Baru Nak Merasa Aiskrim Cornetto Love Rose

Saya baru nak merasa aiskrim cornetto love, aiskrim cornetto baru. Cornetto pink rose ni kira viral jugalah. Nak mencarinya pun payah ya amat. Akhirnya ada juga rezeki nak mencuba aiskrim cornetto love in Malaysia.

Aiskrim cornetto unicorn je tak dapat merasa lagi. Aiskrim cornetto love rose ni tarikan dia adalah kelopak bunga pink rose tu. Siapa peminat pink macam saya memang pantang nampak warna pink. 

Nak cepat makan, kita ambil gambar secara minimalist saja tanpa prop berlatar belakangkan diri putih saja. Tak kuasa nak setting props takut aiskrim mencair. Almaklumlah aiskrim cornetto ni geng puteri lilin. Tak boleh panas sikit, cepat cair makeupnya.

aiskrim cornetto love rose
Maafkan jari yang gemuk yang tak runcing macam model. Asal boleh

Kagum sebenarnya tengok kelopak bunga rose cantik terbentuk macam ni. Bila cantik rasa sayang nak makan tu mestilah ada. Tapi dah nama makanan, tak kan tengok je. 

Ada ke patut encik suami cakap macam rasa ubat batuk budak budak. hahaha..tergelak terus saya dengar. Saya rasa okay je perisa peach cornetto lovee rose ni. Sedap rasa lemak berkrim berperisa peach. 

Dalam aiskrim cornetto tu ada coklat di tengahnya. Saya gigit sikit sikit konon nak ambil gambar nak tunjuk dalamnya. Sudahnya tak jumpa jumpa. Mujur jugaklah ambil gambar kelopak rose cantik ni awal-awal.

aiskrim cornetto love rose

Selain tu, wafer dia rangup dan ada coklat lagi bawah kon tu. Pendek kata, aiskrim cornetto love rose ni sedap lah. Kalau teringin tu boleh lah membeli lagi. 

Tapi lupa pulak harga harga aiskrim cornetto rose ni berapa entah. Sebab bukan saya yang beli. Memang tak tahu lah cerita dia. Yang pasti, lain kedai lain harganya.



38 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Semalam nampak kain rentang dekat bekas aiskrim tapi tidak tergerak hendak beli. Begitulah kalau cari benda lain.

    ReplyDelete
  2. selalu nampak, tapi tak rasa nak beli lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin rasa tak teringin nak makan kot. takpe, selera masing masing kan :)

      Delete
  3. belum sempat nak merasa.. tak jumpa lagi kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah sikit nak jumpa. Kebetulan ada jumpa, tu yang terus beli.

      Delete
  4. Nampak iklannya, tak singgah beli, tapi memang teruja kelopaknya begitu teliti kan, nak tergelak pula rasanya macam ubat batuk, mungkin betul terlebih sirap kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupa bentuk kelopak macam tu yang buat tertarik tu kak. Hihi..tiba pulak kata ubat katanya. sabar je lah.

      Delete
  5. Wah cantik munger2.
    Ni kalau bagi hadiah buat barquet pun ok ni kan...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang cantik tu yang buat rasa nak membeli. Hihi..macam tak sesuai je tu, kang mencair bunga pun tak nampak bunga dah.

      Delete
  6. kakmim x penah lg mkn ni.. sbb blom jumpa.. hehehe

    ReplyDelete
  7. tak rasa lagi, in fact lama dah tak makan ais krim cornetto

    ReplyDelete
  8. tk jmpa lagi...tgk ramai juga kwn blogger dh mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa aiskrim ni. Saya pun baru dapat merasa ni kak.

      Delete
  9. Minggu lepas dapat la merasa conetto rose ni..
    First taste mcm air bandung..pastu rasa mcm strawberry..
    combination dia mmg sedap lah..leh repeat lg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam macam rasa tu. sebab dah baca peach flavour saya rasa peach je lah. hihi..memang sedap. Bolehlah kalau nak repeat beli tapi macam susah nak jumpa.

      Delete
  10. selalu jugak nampak, tapi maybe sebab takde geng menghasut supaya beli. jarang makan dessert sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada pengaruh lagi kuat ni baru Sal terhasut nak membeli. Hihi..Belum masanya lagi kot untuk Sal cuba.

      Delete
  11. Replies
    1. Kot terjumpa aiskrim ni nanti jangan lupa beli kalau nak rasa :)

      Delete
  12. tak rasa lg… nnti nk try lah.. comelnya tngok bentuk rose..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau jumpa kena grab cepat sebelum kehabisan. Susah gak nak jumpa aiskrim cornetto rose ni. Memang comel. Itu yang tertarik nak beli tu.

      Delete
  13. Replies
    1. Sangatttt...kena cuba ni Syu sementara ada kat Penang tu.

      Delete
  14. Wah...boleh carik ni....nampak menarik tu ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jangan tak cari kak. Susah gak nak jumpa. Yang menarik tu buat rasa nak membeli. Hehehe...

      Delete
  15. Sedap kan fiza :) akhirnya dlt juga merasa. Yg unicorn tu pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, sedap! Boleh repeat beli. Unicornetto belum dapat rasa lagi Nina.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال