reCAPTCHA I'm not a robot Menyusahkan Untuk Komen di Blog

Wednesday, June 21, 2017

Salah satu sebab kenapa jarang berblogwalking dan komen adalah disebabkan munculnya reCAPTCHA I'm not a robot yang menyusahkan untuk komen di blog kalau kita banyak komen di sesebuah blog. Agak leceh nak verify setiap gambar tu kan. ReCAPTCHA ni upgrade daripada CAPTCHA yang sedia ada sebelum ni. reCAPTCHA lebih mudah untuk verify daripada CAPTCHA. Sebabnya CAPTCHA mengandungi huruf-huruf yang sukar di lihat jelas. Kalau tak dapat verify memang agak problem. Memang tidak akan publish la komen kau orang tu.

Dengan adanya reCAPTCHA, ianya hanya memaparkan gambar dan kau orang hanya perlu kenal pasti objek yang di minta dalam gambar.
Disebabkan google sangatlah strict sekarang ni, sebab itulah wujudnya CAPTCHA dan reCAPTCHA untuk mengelakkan spam atau robot/program yang di sengaja di lakukan oleh hacker-hacker yang tidak bertanggungjawab untuk menggodam akaun orang lain dengan sign up, log in dan sebagainya. Dari segi komen blog, ianya untuk mencegah komentar spam. Sangatlah tak syok kalau tengah semangat nak komen banyak-banyak dalam satu blog, tiba-tiba reCAPTCHA I'm not a robot muncul. Boleh terus hilang mood nak tinggalkan komen. Betul tak?

Sebenarnya bagus juga jika google buat reCAPTCHA I'm not a robot  ni sebagai langkah keselamatan daripada akaun email dan blog di godam. Dalam pendaftaran email atau isian borang daripada google pun kebanyakkannya ada di letakkan reCAPTCHA I'm not a robot untuk memastikan sistem tersebut hanya di buat oleh manusia dan bukannya robot. Itulah fungsi sebenarnya. Jadi, kenalah kita faham dan akur untuk kebaikan kita juga. Nak membantah pun, untuk apa sebab dah dijelaskan.

Yang agak lecehnya bila kita klik gambar yang di minta, kadang-kadang bila dah klik betul. Dia cakap kita salah pula. Dah kena pula reCAPTCHA dan reCAPTCHA  sampai berjaya. Kat situ je dah membuang masa juga. Bertabahlah kalau nak komen banyak-banyak kena hadap reCAPTCHA I'm not a robot. Well, untuk kebaikan juga ada benda ni. Nanti kalau hacker senang buat kerja, kita juga yang susah hati.

20 comments

  1. Gerammmm jer kalau benda tu muncul ...

    ReplyDelete
  2. bagus juga ada recaptcha ni. utk security kan..

    ReplyDelete
  3. memang selalu terjadi macam ni bila datang rajin nak blogwalking.Selalunya dalam satu masa ,akak akan cuba habiskan dalam 20 entry.Kemudian,petang sikit baru sambung lagi..Kalau kita straight je bw,memang akan keluar macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..kalau straight dan komen banyak memang akan keluar recaptcha ni.

      Delete
  4. kan!!! sha pun rasa benda yang sama T___T dia mcm melambatkan je

    ReplyDelete
  5. hmm. tau takpe. stress. mula2 oke lagi tick je. ni kena klik2 gambar.

    ReplyDelete
  6. lea pun x suka bila time blogwalking munchul bende alah ni.. Tapi bila kite terlalu banyak komen sana sini, dia akan munchul juga walaupun blog berkenaan tak pasang pun bende alah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, xpasang pun muncul kalau komen banyak²untuk elakkan spam katanya.huhu

      Delete
  7. Betul tu. robot ni boleh bantutkan niat nak blogwalking. Tambah lagi Siqah BW guna phone, so kadang2 gambar tak full nampak. Memang failed jela bila nak post komen 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna phone agak terseksa juga nak meninggalkan komen kalau robot muncul. bertabahlah ye

      Delete
  8. Kat blog saya ada x benda alah ni ek?

    ReplyDelete
  9. Kan.. Saya pun dah kena banyak kali recaptcha nie, rasa macam nak give up berblogwalking, tapi kena kental jugakla.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene blogwalking sekejap² je. kalau terus blogwalking dan komen dia akan muncul juga. memang kena kental

      Delete
  10. tu la pasal, fiza.
    geram kekadang.
    kena klik byk kali.
    lebih susah kalau pakai phone.
    sakit ati!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.