Cameron Floral Park, Taman Bunga Cantik Tarikan Terbaru di Cameron Highlands

Cameron Highlands tempat percutian yang menjadi tumpuan sekarang ni. Memang sesak betul. Masing-masing ambil kesempatan menghabiskan cuti yang ada bersama anak-anak. Ye lah, minggu depan persekolahan dah bermula kan.

Tahu tak ada Tarikan terbaru di Cameron Highlands. Cameron Floral Park ala Taman Bunga di Korea. Hotspot cantik untuk bergambar. insta-worthy!

Sekali pandang macam dekat luar negara, kan? Alahaiii cantik betul! Kalau zaman kodak ni, tak cukup 1 gulung ambil gambar.

Cameron Floral Park Cameron Highlands
credit : ig ch_flora_park


Flora Park Cameron Highland location di Cameron Highlands, Keafarm. Bila bercuti di Cameron Highlands, jangan lupa singgah Cameron Highland Floral 

Floral Park Cameron
GC27+52, Brinchang, 39010 Brinchang, Pahang

Bukan hanya boleh bergambar sakan, boleh juga berpiknik di Flora Park Cameron Highland ni. Ada beberapa pakej yang ditawarkan oleh CH Flora Park. Boleh check di ig ch_flora_park


Menarik bukan? Sambil menikmati makanan yang disediakan sambil menikmati permandangan bunga bungaan yang indah. Bau-bauan segar dari taman bunga. Bolehlah plan bercuti di Cameron Highland, jangan lupa singgah Flora Park Cameron.

Tak dapat berpiknik, ambil gambar kat sini pun jadilah kan. Selamat merancang percutian. Elakkan pergi masa musim cuti sekolah atau musim perayaan. Memang padatlah dengan kenderaan dan manusia kat Cameron Highland.

Pernah pergi masa musim cuti sekolah, buang masa menghadap jammed je lah. Jalannya tak seberapa. Sejak tu memang elakkan pergi waktu itu.











36 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Cantik betul bunga2 tu semua! Betul, katanya jammed di CH sehari dua ni, ramai bercuti ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat cantik. Memang jammed kat CH sekarang ni. Weekdays pun jammed terus. Weekend apatah lagi kan.

      Delete
  2. cantikkk..kena pergi hari biasa ni...CH kalau pi hari cuti, mmg hazab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Sekarang hari biasa pun jammed. Tunggu dah reda sikit baru lah okay kot naik ke CH. Kalau pergi weekend dan cuti memang hazab dengan jammed dan sesak kena tunggu giliran lagi.

      Delete
  3. Lama tak sampai CH, suka tempat piknik tu, betul bole habis kodak, permandangan warna pink kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lama tak ke CH. Seronok kalau piknik kat situ kan. Mujur sekarang zaman dah canggih tak payah berkodak dah boleh ambil seberapa banyak gambar. Pink purple dari pandangan mata saya lah.

      Delete
  4. Kalau ke CH bolehlah singgah sini
    Macam menarik tempatnya

    ReplyDelete
  5. Tak best nak pergi jalan Cameron time cuti umum atau cuti sekolah. Btw, nampak menarik juga tempat ni, untuk nikmati pemandangan. Port ambil gambar ni. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Memang kena elak datang CH waktu cuti dan weekend. S
      Sangat menarik. Ye, port gambar yang cantik.

      Delete
  6. Ye kalau gi CH kene gi weekdays je. Tp mcm tak minat je nak tgk bunga. Nak gi beli sayur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh bukan minat Ammi bunga bungaan ni ye. Takpe, boleh singgah tempat lain yang menarik.
      borong sayur fresh CH :)

      Delete
  7. Lawanya...x tau nak lawat Genting atau CH bulan depan. Kalau blh, nak elak jem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa, kan kak. Genting banyak belum siap lagi katanya. Games tahun depan baru open. Pergi CH dululah bila tak sesak.

      Delete
  8. Tunggu reda ikit baru akak nk ke CH ..dah agak time gini mmg sesak kn

    ReplyDelete
  9. Ni budak budak ada yang dah sekolah..saya tak pernah pergi sana... Bestnya tengok bunga-bungaan ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, sekolah pun ikut fasa sekarang. Terapi mata tengok bunga bungaan cantik ni kan.

      Delete
  10. Tarikan baru ni. Rindunya nak gi CH. Betul Fizah, pernah pergi time cuti umum, habis masa atas jalan. Carilah tempat yang kurang popular, asal dapat jalan-jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, baru lagi ni. Rindu kan nak naik CH tu. tapi becinta betul nak sampai ke sana. jalan berliku liku dan jauh. Itulah tu, kalau sesak memang habis masa atas jalan je lah. Masa ni lah kita pergi tempat tempat yang kurang popular sikit kan.

      Delete
  11. Adik ada rancang pergi sini lagi tapi mak cakap sekarang musim hujan tidak sesuai pergi.
    Mungkin pergi apabila cuaca sudah ok. Insya Allah boleh lawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, musim hujan better elakkan pergi tempat yang berisiko. Buat masa ni hold dulu pergi tanah tinggi, pantai atau air terjun. Cuaca elok baru syok bercuti. InshaAllah...

      Delete
  12. cantik!! tak pernah lagi pergi CH ni.

    ReplyDelete
  13. Wah,menarik ni..
    Saya belum pernah sampai tempat ni.Kalau ke Cameron balik2 ladang teh..strawberry...MARDI,pasar malam.Nak balik beli bunga & sayur...hihihi
    Pasni boleh ke sini pula.TQ info Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni baru lagi mama cella. Itulah kan, asyik tempat sama je. ni ada tempat baru bestlah. Sayur dan buah tu wajib beli. bunga tu mana yang berkenan baru membeli.

      Semoga tercapai hajat sampai kat Flora Park :)

      Delete
  14. Nia pernah pergi CH tapi tak sempat melawat taman bunga ni, ruginyaaaaaaaaaaa T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pergi tu? Flora Park ni macam baru lagi. Takpe, nanti repeat ke CH boleh pergi sini pulak.

      Delete
  15. tgkk jga org duk. post gambar2 nya. wowww memanggg menarik
    giler bunga bungaaanya
    rasaa nk je pegi skrg ha haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik. Rasa tak sabar sabar nak jejak sini kan kak.

      Delete
  16. Tu dia.. cantiknya.. Boleh gi CH lagi ini..

    ReplyDelete
  17. Boleh tahan gak tiket nak masuk sini erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti berapa harga tiketnya. Tapi ada tengok gak harga pakej tu. Kalau ramai ramai okaylah kot share :)

      Delete
  18. cantik nampaknye tempat ni, tapi sy bukak kaki IG... dan CH pon saya xnak pergi dalam masa tersekat ni... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kaki IG pun ambil gambar kenangan pun apa salahnya kan. Hihi..
      Tunggu reda dan tenang tenang barulah kita jejak CH :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال