Drama Keluarga Untuk Disewa

Keluarga untuk disewa drama melayu 2021 terbaru mulai 2 November 2021, Isnin-Khamis jam 8:30 malam di slot Diandra TV9.  Pelakon keluarga untuk disewa dibintangi Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Pekin Ibrahim, Fimie Don, Afifah Nasir, adik Fifi Laura Olivia dan ramai lagi.

Drama Keluarga Untuk Disewa TV9

DRAMA KELUARGA UNTUK DISEWA

Jumlah episod : 20
Mula siaran: 2 November 2021
Waktu siaran : Isnin-Rabu, jam 8:30 malam
Siaran TV : Slot Diandra TV9
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Eleven Field Creative Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Adibah Noor sebagai Puan Sri Maryam
  • Fifi Laura Olivia sebagai Aina
  • Azhan Rani sebagai Alwi/Azman
  • Dynas Mokhtar sebagai Intan/Marissa
  • Pekin Ibrahim sebagai Din
  • Fimie Don sebagai Fikri/Hisham
  • Afifah Nasir sebagai Nora/Anis
  • Sharifah Shahora sebagai Nurul
  • Nabil Aqil sebagai Dr Syamsul
  • Cat Farish sebagai Rizman
  • Henzi Andalas sebagai Azman
  • Maria Tunku Sabri sebagai Datin Kay
  • Avaa Vanja sebagai Marissa
  • Ustaz Syamsul Debat sebagai Ustaz Ismail
  • Najua Pramlee

SINOPSIS KELUARGA UNTUK DISEWA

Puan Sri Maryam (Adibah Noor) memanggil empat individu iaitu Alwi (Azhan Rani) , Intan (Dynas Mokhtar), Nora (Afifah Nasir) dan Fikri (Fimie Don) untuk dikenalkan kepada cucunya Aina (Fifi Laura Olivia). 

Puan Sri Maryam ingin melantik mereka berempat menjadi 'keluarga sewa' dan menyamar sebagai keluarga Aina dengan bayaran lumayan.

Alwi, Intan, Fikri dan Nora bersetuju kerana memikirkan masalah kewangan mereka yang semakin merudum setiap hari. Alwi dikejar Ahlong, Intan diganggu bekas suami yang sering meminta duit, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora pula menyara adik-adiknya.

Sementara mereka cuba membiasakan diri dengan watak masing-masing, Aina mula curiga. 'Keluarga Sewa' mula kelam-kabut untuk menutup penyamaran dan berlakulah bermacam-macam kejadian lucu dan rahsia mereka nyaris-nyaris terbongkar.

LAGU TEMA (OST)

Lagu : Dijaja
Artis : Cat Farish, Fimie Don, Shiha Zikir, Pekin Ibrahim


20 comments:

  1. Oh akan dikemaskini, dah singgah, komen dulu. Terima kasih Fiza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kemaskini dah.
      Terima kasih tinggalkan komen.
      sama² :)

      Delete
  2. ingatkan ada dia punya sinopsis tadi hehehhe... sbb biasa tengok dekat ig macam lawak dramanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru je update kak dana. kisah kekeluargaan, komedi mesti ada. Tengok je lah siapa pelakonnya kan.

      Delete
  3. Pasti bahagia atau wang dikembalikan.
    okey... tagline dah memancing perhatian dah hehehe

    ReplyDelete
  4. Akak skrg dha jarang tgok tv..lebih suka tengok Netflix di hp..nanti la nak tgok jugak citer ni...mana tau bleh layan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung ada netflix cerita terpilih semuanya best² kak :) pulak tu keluar sekali full episod.

      Delete
  5. Sewa keluarga? Menarik untuk tahu sebab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, biasa sewa kenderaan ke rumah ke. sewa keluarga pun ado..tapi dalam drama je lah. Hihi

      Delete
  6. mesti kelakar kan cerita ni.. tgk gambar tu je dah rasa nak tergelak

    ReplyDelete
  7. Cerita kelakae OK boleh layan. Lama sungguh tak tgk rancangan channel 9 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita kekeluargaan ni best lah jugak tengok. Boleh relate lah. Kalau kisah cinta, megah holding terlalu kerap bosan jugak kan.

      Delete
  8. Nampak haritu, tapi tak tengok sebab clash dengan cerita lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak persaingan cerita best best. kot ada online boleh gak tengok ulangan.

      Delete
  9. Tajuk drama pun buat penonton tak sabar nak tengok drama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn...nak tahu ceritanya macamana. Dari tajuk pun dah menarik.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.