Kelentang Kelentong Hael Husaini

Kelentang Kelentong, terus terbayang kelentang kelentong bermacam bunyi di dapur bila memasak. Kelentang Kelentong juga jadi pilihan tajuk lagu single terbaru Hael Husaini.

Kelentang Kelentong Hael Husaini

Kelentang Kelentong maksud dalam masyarakat Malaysia banyak pengertiannya. Lazimnya, bukan hanya sekadar ‘tin kosong’ yang berbunyi atau keadaan riuh-rendah semata-mata.

Jalan cerita lagu Kelentang Kelentong diubah dan disesuaikan dengan situasi terkini sekarang dimana kerajaan telah membenarkan gelembung pelancongan terhadap beberapa destinasi dalam negeri dan juga kebenaran merentas negeri.

Jadi lagu Kelentang Kelentong macam mengajak untuk pergi melancong atau berjalan kemana saja bersama keluarga atau rakan-rakan.

Kelentang Kelentong menggambarkan suasana keriuhan bila dapat berjumpa dan perasaan teruja selepas menahan rindu yang terlalu lama. Seronok dapat berjumpa selepas beberapa lama tak bersua muka.

Penggambaran video muzik  Kelentang Kelentong menampilkan tema percutian di Pulau Langkawi dengan memaparkan tempat-tempat menarik yang sering dikunjungi oleh para pelancong.

Lagu Kelentang Kelentong bergenre pop dan rancak. Sesuailah dengan mood cuti cuti. Okay, jom layan lagu Kelentang Kelentong.


Lagu : Kelentang Kelentong
Lirik : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong

LIRIK LAGU KELENTANG KELENTONG HAEL HUSAINI

Siang-malam tidur aku tak lena
Makin lama makin rindu padanya
Oh, rindu, rindu manja
Boleh jumpa, buat apa nak tunda?
Tunda, tunda, bila masa nak jumpa?
Oh, rindu, rindu gila

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, hmm

Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le, ha, ha, ha
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le)

Bukan mahu ganggu engkau bekerja
Tapi teringin juga kau merasa
Oh, rindu, rindu gila
Kata tak mahu, tapi hatiku mahu (kata tak mahu)
Kau patut tahu apa yang aku mahu
Dekat sama kamu

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, hmm

Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le, ha, ha, ha
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le)

Ayo, sayang (ayo, sayang, bersua)
Punya lama kita berpisah
Kan dah boleh bersua
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le), ha, ha, ha
Ayo, sayang, kita bersua
Ayo kita kelentang-kelenting, kelentang-kelentong
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le), ugh, egh, let go now

A-le-la-le-la, o-le-la
A-le-la-le-la, o-le-la (a-le-la-le-la, o-le)
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le), let go now
A-le-la-le-la, o-le-la
A-le-la-le-la, o-le-la (le-la)
A-la-la-li-la-le (a-la-la-li-la-le, le, le)

34 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sexy pulak suaranya di first two verses ahaksss

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Lagu rancak mana mana rancak memang best dengar. hehehe

      Delete
  3. tu la aritu masa dia launch, first time dgr gak hhaha...
    tu yg terus rasa nak g holiday cecepat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpengaruh dengan lagu ni namanya. Bagus bagus, settle dah holiday KakRet. ke ada lagi percutian tertangguh :p

      Delete
  4. first time dengar terus terkait dgn music catchy. hael nampak sgt muda kat sini tanpa kumis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..melekat dalam kepala pulak lagu ni dok ulang ulang. Muka dia berubah ubah nampak dalam MV ni kan.

      Delete
  5. Lain macam rupa Hael Husaini dalam video klip ni. Ingatkan model rupanya memang dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kejap kejap lain rupa dia. Bermisai lain tak bermisai lain.

      Delete
  6. memula ingat lagu apa lah tapi bila dah dengar, eh terus teringat, ternyanyi-nyanyi hhehehhe

    ReplyDelete
  7. Enjoy dengar lagu ni. Muzik video pun best. Tak silap Hael dapat idea nak buat lagu ni masa bercuti di Langkawi tu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, enjoy dengar lagu ni. Yep, begitulah ceritanya.

      Delete
  8. Dulu hujung 80-an ada satu lagu lirik
    tung kelentang tak kelentung,
    bunyi bising rumah sebelah,
    anak dara menumbuk sambal..
    (tak ingat tajuk lagu pulak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh dulu pun ada rupanya. Kena mencari baru tahu tajuknya tu.

      Delete
  9. Selalu nampak kat yutube tapi tak klik lagi untuk dngar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang alang ada dalam entry ni boleh klik terus dengar :)

      Delete
  10. Memang kali pertama dengar memang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu catchy ni mudah melekat dalam kepala bila dengar. hehe...

      Delete
  11. Menangkap perhatian lagu macam tu, kejap baru nak dengar :)

    ReplyDelete
  12. tak pernah dengar lagi lagu ni. nanti2 lah saya dengar yer..

    ReplyDelete
  13. Sesekali dengar memang best...menghiv=burkan sebab muzik dia catchy...

    ReplyDelete
  14. Mcm menarik bila baca lirik.. nanti nk dgr la

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال