Sayang Nak Potong

Bila dah lama terperap dalam rumah. Rasa jemu nak menghadap dunia maya. Anxiety tu tak semena mena akan muncul bila tengok kes COVID-19 meningkat, kematian meningkat, tragedi dan macam-macam lagi lah. Ditambah lagi dengan masalah kesihatan keluarga yang jauh tak dapat nak balik menjengah. 

Alhamdulillah, luka operate potong 3 jari kaki mak dah kecut dan bercantum kulit. Sepanjang proses cuci kaki setiap hari tak berpeluang nak berbakti sebab tak boleh nak balik kampung. Tak dapat nak jaga abah juga yang on off kesihatan dia. Tak dapat juga nak bergilir hantar mak abah appointment doktor.

Sebelah husband pulak, uwan sakit tak boleh nak makan apa apa sekarang melainkan minum susu melalui tiub je. Dalam gambar, uwan pun dah nampak kurus. Tak dapat nak ziarah. Kesian dengan mak mentua nak kena uruskan sorang sorang. Dia pun bukan terlarat sangat.

3 Jun 2021, dapat berita exclassmate UiTM Shah Alam meninggal disebabkan COVID-19. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Al fatihah buat arwah Fuad Kamel Abbas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Terus jantung ni berdegup laju je bila tahu berita tu. Rasa tak senang hati dan macam tak percaya. Sebelum tu dapat tahu dia positif COVID-19 dan doa dia cepat sembuh dan baik-baik je. Beberapa hari lepas tu dapat berita pemergian dia. Allahu...sebak rasa. 

Sekarang ni tak kira bayi ke, kanak-kanak ke, muda ke, tua ke sesiapa saja boleh terkena COVID-19 sebab varian dia semakin ganas. Dah macam-macam kacukan dah. Kita tak tahu siapa pembawa. Buat masa ni kita amalkan PKP kendiri untuk putuskan penularan COVID-19. 

Duduk rumah ni, untuk berhenti fikir masalah yang ada. Jomlah kita sibukkan diri kejap. Membelek belek kerja yang boleh dibuat. 

Jom kita cat rumah lah. Gigih kami berdua cat rumah dari mood gelap ke mood cerah. Cat semua warna putih dalam rumah nampak lebih luas dan lebih cerah. Luar rumah tak cat, cuma touch up ruang meter elektrik yang dipindahkan tu je. 

Salah satu ruang yang dah siap cat, ruang indoor plants ni. Dari warna Neptune's Castle (Kansai Silk Paint) ke warna putih (Kansai Silk Paint). 



Pasu comel dua kiri guna ceramic pot Kaison. Yang lain dari IKEA iaitu :
  • LUNS, writing/magnetic board
  • MOSSLANDA Picture ledge x2
  • BINTJE Plant pot, galvanised 9 cm
  • NYPON Plant pot, in/outdoor grey 9 cm
  • MÅLA Chalks, mixed colours
  • SUNNERSTA Hook
Dekorasi tak berubah sangat. Frame dua tu malas nak letak, biar lapang macam tu tak serabut. Nampak lebih minimal dengan latar belakang putih dan lebih menyerlah warna daun daun hijau tu. Kan?

Masih sayang nak potong pokok pothos yang semakin tumbuh meliar. Lately musim panas, cahaya banyak masuk. Makanan cukup, dia cepat tumbuh membesar agaknya.

Intro punyalah panjang, motif tajuk dia seciput je. Inilah dia kalau dah lama tak membebel dalam blog. Hilang arah mana nak tuju tajuk sepadan dengan isi. Kejap cerita itu, kejap cerita ini. Hadam je lah ye. 




23 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Al--Innalillahi wainnalillahhirrajiun.. salam takziah fiza.. mesti risau dan sedih kan mengenang mak, bapak, nenek di kpg sana... kakmim doakan mereka baik² saja dan dipermudahkan urusan mereka hendakNYA

    part mengecat dan deco tu bg je kt fiza.. hehehe.. suka cat putih tu mmg nmpk lg ceria sbb terang kan berbanding kaler biru tu.. biru tu sekali sekala tgk mmg lawa sbb kaler rare dan trend sekarang ni.. tp lama kelamaan rindu pulak kaler putih atau krim

    ReplyDelete
  2. cantik bila dah cat warna putih, nampak lagi aesthetic..hihi..kaison ni xnak bukak kedai online ke eh, geram tgk brg dia, dah la sini kaison xde..huhu..

    ReplyDelete
  3. Al fatihah

    cantik letak pokok2 camtu, pokok2 hidup ye

    ReplyDelete
  4. Innalillah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.
    Ok juga hampir seminggu tidak berada dalam dunia siber cat dalam rumah.
    Haha akak lagilah tidak banyak menulis.

    ReplyDelete
  5. Shida pun suka ruangan dlm rumah berwarna cerah..rumah shida pn warna dinding shida pilih ash blue..biru seakan2 putih..tenang skit tgk rumah.

    ReplyDelete
  6. Nampak terang dinding tu... nampak menyerlah pokok di situ hehe

    ReplyDelete
  7. hmm sedih nyaa meninggal disebabkn covid. takotnyaaa. sbb family sy pon tgh melawan virus covid19. harap harap dieorang beransur sembuh :)

    semoga mak abahnya cepat sehat yee :)

    ReplyDelete
  8. Lawanya panjang menjalar..biar je lah panjang gitu..

    ReplyDelete
  9. Tak payah potong dulu pokok tu Fiza. Biarkan. Cute je.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, syukur emak Fizah sudah sihat. Mudah-mudahan ayah Fizah pun bertambah sihat juga. Takziah buat keluarga almarhum Fuad Kamel Abbas.
    Kak Amie pun tak berani dah nak fikir dan sebut-sebut tentang Covid-19. Duduk sajalah d rumah, penuhi masa lapang dengan hobi. Nak keluar rumah pun takut. Taman itu, taman ini PKPD, dan akhirnya rasa lebih selesa duduk berkurung.

    ReplyDelete
  11. Sama la ngan akak ni...anxiety terus menyerang jika ada terbaca info pasal Covid 19 yang melibatkan orang- orang terdekat..risau..takut semua ada..baru terbaca ttg blogger Sunah Sakura..terus akak kena anxiety..allah sakitnya rasa tu...sebab tu akak cuba elakkan dari baca..tapi bila dah baca teringat- teringat...

    ReplyDelete
  12. Kalau cat warna cerah, memang nampakkk luas sesuatu ruang tuu. Tapi cantik lah cat baru tu, nampak timbul pokok kat situuu :D

    ReplyDelete
  13. Semoga emak puan segera sembuh sepenuhnya seperti sediakala

    ReplyDelete
  14. semoga tenang roh arwah disana...semoga mereka yg sakit diberi kesembuhan yg sebaiknya..

    good choice & good move cat kaler putih..sesuai dgn pokok2 kaler hijau..

    ReplyDelete
  15. bila dgr brita kematian psl covid ni mmg lain mcm perasaan tu kan...alfatihah utk arwah kwn fizah..cantik lepas di cat wall putih tu

    ReplyDelete
  16. Salam takziah Fiza. Risau tentang covid bukan pada diri sendiri, tapi ibu bapa kita yang berisiko tinggi. Saya pun dua kali terima berita kematian orang yang dikenali angkara Covid. Sedih sebab walaupun dekat tak dapat nak ziarah

    ReplyDelete
  17. semoga cepat sembuh ibu dan nenek...ni betul2 tukar mood ni..heheh cantik pokok

    ReplyDelete
  18. Al Fatihah buat mereka yang telah pergi . Risau memang risau .... Moga dipermudahkan urusan ahli keluarga yabg sefang berbakti kepada keluarga memasing .. sihat selalu ye..

    Psst... memang nampak luas kalau kaler putih nii.. I like,!!!!

    ReplyDelete
  19. Cantik menyerlah pepokok hijau tu dengan background cerah.

    Akak ni pulak jenis tak sayang, pothos tu cecah lantai je..akak potong.
    Sebab rasa dia mudah tumbuh baru....hehe.

    ReplyDelete
  20. Seriously, before & after, dua2 nampak cantik. Cuma time covid ni, akak rasa ramai yg akan lebih keen utk pilih warna2 cerah, kan... Last year akak kerah anak2 utk cat ruang tamu warna cerah. Cuma bab pilih warna tu x arif. Angan2 nak very light grey, skalinya jadi very light blue pulak....hihihi.🤭

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah, syukur emak Fiza dah semakin sihat.. Mudah-mudahan ayah Fiza juga bertambah sihat hendaknya.. Takziah buat Fiza dan keluarga Fuad Kamel Abbas, semoga rohnya dicucuri rahmat..
    Bila guna warna terang, ruang nampak lebih luas kan Fiza..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال