Drama Imamku Lelaki Pendosa

Imamku Lelaki Pendosa, sebuah drama baru akan datang di TV3 lakonan Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah. Drama lelaki pendosa adalah adaptasi dari novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah.

Drama Imamku Lelaki Pendosa Slot Akasia TV3

Drama : Imamku lelaki pendosa
Jumlah episod : 28
Mula tayangan : akan dikemaskini
Waktu siaran : akan dikemaskini
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd

SINOPSIS IMAMKU LELAKI PENDOSA

Kisah tentang Dean Ilyas yang nampak sempurna dari segala sudut akan tetapi dia rupanya cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba untuk berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika.

Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!

Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?
Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.

Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.

Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.

Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?

sumber : https://www.goodreads.com/book/show/54479535-imamku-lelaki-pendosa

PELAKON IMAMKU LELAKI PENDOSA

Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
Sophia AlBarakbah sebagai Cahaya Malaika
Shima Anuar sebagai Anggun Dania
Gambit Saifullah sebagai Izfairin
Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
Maria Farida sebagai Datin Junaidah
Aleza Shadan sebagai Wahidah
Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
Faez Malek sebagai Jerry
Fiza Thomas sebagai Maya
Kael sebagai Nik Safri
Annie Mosha sebagai Balqis
Anne Abdullah
Ungku Hariz
Annie Mosha
Faez Malek
Ieda Moin
Betty Banafee
Auni Zahra


18 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Macam pernah baca novel ni..
    Tengah membayangkan Aaron & Gambit jadi pasangan gay.. Uwekkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel lama. Mungkin jugak tu pernah baca. Saya nak baca novel lambat, tengok drama je lah.
      Haha...jangan bayangkan.

      Delete
  2. Rupanya pasal cinta sama jenis. Persoalan boleh ke fitrah asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan tu kena tanya pada mereka yang berkenaan. Tak dapat nak menjawabnya kak. huhu

      Delete
  3. teringat pula kes aaron makan di tong sampah baru-baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada perasan gak dia post di ig. Tak tahu apa cerita sebenarnya.

      Delete
  4. biarlah membujang sampai ke tua dari kahwin dengan lelaki macam ni. huhuhu. realitinya, benda macam ni memang jadi sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada in realiti kan. Semoga mendapat jodoh yang baik baik. Aaaminn...

      Delete
  5. Dah berani menonjol cerita begitu... Patut ada ustaz guidance UG. Selamat bercuti Fiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu, tak tahulah macamana kisahnya nanti.
      Selamat bercuti juga kak :)

      Delete
  6. Ehhh ehh, saya yang belum kawen ni terasa seram pula..hahahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال