Merasa Juga D24 Durian McFlurry

Yeay! Alhamdulillah, finally berjaya juga merebut peluang merasa D24 Durian McFlurry. Selama ais krim durian mcd keluar sejak bertahun dan baru baru ni tak sempat merasa, bila keluar semuala cepat cepat kita beli.

Alang-alang dah keluar membeli barang dengan encik suami, singgah lah kita di McDonalds Kuala Pilah sebentar. Drive thru pun lengang je, tak payah lah nak menunggu lama. Beli Iced Mocha dan D24 Durian McFlurry je pun.

Durian McFlurry

Durian McFlurry is made of durian purée swirled into vanilla soft serve. Photo: Zoe Chen. McDonald's first introduced the flavor in Malaysia last year and in Singapore earlier this year. Both countries have legions of durian fans. The name, D24, comes from a popular type of Malaysian durian.
- McDonalds


Lepas membeli, park kejap depan McD. Konon nak ambil gambar D24 Durian McFlurry berlatar belakang kan McD.  Ini je yang mampu ambil. Saya guna wide angle lens baru nampak McD belakang tu. Ni nak tunjuk McD ke nak tunjuk ais krim durian McD?

D24 Durian McFlurry Review

Okaylah okaylah, kita tunjuk  close up terus dengan menggunakan telephoto lens. Nampak tak d24 durian McFlurry mewah dengan durian purée. 

Dapat dapat je masuk kereta pun dah berbau duriannya. Kuat betul eh bau durian dia. Dah makan lama pun, beberapa jam lepas tu pun boleh pulak sendawa bau durian lagi. Haiyaaa....

D24 Durian McFlurry Review

Sedap memang sedap aiskrim durian McFlurry ni. Sesekali rasa macam cempedak McFlurry pun ada.

37 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Kak Fizah guna camera apa ni? Cantik2 belaka gambarnya.

    ReplyDelete
  2. dulu tapak McD ada kedai tomyam sedap kan, habis semua kedai kena pindah hehe. Wah mengancam betul aiskrim tu! durian pulak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kedai makan, habis rata luas terus jadi dataran. tup tup muncul McD pulak. Memang mengancam rupa dan rasa dia :)

      Delete
  3. Tak pernah makan lagi. Kuat betul bau dan rasa duriannya ya.

    ReplyDelete
  4. sedap! pernah rs ms tahun 2017 kotttt.. lama dh xbeli.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah kan Berkali kali keluar, baru ni dapat merasa. Huhu...

      Delete
  5. tak pernah merasa lagi durian mcflurry, nampak sedap :)

    ReplyDelete
  6. Wah memang kuat puri durian ya.
    Hehe akak tadi makan durian crepe pun sendawa bau durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..hebat betul bau durian ni. Berpanjangan bau dia walaupun dah ditelan lama.

      Delete
  7. Segar dan sedap tu, mesti ambil gambar dulu kan.. Sendawa bau durian, comey:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus ambil gambar dulu sebelum makan. Boleh buat modal entry.
      Dah lunch pun boleh pulak sendawa bau durian. Hihi

      Delete
  8. tak makan durian, jadi tak tahu apa rasanya..hihih

    ReplyDelete
  9. waduuhh anak2 wak sukak mcflurry camni., wak xleh la lagi manis potong kaki nih.,. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. McFlurry ni memang kesukaan anak anak, wak. Kita sesekali rasa tu bolehlah. Wak jangan sesekali wak. Jaga kesihatan :)

      Delete
    2. bukan anak2 je suka wak, org lama mcm kita pon suke gak.. tp kene pikir pasal kes potong kaki tu lah..

      Delete
  10. yg cempedak tak pernah rasa, durian pun tak pernah...tapi nampak sedap...kena cari jg ni..

    ReplyDelete
  11. pernah rasa tapi macam tak kene ngan citarasa plak. mcflurry cempedak tu sedap

    ReplyDelete
  12. Walawehhh! Sedapnyaaa..saya dah tengah cut aiskrim nih..HAHHAHAA

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال