Replies
    1. Kot jumpa susu pisang goodday nanti bolehlah cuba lyana.

      Delete
  20. Tak pernah beli dan rasa lagi. Tak reti bila minum susu berperisa selain coklat. Strawberry or susu putih tu pun memang susah nak telan kat tekak.. Ramai penggemar susu pisang ni. Macam macam brand ada dalam pasaran sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak biasa dengan susu berperisa lain kot naniey. Ye, betul. Ada macam macam brand susu sekarang. Pulak tu ada pelbagai perisa.

      Delete
  21. Hurmm dalam banyak2 susu pisang di pasaran, Goodday punya yang akak belum rasa lagi. Nanti nak trylah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try cuba nanti kak Farrah. Kot kena dengan selera :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال