Marabahaya Underground

Marabahaya Underground, sebuah filem genre aksi komedi sukan permotoran. Marabahaya Underground cast menampilkan lakonan Hazama, Akim Ahmad, Cat Farish, Dayana Roza, MK K-Clique, Joey Daud, Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Scha Elinnea dan ramai lagi.

Filem Marabahaya Underground merupakan filem arahan bersama Helmi Yusof dan Cat Farish. Marabahaya Underground release date bermula 2 Disember 2021 di saluran Astro First.

Penggambaran sukan permotoran 'drift' dilakukan di Stunt Arena MAPS  Ipoh, Gopeng, Tanjung Tualang, Teluk Intan, Batu Gajah, Johor, Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Filem Marabahaya Underground Astro First

FILEM MARABAHAYA UNDERGROUND

Tarikh tayangan : 2 Disember 2021
Penulis skrip : Subroto Katimin
Pengarah : Helmi Yusof & Cat Farish
Produksi : D’edge Communication

SINOPSIS MARABAHAYA UNDERGROUND

Kisah komedi aksi yang mengisahkan kehidupan seorang pelajar yang berasal daripada Ipoh, Perak bernama Fison Hamdi (Akim Ahmad) atau mesra dipanggil Chon. Chon datang dari sebuah keluarga sederhana, memiliki sebuah kereta Myvi yang diubahsuai kepada sebuah kereta ‘sport dan ranggi’.

Chon merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Ipoh yang amat meminati sukan Drift dan mengidolakan Shah Dhani (Hazama), seorang juara sukan drift di Ipoh. Gambar poster Shah Dhani terpampang di biliknya. Chon sering ke acara sukan Drift sama ada melihat pameran dan sertai di litar lumba dan dari situ dia mengagumi Shah Dhani.

Chon juga seorang pemuda yang rajin mencari duit dan fokus apa yang diimpikannya iaitu ingin memiliki sebuah kereta Drift. Untuk cari duit lebih, Chon menjadikan kereta Myvi miliknya sebagai grab car. Pelbagai gelagat lucu dan ragam sepanjang Chon memandu grab car. Manakala Shah Dhani, walaupun dia merupakan juara sukan drift tetapi dia sebenarnya mempunyai banyak masalah, punya hutang bertimbun dan sering diburu samseng.

Dia sanggup berlumba haram untuk melangsaikan hutangnya tetapi hutangnya masih gagal dilangsai. Pekerjaan utama Shah Dhani ialah sebagai pelumba lagak ngeri kereta drift di Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh, Perak iaitu taman tema animasi pertama di Asia.

Perkenalan Chon dan Shah Dhani bermula apabila Chon datang ke Taman Tema MAPS dan melihat Shah Dhani beraksi. Ketika sesi bergambar itulah Chon merayu kepada Shah Dhani agar mengambilnya sebagai anak murid. Bermula dari situ hubungan Chon dan Shah Dhani menjadi rapat. Chon belajar berlumba Drift dengan Shah Dhani baik di dalam track MAPS atau di litar haram hingga dia menjadi mahir.

Mereka berdua rapat juga dengan seorang ketua pomen di MAPS iaitu Ayai. Suatu hari Ayai menawarkan kepada Chon membeli sebuah kereta Drift iaitu Chon hanya perlu sambung bayar sahaja. Inilah impian yang ditunggu-tunggu. Atas dorongan dan idea daripada Ayai dan Shah Dhani, Chon bersetuju membeli kereta Drift itu.

Kereta Drift Chon dijadikan sebuah kereta grab car yang istimewa. Pelbagai gelagat daripada servis yang ditawarkan oleh Chon hinggalah perkenalannya dengan seorang gadis cantik bernama Intan Farhana. Untuk mendapatkan cinta Intan Farhana, pelbagai cara dilakukannya agar Intan Farhana melanggan grabnya.

PELAKON DAN WATAK

  • Hazama sebagai Shah Dhani
  • Akim Ahmad sebagai Fison Hamdi
  • Joey Daud
  • Jasmin Suraya
  • Jian Wein
  • MK K-Clique
  • Santesh Kumar
  • Dayana Roza
  • Scha Elinnea
  • Amzarul
  • Cat Farish
  • Zalif Sidek

LAGU TEMA (OST) FILEM MARABAHAYA UNDERGROUND

Lagu : Rival
Artis : F.U.N feat. Cat Farish

Lagu : Gadai
Artis : Killa Driz


24 comments:

  1. shooting kat perak...ada loghat perak kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti lah tu. Tapi Hazama banyak gak berlakon drama yang berloghat perak ni kan. Contohnya macam drama potong yang shoot kat lenggong tu.

      Delete
  2. Macam menarik, tentu mendebarkan, mencuit hati sama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem aksi ni mendebarkan lagi lagi sukan pemotoran. Ada kesempatan bolehlah tengok nanti.

      Delete
  3. Menarik ni ... tengah dok bayang kereta tu macam mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang dinantikan juga tu. Kita tunggu dan tengok macamana rupanya nanti.

      Delete
  4. Promosi negeri Perak secara tidak langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, baru orang tahu tempat tempat menarik di Perak.

      Delete
  5. Wahhhhh.. favourite artis berlakonnn.. hihi

    ReplyDelete
  6. Akim Ahmad ni yg suami Stacy tu ke? Boleh belakon dia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betullah tu. Banyak dah drama dan telefilem dia berlakon sebelum ni. Lakonan pun tak kayu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.