Pohon Buah Asam Gelugur Nan Sebatang

Cuaca elok pagi ni. Dapatlah vitamin D secukupnya pagi ni. Baju baju pun dapatlah berpanas dan kering cepat sikit. Semalam operasi memangkas pokok rambutan. Bersihkan semak yang dah naik meninggi.

Sesambil tu membelek pohon buah asam gelugur nan sebatang yang ada di belakang rumah. Eh, rupanya ada buah. Cuma tak ada yang masak. Yang ada hanya buah asam gelugur yang masih muda lagi.

Macam biasa, kita potretkan gambar buah asam gelugur dulu. Nampak macam buah manggis tapi bukan dia. Inilah buah asam gelugur masih anak anak. Belum boleh dituai lagi.

Buah asam gelugur in english apa ye? Siapa tahu? 

Gambar Buah Asam Gelugur

Daunnya pun macam lebih kurang macam daun manggis jugak, kan? Ada tampuk macam manggis juga. Cuma kulit buah asam gelugur licin dan berbentuk macam labu.

Kot ada rezeki dapat tuai yang masak, kita buat entry lain. Kalau tak ada entry maksudnya tak sempat nak ambil lah tu nanti. Kadang gugur terbiar, kadang ada musuh perosak.

Gambar Buah Asam Gelugur

Maaf, saya tak jual buah asam gelugur. Bagitahu siap-siap. Takut ada yang nak beli buah asam gelugur pulak nanti kalau tak diberitahu. Bukan saya punya. 

Biasanya buah asam gelugur banyak jual kat pasar tani. Harga buah asam gelugur saya tak pastilah berapa sebab tak pernah membeli.

Kalau ada stok yang masak, mak akan buat asam keping sendiri. Jarang beli asam keping kat kedai kecuali tak ada stok dah. Bila banyak buahnya, banyak jugaklah dapat asam kepingnya. Ada yang sempat encik suami jual pada kawan-kawan. Ada juga di agih agihkan.

baca juga : homemade asam keping

Buahnya tak berapa nak lebat sangat. 

Pohon buah asam gelugur

Pohon buah asam gelugur ni banyak dahannnya tapi itulah jenis dahan halus je. Memang taklah nak panjat macam pohon manggis. Kena kait jugak kaedahnya kalau nak nak ambil buah.

Pohon buah asam gelugur

Dahan dah halus, apatah lagi batang pokoknya. Gegar sikit dah boleh jatuh dah buah-buahnya bila dah menguning masak.

Pohon Buah Asam Gelugur

Buah asam gelugur ni bukan hanya sekadar digunakan dalam masak. Ada banyak khasiat buah asam gelugur ni sebenarnya untuk kesihatan. Dah banyak juga produk menggunakan bahan asam gelugur.

30 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Kita first time tau tgk pokok asam gelugor ni..
    ekceli x berapa nak kenal sangat rupa asam nya pun hehehe..
    ini kalau soh cari kopom mmg x jumpa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..biasalah tu KakRet. Takpe, saya belanja gambar ni untuk tatapan KakRet. Pasni senang dah tahu :)

      Delete
  2. akak. suka mkn bijinya bila. cukup. masak ranum he jzz
    dulu arwah mak. rajin. buat asam keping. pokok pun byk kat kebun tumbuh. Kadang bila byk arwah siap jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh seriouslah kak. masam kot. tak mampu saya nak rasa pun.
      Kalau banyak memang siap berjual kak. Orang pun ramai yang cari.

      Delete
  3. Waaah bestnya ada pokok asam gelugur sendiri, cheq ni tak pernah tengok pokok dan buah asam gelugur yang segar 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu dulu memang rajin menanam macam-macam kan. Takpe, saya dah belanja gambar fresh from kampung :)

      Delete
  4. baru beberapa tahun dulu mama nampak buah asam gelugor yg fresh huhu.. ni baru nampak pokok dia pula

    ReplyDelete
  5. teringat kat arwah mak mertua.. buat asam keping sendiri..
    byk buah kat umh lama dulu.. umh dikelilingi pokok2.. mcm2 ada..
    termasuk la pokok asam gelugur ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam keping buat sendiri lagi better, kan. Untung sangat bila rumah dikelilingi macam macam pokok untuk kegunaan.

      Delete
  6. Kalau sebiji pun yang matang, buat asam keping jadi banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak, memang banyak asam keping boleh dapat dari sebiji buah asam gelugur.

      Delete
  7. Bagusnya Fizah berkongsi gambar. Rasanya kami yang duduk bandar ramai tak kenal pokok asam gelugur. Kenal asam keping je

    ReplyDelete
  8. Entah apa namanya dalam English.. Jumpa nama scientific je (Garcinia atroviridis)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah asam gelugor jugak. Macam durian, in english pun durian. Nama saintifik dia kemain lagi.

      Delete
  9. Rendang pokok. Senang kalau goncang
    Rajin mak Fiza buat asam gelugur. Banyak itu. Stok berapa tahun agaknya sekali buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal ada buah asam gelugur masak mesti mak mentua akan buat asam keping. Tak pulak saya kira stok berapa lama. Bergantung pada kegunaan untuk masakan banyak mana. Saya punya stok bertahun dah masih banyak lagi sebab jarang guna asam keping kalau ada asam belimbing buluh. Hihi

      Delete
  10. selalu kirim abah belikan di raub asam gelugur. kat johor tak jumpa asam gelugur yang sama macam kat raub...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama membesar di Johor memang tak pernah lansung nampak buah asam gelugur ni kak. Pokok pun tak ada. Bila berjodoh dengan orang Kuala Pilah, dapat lah tengok in real pokok asam gelugur dan homemade asam keping.

      Raub pun banyak ye asam gelugur. Lagi bagus asam keping buat sendiri kan.

      Delete
  11. asam gelugor ngan asam keping tu sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam gelugur tu buahnya, bila dah dihiris dan dikeringkan jadi asam keping :)

      Delete
  12. Pertama kali lihat buah asam gelugur yang segar, untung Fiza berbagai pokok ada.. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tengok pokok ni bila berjodoh dengan encik suami. Kat Johor memang tak pernah nampak pun kak. Huhu...
      sama² :)

      Delete
  13. Bestnya ada pokok gelugur..Daun dia best kan...Buat masak lemak cili api...asam rebus..aumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok kat kampung suami saya kak. Hasil tanaman atok nenek dulu, dapatlah kita merasa. Mak mentua pernah bagitahu tapi tak pernah pulak masak lemak cili api campur daun asam gelugur ni.

      Delete
  14. Ha ah eh, daun macam pokok manggis punya daun tuu...Saya makan je kalau masakan ada asam gelugor ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dalam family yang sama kot. Biasanya guna asam keping, jarang sekali guna buah asam gelugur fresh dalam masakan.

      Delete
  15. Ohh ini rupa bentuk buah asam gelugur . Nampak comel

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال