Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Lama betul tak makan sayur pucuk paku. Zaman sekarang agak susah ye nak jumpa sayur pucuk paku ni di bandar. Kenalah mencari di pasar besar, pasar tani atau pasar malam yang ada jual sayur-sayur kampung dan barang basah.

Sejak duduk sini, tak pernah lagi jejak pasar besar. Percaya tak? Silalah percaya ya. Ianya benar belaka.  Pasar tani pagi pun setakat pergi kat Kuala Pilah je. Itupun sekali dua.

Semuanya membeli di pasaraya je. Sayur sayur kampung yang rare memang kuranglah jumpa. Kadang ada juga yang jual sayur-sayur tepi jalan juga. 

Punyalah lama teringin makan pucuk paku. Akhirnya dapat juga pucuk paku yang diidamkan. Encik suami beli tepi jalan berdekatan dengan Family Store Sikamat tu. 

Dekat bawah pokok tu biasanya perasan ada orang jual sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, petai dan apa entah lagi tak ingat pulak. Kejap ada kejap tidak, macam chipsmore dah orang berniaga.

Encik suami beli pucuk paku pun dah buat rasa bahagia dah. Dia nampak orang jual terus dia beli sebab teringat saya dok mencari pucuk paku. 

Perempuan ni kalau dapat makanan yang dia suka, bahagia senyum sampai telinga. Bukan susah pun nak buat perempuan rasa bahagia, kan?

Bukan 1 dibelinya, beli 2 ikat. Ini betul betul nak kita kenyang makan pucuk paku je ni. Dapatlah saya masak separuh ikat untuk lauk makan malam tadi. Yang lain tu buat stok. 

Nampaknya 2-3 hari ni sayur pucuk paku je lah ye. Dapat pulak tu sayur pucuk paku yang fresh. Lagilah sedap oiii...Lebih tu kita ratah begitu saja.

Resipi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Resipi sayur pucuk paku masak lemak cili api

Bahan-bahan
Pucuk paku
cili api
kunyit hidup
santan
air secukupnya
garam

Cara penyediaan
  • Kisar cili api dan kunyit hidup, kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk/kuali bersama santan dan air secukupnya. Buka api perlahan. Sesekali kacau supaya santan tak pecah minyak.
  • Bila dah mendidih, masukkan pucuk paku dan masukkan garam. Kacau rata. Biarkan pucuk paku masak seketika. 

Biasanya saya tak masak lama untuk kekalkan kerangupan pucuk paku. Tak nak layu sangat. Ada orang suka masak letak udang kering dan ikan bilis sekali. Saya kadang letak kadang tak. Ikut selera nak makan macam mana. 

Saya masak ikut resepi masak lemak cili api pucuk paku negeri sembilan guna cili api dan kunyit hidup je. Mudah dah ringkas, bawang pun nan hado. Rasa masak lemak cili api asli gitu. Saya guna santan segar yang mak bagi haritu. Kena gunakan cepat cepat takut nanti tak sedap pulak bila tersimpan lama.

36 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Beli dua ikat tu nak bagi Fiza senyum lama kannn hehe.. Sedapnya, teringat kerabu pucuk paku, pembuka selera betul.

    ReplyDelete
  2. Akak dapat bayangkan senyuman lebar Fiza dapat pucuk paku. Dua ikat pula tu!
    Aduhai, terliur tengok masak lemak pucuk paku Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sekali dapat 2 mana tak happynya. Lama tak makan dia jadi sedap terus :)

      Delete
  3. sedapnya.. bagi la pucuk paku masak apa pun busyra suka.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama, suka masak apa je sebab suka pucuk paku kan.

      Delete
  4. mesti lagi sedap ni sebab guna santan segar. saya pun suka masak lemak stail negeri sembilan. simple je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, guna santan segar lagi sedap. Betul betul, simple dan senang nak masak.

      Delete
  5. Ikutkan masak lemak memang tidak guna bawang. Senang.
    Tercapai hasrat tekak makan pucuk paku. Lebihan pucuk paku hendak buat masak apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Dah masak tumis. Ada lebihan lagi maybe tumis jugak kot mudah sikit.

      Delete
  6. sini senang nak dapat, even pasaraya pun selalu ada. saya biasa masak ni goreng ikan bilis belacan, yummeh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tu senang nak dapat dan membeli. Sedap gak tu masak goreng tumis ikan bilis belacan.

      Delete
  7. sedapnya sayur pucuk masak lemak ni.. bertambah menarik dengan gambar yang Fizah shoot. pandainya..

    ReplyDelete
  8. Rindu jugak nak makan sayur pucuk paku. Masa kecik2 dulu, kalau balik kampong, dapatlah makan, skrg ni susah nak dapat. Kalau nak beli tu, macam banyak daun dari pucuknya, huhu. Tengok gambar masakan Fizah, teringat masakan ibuku saying.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang memang susah nak dapat. Yang menjual pun lebih daun tua dari pucuknya. Kalau jumpa yang okay memang beli terus.

      Delete
  9. masakan kg mmg padu!
    blh try masak lauk ni sbb xpernah mkn.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriouslah tak pernah makan. Ke tak gemar sebab tu tak makan? Hihi..haruslah padu masakan kampung.

      Delete
  10. pucuk paku rebus makan dengan kuah kacang pon sedap..

    ReplyDelete
  11. Telioq nya nampak masak lemak cili api pucuk paku tu..p kat hellok

    ReplyDelete
  12. Teringin plak masak lemak pucuk paku campur kerang...sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  13. Family Store Sikamat dah dekat benar dengan rumah arwah mama ammi..

    BTW fiza, blog ammi kene removed dek blogger. Silalah follow blog baru ammi ye kalau sudi
    https://nestumsusu.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak? Senang nak shopping dekat je dengan Family Store ni.

      Dah follow dah :)

      Delete
  14. Senang jew nak masak pucuk paku masak lemak cili api ye Fizah. Tak payah bubuh bawang-bawang lagi. Sedapnya!

    ReplyDelete
  15. Pucuk paku ni kalau tempat wak boleh lagi cari kat tepi2 sungai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung tu wak, nak makan cari je. Percuma pulak tu. Lagi sedap makan fresh.

      Delete
  16. Ni memang fave.. Makan menambah nambah. Lagi sedap dapat hirup kuah tu macam sup je.
    Naniey masak lemak pun tak letak bawang semua tu. Ikut style negeri sembilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, kan! Saya pulak tukang menghabiskan sayur je. Jarang hirup kuahnya. Mudah masak kaedah macam tu. jimat penggunaan bawang jugak :)

      Delete
  17. dah lama tak makan pucuk paku , sekarang ni susah benar nak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lyana. Susah nak dapat. Sekali dapat memang best lah makan.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال