Filem Prebet Sapu

Prebet Sabu, filem terbaik yang berjaya membawa filem Malaysia ke luar negara. Dikatakan Filem Prebet Sapu atau tajuk bahasa Inggeris, Hail, Driver! adalah filem bajet rendah dan pelakon nama besar sanggup dibayar token.

Sungguhpun filem bajet rendah tapi filem Prebet Sapu telah terpilih mewakili Malaysia untuk kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Akademi Ke-94 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS), tahun depan.

Apa yang menariknya lagi, filem prebet sapu dihasilkan dalam konsep hitam putih kerana watak utamanya, Aman lakonan Amerul adalah seorang lelaki buta warna.

Filem Prebet Sapu akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 16 Disember 2021 nanti. Filem Prebet Sapu dibintangi pelakon Amerul Affendi dan Mei Fen Lim sebagai watak utama. 

Turut menampilkan Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun dan ramai lagi.

Filem Prebet Sapu

FILEM PREBET SAPU

Tarikh tayangan : 16 Disember 2021
Pengarah : Muzammer Rahman
Produksi : Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio

PELAKON DAN WATAK

  • Amerul Affendi sebagai Aman
  • Mei Fen Lim sebagai Bella
  • Bront Palarae
  • Sharifah Amani
  • Nam Ron
  • Nadiya Nisaa
  • Chew Kin Wah
  • Jay Iswazir
  • Anas Ridzuan
  • Roslan Madun

SINOPSIS PREBET SAPU

Selepas kematian bapanya, Aman (Amerul Affendi) yang menganggur kembali ke Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan pengangkutan secara haram (prebet sapu) kerana dia gagal mendapatkan lesen memandu kerana buta warna. 

Apabila tuan rumahnya menghalaunya keluar dari penginapan sewanya, Aman akhirnya terpaksa tidur di dalam keretanya. Pertemuan secara kebetulan dengan Bella (Mei Fen Lim), seorang 'gadis pengiring' Cina, memberikan Aman tinggal sementara di tempatnya. 

Sebagai balasannya, Bella meminta Aman menjadi pemandunya. Apabila mereka semakin rapat, Bella memberitahu Aman tentang hasratnya untuk meninggalkan Malaysia. Konflik mula berlaku apabila Bella mendapati dirinya hamil dan memutuskan untuk menggugurkan kandungan.

Lokasi Pawagam Filem Prebet Sapu

Lokasi Pawagam Filem Prebet Sapu

12 comments:

  1. Rasa macam ada filem melayu tahun 80an guna tajuk sama, rasa laaa.. hihi.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, bront palarae, sh.Amani. Nadiya Anissa. orang best best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pelakon legend yang hebat hebat. Bergabung semuanya.

      Delete
  3. pelakon teater memang jarang berlakon dengan pengarah terkenal. Yang pasti lakonan Amerul Affendi tak kayu berbanding pelakon baru huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, setuju tu Naim. Pelakon teater ni betul betul menghayati watak. Ameerul Affendi tu watak apa je semua menjadi lakonan dia.

      Delete
  4. Pernah naik prebet sapu🤭
    Bila diingat...seremmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik prebet sapu ni kena ramai ramai. Kalau sorang memang seram kak.. jangan diingat yang sereemmm tu.

      Delete
  5. Kembali ke zaman dahulu pula guna layar hitam putih. Cipta kelainan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.