Seharum Bunga Kemuning

Aktiviti pagi di kampung tak lain tak bukan ambil gambar bunga. Inilah masanya untuk kenal jenis jenis bunga yang ada. Pantang nampak bunga cantik, terus ambil gambar tanpa berlengah.

Bunga pohon kemuning ni rendang dan rimbun. Saya tak pasti bunga kemuning jenis apa. Bila google, ada banyak jenis bunga kemuning.
  • bunga kemuning jepang
  • bunga kemuning kuning
  • bunga kemuning cina
  • bunga kemuning sanggul
  • bunga kemuning jawa

Bunga kemuning in english orange jasmine. Nama botaninya dikenali dengan nama Murraya paniculata. Bau bunga kemuning wangi. Dia taklah bau semerbak, bila kita dekatkan hidung tu barulah dapat baunya. 

gambar bunga kemuning

Masa cari maklumat tentang bunga kemuning ni. Ada juga cerita bunga kemuning ni sebenarnya. Boleh baca cerita asal mula bunga kemuning

Bunga kemuning bukan hanya sekadar berbau wangi. Ada manfaat bunga kemuning dalam perubatan dan kecantikan. 

gambar bunga kemuning


34 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. selalu nampak bunga ni. pokok dia pon kecik2 je kan. teringin gak nak tanam, tapi nanti2 lah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bunga dia kecik kecik comel je. Pokok ni tanam kat landskap jadikan macam pagar pun menarik.

      Delete
  2. Banyak juga jenis bunga kemuning rupanya ya. Akak suka baunya yang sedang elok harum. Tak terlalu menusuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mungkin ada lagi yang kita tak tahu. Baunya memang sedap dibau. tak menyeksa hidung.

      Delete
  3. ooo baru tau kemuning tu jasmine.. sy xkenal jenis2 bunga..
    kecuali bunga ros, bunga kertas.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang familiar je lah kenal, kan. Kalau pelik sikit memang tak kenal jugak :)

      Delete
  4. Jgn kata bunga yg ditanam, akk ni kalau jumpa bunga2 liar kat kg pun nak ambil gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..tak tau kenapa suka sangat ambil gambar :)
      samalah kita kak.

      Delete
  5. Bagus Azhafizah, banyak kita dapat gali ilmu bunga akhir2 ni

    ReplyDelete
  6. bunga nya wangi, tapi kat tanah perkuburan belakang rumah akak dia jadikan pokok kemuning sebagai tanaman pagar... pokok bunga lain tak boleh tanam kecuali bunga kemuning ni ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..memang biasa nampak pokok bunga ni di tanah perkuburan. Mungkin ada sebab tertentu.

      Delete
  7. oooo namanya bunga kemuning....akak tengah cari bunga kesidang...boss akak mintak carikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok kesidang rare tu. Macam susah nak jumpa tapi putih putih jugak dia.

      Delete
  8. cantiknya nama saintifik dia. Baru tahu nama dia bunga kemuning. Kota kemuning tu ada kaitan tak ek? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nama saintifiknya kan. Haha..rasa macam tak ada kaitan je dengan Kota kemuning.

      Delete
  9. Malam-malam kalau lalu dekat bunga ni berbau wangi mesti seram fikir yang bukan-bukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam malam kalau bau wangi semacam memang seram kak. huhu

      Delete
  10. Akak memang tidak kenal nama bunga.
    Terima kasih perkenalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bukan tahu sangat semua kak. Hihi..
      sama² kita dapat tahu :)

      Delete
  11. byk betul pokok2 bunga kat kampung dia ye... meriah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah dua dua mak lebih kurang banyak tanamannya. Memang meriah :)

      Delete
  12. Terror awak nama2 bab nama2 tumbuhan. Kalau ammi ntah apa aje yg ammi tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu mana yang tahu, yang tak tahu tu kita mintak bantuan google carikan :)

      Delete
  13. Suaaa sue kemuningggg....HAHHAA..Tetiba teringat lagu nihhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..terus teringat lagu tu eh..terhibur dengar, kan

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال