Tak Pasal Pasal Kena Dating Dengan Doktor

Alkisahnya kesinambungan dari makan kacang kayangan si pistachio tu. Makan kacang kayangan terus ke klinik kayangan juga. Nak dijadikan cerita, sewaktu saya gigit kulit kacang tu saya rasa macam serpihan gigi saya tanggal.

Hati dah berdebar debar dah ni. Ghisauuu aaa ghisau. Sekali tengok, ada serpihan gigi depan saya yang buat veneer, tampalan gigi depan dulu tanggal. Saya buat composite veneer tahun 2017.

Agaknya saya terlalu gunakan gigi depan yang satu tu, itu yang tak tahan tu. Kulit kacang tu kan keras. Saya pulak lupa tak fikir gigi tu pernah buat veneer. Kenapalah tak guna gigi satu lagi atau gigi tepi. Menyesal tak berguna.

Maka rompong lah gigi depan sikit. Jangan tanya kenapa tak senyum eh. Esok paginya telefon Pusat Pergigian Seremban nak tanya kena buat appointment atau boleh walk in. Sekali dia suruh buat appointment dengan Pusat Pergigian berdekatan dengan rumah.

Telefon pusat pergigian berdekatan dengan rumah, katanya kalau nak buat appointment bulan Disember nanti. Mak oiii lamanya! Itupun baru consult je tau belum lagi nak set appointment. Agak agak entah bila dapat tarikhnya.

Lepas tu telefon semula Pusat Pergigian Seremban, boleh pergi sana tapi consult 29 November dan appointment bergantung pada jenis rawatan dan tarikh kosong. Erm...kecewa dengar. Kalau tak kerana COVID-19, boleh je terus walk in dan settle hari tu jugak.

Fikir rawatan veneer murah lagi buat kat pusat pergigian kerajaan, itu yang terus tanya tu. Lagipun rekod dah ada kat situ kan. Kalau boleh memang nak jimat. Rawatan gigi kerajaan paling mahal yang saya pernah buat tu RM3.

Nak dibandingkan harga veneer gigi klinik kerajaan dengan harga veneer gigi swasta jauh beza. Semua pun tahu. Dalam keadaan terpaksa, saya survey klinik gigi swasta. Kotlah ada yang tak over nau bajet.

Dengan menggunakan kuasa internet, dapatlah set masa untuk consult dulu dengan doktor petang tu. Saya siap siap tanya rawatan dan veneer gigi harga berapa. Untuk harga vener, RM200 sebatang gigi. 

Lepas consult, doktor kata kena makan ubat antibiotik dulu sebab risau kalau nanti ada pendarahan gusi masa buat composite veneer nanti. Kena menunggu lagi lah jawabnya. Lama tak lama seminggu jugalah. Takpelah, asalkan tak lambat sangat kalau buat di Pusat Pergigian kerajaan tu.

ubat antibiotik metrogyl 400mg Xepa thymol mouthwash

Doktor bagi saya ubat antibiotik metrogyl 400mg untuk elakkan efection dan ubat kumur Xepa thymol mouthwash. Total ubat dan deposit buat veneer RM140. Baki RM100 akan dibayar lepas buat veneer nanti.

baca juga : perlu ke flos gigi?

Dalam masa menunggu ni risau jugak gusi membengkak. Kadang risau kalau makanan terkena gusi tu. Lagi lagi makanan yang agak keras. Bagi pressure kat gusi membengkak pulak nanti. Rasa nak makan bubur je tau.

Begitulah tragedi yang menimpa saya masa makan kacang pistachio tu. Benda dah nak jadi. Nak salahkan kacang? Kesian kacang tak bersalah. Hadap je lah. Harapnya nanti buat tu tak sakit. Kadang dengar bunyi mesin tu pun dah boleh rasa stress. 

Tak pasal pasal kena dating dengan doktor gigi pulak next week.

38 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Mahal juga yer kos buat veneer untuk sebatang gigi.Hu3.

    ReplyDelete
  2. Mula ingatkan Fiza ada alahan kacang.

    Ah, mujur jugak dapat set appointment tu, kang tunggu bulan doblas, lama tak senyum plak, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, kurang ada alahan ni kak.
      Itulah tu, mujur gak ada yang cepat. Hahaha..senyum kelat je lah kita.

      Delete
  3. Aduhai..kalau boleh x nak jumpa doktor gigi tpi kena jumpa jugak kan..elaun akak untuk tahun ni tak guna lagi..kena guna la ni nak buat scaling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak, malas betul nak jumpa doktor gigi. Dengan apa yang terjadi terpaksa rela lah jawabnya.
      Kena guna tu kak. Sayang tak guna. Dulu saya guna husband punya. Sekali guna habis terus. Kaw kaw klinik tu charge. huhu...

      Delete
  4. "Dengan menggunakan kuasa internet,"

    Kah kah... lawak ayat ni....

    ReplyDelete
  5. Dalam banyak2 jumpa doctor adalah doctor gigi..
    Paling tak suka bila rasa ngilu dia.
    Pernah kene operate and cabut gigi geraham sebab nak buat braces..
    Nak cantik punya pasal.. beauty is pain..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ngilu tu memang tak tahan kan. Pernah jugak operate gigi geraham tapi bukan pakai braces lah. Ya, beauty is pain :)

      Delete
  6. Aduhai..memang tragedi sungguh nih. Semoga gusi Fiza tu tak membengkak, kalau bengkak memang haru biru hidup.

    Gigi akak ni pun dah tua. Memang sekarang elak makan yang keras untuk gigi, kalau makan pun setakat untuk melepas rasa jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt tragedi kak. Musim covid ni lagilah nak kena sabar menunggu. Harapnya tak bengkak lah, risau jugak kalau bengkak kena menunggu elok dulu baru boleh buat. Terima kasih kak doakan.

      Nampaknya begitulah, kena memilih makanan yang tak keras. Gigi tua ni kena jaga elok elok.

      Delete
  7. Kecik2 dulu takut benar dgn bunyi gerudi gigi tu huhu...
    Tapi akk rasa skrg kurang sakitkan kena gerudi, ke sbb skrg dah besar tak berapa takut kot :D
    Moga dipermudahkan Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fobia rasa kan bila kena gerudi tu. Nak tahan sakit satu hal juga. Tambah lagi bunyi dia mengilukan.
      Sebab dah dewasa kot boleh manage rasa sakit dan tahan sabar. Hihi..

      Terima kasih kak doakan :)

      Delete
  8. MashaAllah, tentu ada hikmah apa yang berlaku kan, beza kos tu ketara..veneer tu perlu servis juga ke? sekarang teringat pula gigi tak terjaga sejak pkp.... Moga dipermudahkan urusan Fiza Aameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat ketara beza kosnya. Veneer tak perlu servis sebab tampalan melainkan kalau pecah atau tanggal macam apa yang jadi kat saya ni.

      Sebab PKP ni kita kurang ke klinik gigi check gigi dan scaling. Biasakan boleh walk in je. Itu yang tak terjaga tu.

      Aaamin... Terima kasih kak doakan.

      Delete
  9. dugaan lps mkn kacang kayangan...smoga gusi tk bengkak nanti dan dipermudahkan utk dating dgn doktor gg nextweek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Sabar je lah kan.
      Aaminn...terima kasih kak doakan :)

      Delete
  10. sama lah kita kena tunggu lama untuk giliran dekat klinik kerajaan padahal klinik swasta sekejap aje tapi duitnya hmmm nangis. Semoga dipermudahkan urusan awak next week ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, dengar kosnya nak nangis jugak.
      Aaminn...terima kasih doakan :)

      Delete
  11. aduh bab jumpa dentist ni la seram. semoga dipermudahkan urusan fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Seram lain macam..dah terbayang kengerian bunyi dan rasa sakit tu. huhu

      Delete
  12. Sejak Covid ni memang jangan mimpilah hendak dapat temujanji pergigian di klinik kerajaan. Kena tunggu tarikh kosong untuk consult, lepas tu kalau ada tarikh baru doktor check. Check je, then kena tunggu giliran untuk prosedur. Kalau masalah gigi tak serius setakat nak scaling dan tampal tu, makan tahun jugakla kena menunggu. Diorang ambil kes-kes besar je. Memang kalau bab gigi kena gi dentist swastalah gamaknya.

    Moga semua urusan dan proses buat veneer tu berjalan lancar. Take care ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...kena tunggu tarikh consult, lepas tu tunggu lagi tarikh rawatan pulak. Kalau tak makan masa tak sah. Nak set date pun macam macam tanya nya.Beria suruh pergi klinik berdekatan. huhu.. Terpaksalah ke swasta yang tak banyak karenah. Kosnya tu pulak yang tak tahan tu. huhu...

      Aamin...terima kasih kak Farrah :)

      Delete
  13. dah lama tak check gigi. last check 2019, tu pun doktor kata, pandai jaga gigi, tak berlubang dan cantik je. Tapi, rasa nak pergi check dan cuci gigilah nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..okay bagus tu pandai jaga gigi sihat dan cantik.

      Delete
  14. Risau nak makan benda keras lepas ni bila tengok harga tu. 😵 Seramm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..terus rasa seram kan kalau sakit gigi. Terbayang duit melayang terus. huhu...

      Delete
  15. Adoihh.. huhuu.. semoga semuanya dipermudahkan 😓

    ReplyDelete
  16. Moga dipermudahkan urusan rawatan pergigian Fizah. Kak Amie paling takut kalau nak ke klinik gigi sebab pernah alami peristiwa pahit dan menyakitkan 3 tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..Terima kasih Kak Amie untuk doanya.
      Bab gigi ni boleh jadi trauma kalau something jadi.
      Kenapakah tu?

      Delete
  17. Lepas ni nak makan pistacio pasti ada rasa fobia🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..fobia nak gigit kulit tu je lah. Jangan sesekali guna gigi.

      Delete
  18. Hehe kalau akak benda keras akak ketuk dengan lesung. Memang tidak akan gigit dengan gigi. Makan rambutan atau manggis akak guna tangan kopek atau pisau.
    Alahai harap ok, penting gigi untuk mengunyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. Lalai kejap sampai jadi tragedi.
      Terima kasih kak doakan.

      Delete
  19. Wahduhhhh, gawat! Saya kecik kecik dah selalu jumpa doktor gigi, asyik cabut aje..HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gawat bab sakit gigi ni kan. cabut gigi lagilah sakit tu nona oiii.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال