Terung Sambal Untuk Lunch

Tak tahu nak masak apa hari ni. Masak terung sambal je lah. Mak ada bungkuskan terung, jangan berlengah lagi masak terung. Takut membusuk pulak. Nak bakar terung macam tak sesuai pulak nak dilawankan dengan udang celup tepung bestari.

Kena ada sambal jugak atau lauk yang berkuah. Jadi, tak payah fikir panjang kita sambalkan je lah terung tu. Sedap pun sedap, kan? Rasanya pertama kali saya masak terung sambal. Tapi tahu je resipi terung sambal ni.

Walaupun suka lauk bersambal ni tapi tak pernah terdetik kat hati pun nak masak terung sambal. Eh, hari ni tiba tiba pulak keinginan tu datang nak makan sambal terung dah lama tak makan. 

Sebenarnya beli terung bawa balik kampung haritu. Mak tak sempat masak nak balik KL dah, lepas tu dia bagi lah kita balik. Tak kira buruk siku lah kan.

Tak tahu menu ni nak panggil terung sambal apa. Terung sambal udang kering lah sebab saya gunakan udang kering selain bawang merah dan bawang putih sebagai penumis. 

Selain terung sambal udang kering, boleh juga buat terung sambal ikan bilis, terung sambal belacan, terung sambal hijau, terung sambal balado, terung sambal tumis dan macam-macam versi. Kaedah sama je cuma bahan berbeza.

Resipi Terung Sambal Udang Kering

Resipi terung sambal bermacam-macam versi ni boleh je cari dalam internet. Macam biasa, saya masak cara saya. Yang mudah-mudah je.

Resipi terung sambal udang kering

5 biji terung panjang saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah saiz sederhana
5-6 ekor udang kering (boleh letak agak-agak ikut suka, saya letak sikit je)
Minyak untuk menggoreng dan menumis
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sambal gesek (untuk lebih pedas)
1 sudu besar gula
1/2 sudu camca garam bukit

Cara Penyediaan
  1. Potong dua terung, rendam dalam air garam kemudian bilas dan toskan.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng terung. Goreng terung sampai masak kekuningan macam tu. Angkat dan toskan.
  3. Gunakan minyak yang sama untuk menumis tapi kurangkan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering yang ditumbuk atau kisar sampai naik bau.
  4. Masukkan cili kisar, kacau rata dan biarkan sampai garing sikit. 
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, sambal gesek dan garam
  6. Agak agak sambal pecah minyak masukkan terung dan gaul rata. Siap!
Sesekali okaylah masak terung sambal ni. Kalori terung sambal tu tak payah ceritalah kan. Memang berkalori kalori. Itu belum lagi makan bertambah. Diet mulai esok cerita dia. 

Alhamdulillah masakan terung sambal untuk lunch yang menyelerakan. Encik suami makan bertambah lauk, bukan bertambah nasi. Tak ada bekal untuk harini sebab lunch awal kat rumah.

32 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Akak baru buat last week...hehehe...version akak letak ikan bilis garing sekali...dan goreng dulu terung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak ikan bilis pun sodap kak. Yep, kena goreng terung dulu baru ngam rasa dia.

      Delete
  2. Sebagai peminat terung sambal, entah berapa kali tertelan ailio nampak gambar terung sambal Azhafizah ni. Tapi percaya tak, walaupun peminatnya, sy tak pernah masak terung sambal ni betul2, pernah sekali, sy beli sambal dan terungnya goreng sendiri, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh peminat terung sambal. Sedap kan terung panjang ni rasa dia manis dan bila bergabung dengan sambal tu mabeles. Itu lagi senang tu, tinggal goreng terung je kaedahnya :)
      Percaya saja kak :)

      Delete
  3. pergh sedapnya, kecur liur terus jadinya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap masakan terung bersambal ni kan kak. bolehlah masak esok esok :)

      Delete
  4. udang kering nak guna banyak mana tu? macam takde dalam senarai bahan..akak pulak kalo nak makan terung sambal ni mesti request dekat housemate sebab dia buat sedap..siap ada ikan bilis halus tabur atas sambal terung..rare pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. halah halah lupa pulak nak letak bahan bahan udang kering tu. Cara penyediaan ada pulak. Okay dah tambah dah. terima kasih bertanya. Kalau tidak tak perasan. Ikan bilis halus tu tak ada, kalau ada memang sedap ditabur.

      Delete
  5. Family suami suka sangat sayur terung ni... macam macam masakan terung dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka makan terung, masak apa pun sedap kakyan :)

      Delete
  6. Wahh sedapnya klau makan bersama nasi panas sahaja.. terliur dibuatnya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan dengan nasi panas lagi bertambah selera makan. Bolehlah esok esok masak terung sambal pulak :)

      Delete
  7. Dah penah try terung asem gareng Dana mama Aiyan? Ammi penah cuba..sedap kat tekak ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba lagi Ammi. Mak kat kampung pernah buat tapi tumis biasa je lah tak letak air asam dan gula.

      Delete
  8. Errr, terung lah antara sayur yang saya takkan amek kalau ada kat rumah atau kedai..HAHHAA..
    Entah kenapa macam tak berminat pulok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham..memang akan ada makanan yang kita kurang suka.

      Delete
  9. Todiaaa.....sedapnya....kalau makan panas-panas ni...tak pandang kirio kanan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dengan nasi panas panas lagi berselera makan mama cella :)

      Delete
  10. Takpe fiza, makan dulu, lain hari kita diet. Hihi. Yaya dulu jual mahal dengan terung sambal ni, sekali cuba sedap lah pulak oii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau dah makan lupa diet terus. Itulah tu, tak cuba tak tahu rasa dia sedap ke tidak kan.

      Delete
  11. kalau di rumah saya ganti udang kering dengan ikan bilis. ramai resdung begitulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita masak sendiri senanglah kita nak adjust bahan-bahan kan Sal.

      Delete
  12. Terung sambal nampak macam bersira. Pekat melekat pada terung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, begitulah kak. lepas dah goreng terung, buat sambal then gaulkan je. Saya buat sambal versi pekat sikit :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال