Lagenda Char Kuey Teow Sedap Baq Hang!

Char kuey teow/ kuetiau dan seorang yang bernama Fiza ni berpisah tiada. Itulah dia penangan pernah jadi orang Penang sekejap masa study UiTM Penang dulu. Kat sana bersepah orang jual char kuey teow sedap-sedap.

Bila balik Selatan. hmmm...payah nak dapat yang sedap. Ada je yang kurangnya. Bila dapat yang sedap, sampai 2 hari berturut turut makan malam dengan char kuey teow. 

Sebelum ni dah jumpa dah Syed Char Kuew Teow sedap tapi baru baru ni macam tak ada dah kat foodpanda. Lokasi pun dah macam kecelaruan maklumat. Mungkin peniaga dah tak jual kot sejak lepas PKP ni berbalik pekerjaan asal atau bertukar lokasi mungkin. Manalah pergi agaknya.

Tapi tak apa, saya dah jumpa Lagenda Char Kuew Teow yang extra sedap. Padu baq hang! Itu yang boleh repeat beli 2 hari berturut turut tu. Sebenarnya ada je dekat dengan rumah tapi tutup pulak. Yang dekat dekat ni tak tahu lah sedap ke tidak.

Cari-cari dalam facebook jumpa lah Lagenda Char Kuew Teow ni.

Pertama kali rasa, sedap betul rasa Lagenda Char Kuew Teow. Sebijik macam char kuew teow Penang mari. Cukup rasa manis udang, cukup rasa terbakar, ada kucai, ada taugeh, ada kerang dan juga udang besar 2 ketul. 

Ini namanya char kuew teow special sebab ada 2 ketul udang, RM8.50. Dibungkus dalam bekas plastik segiempat. Senang  ambil sudu dan garpu terus makan je. Pertama kali beli ada dapat cili jeruk dalam plastik ziplock tapi kali kedua beli, tak nampak pulak cili jeruk tu. Lupa agaknya nak letak.

Lagenda Char Kuey Teow Sedap

Char kuey teow kalau bungkus dah sedap, apatah lagi makan kat kedai. Makan panas panas fresh dari kuali tu yang bertambah sedap tu. Kerang dan udang dia fresh. Besar pulak tu udangnya. Kerang pun banyak. Yang penting kucai dan taugeh ada jugak sekali.

Nampaknya macam akan repeat lagi ni. Bukan hari ketiga berturut-turut tapi lain kalilah kalau teringin nak makan. Dah tahu dah mana nak cari char kuew teow sedap, senanglah nak membeli nanti.

Lokasi Lagenda Char Key Teow

164, Jalan Selasih 8 Kampung Sentosa Blok B Paroi,
70400 Seremban, Negeri Sembilan
Phone: 011-1073 3675

28 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. sedapnya..
    syu pon nak cari char kuey teow jgk alang2 dkt penang ni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sedap char kuey teow ni Syu.
      Waahhh dah balik kampung ye. Boleh lah makan makanan favourite Syu.

      Delete
  2. Haah suka yang rasa terbakar dan ada kuah sedikit. Penting kuetiau lembut. Bahan pun banyak.
    Bagus Fiza sudah jumpa yang berkenan di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa terbakar sikit tu yang lagi sedap kan kak. Rencah banyak tu lagi best. Alhamdulillah jumpa yang kena dengan selera :)

      Delete
  3. Todiaaaaa..udang terguling2 ...sexy....

    ReplyDelete
  4. saya adalah salah seorang yang tak berapa suke char kuey teow

    ReplyDelete
  5. suka...gemok udang tu...tp tula makan char kuey teow ni xkenyang kalo 1 sbb skit...ank & husband kena order 2 pack tkpun order yg size besar..kalau size biasa ciput je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rasa tak puas kalau makan yang biasa. Kena makan yang special ada extra kuetiau atau rencahnya baru puas makan :)

      Delete
  6. Makhluk ni kalau makan panas-panas memang terangkat. 😁

    ReplyDelete
  7. Ooo kat kampung sentosa..dekat je. Lain kali boleh try gak dinner kat sini kalau takde tempat nak tuju.

    ReplyDelete
  8. favorite busyra ni, dapnya…
    kalau dkt kedah, iman char kuey teow femes…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fav saya jugak.
      Ohh kalau ke Kedah kena cari Iman Char Kuew Teow. baik baik..Terima kasih share.

      Delete
  9. Macam bakal terjebak jer ni....alahai.....geram plak tgok ada banyak kerang tu ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah kak sekali. Kot kena dengan selera akak jugak.

      Delete
  10. Meh la jln2 penang lg tgk uitm.. bahaha. Sini merata org jual antara sedap dan tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama giler tak jejak UiTM Penang tu. Mostly yang pernah rasa dulu sedap sedap Nina..cuma entah ada lagi ke tidak. Biasa lepak area perda tu. malam malam meriah.

      Delete
  11. Adik sy pun suka char kue teow.. kalau kue teow guring, dia tak suka plak.. Hahaha.. Saya kureng sikit kue teow.. char kue T... Memang x makan sangat.. huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال