Karipap Gorgon Ala Karipap IKEA

Kisah semalam encik suami balik awal selepas menjadi bapa peri, gelaran anak buah bagi sebab jadi runner hantar sambal gesek yang baru saya buat. Manakala saya diberi gelaran ibu peri sebab siapkan bekal macam-macam untuk dia. Hahaha..gelak besar kami!

Almaklumlah jauh dari family di Johor. Kita yang dekat sikit kebetulan suami boleh merentas dapatlah hantar. Sebut pasal ibu peri, teringat cerita sinetron bawang putih bawang merah ada ibu peri tu. Gigih ye tengok drama tu zaman study dulu. Beratus episod pun layan tengok. 

Sehari sebelum tu, kenalan encik suami yang saya kenal juga ada bagi se pek karipap Gorgon. Sambil berpesan "bagi Fiza katanya". Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.

Bila suami balik awal semalam, kita pun sediakan minum petang. Gorengkan je karipap gorgon ni. Tak tahulah kenapa diberi nama gorgon. Awak tahu tak?

Gorgon

Mengikut dewan bahasa dan pustaka, gorgon ni maksudnya perempuan yang menggerunkan. Ehhh macam tak kena rupa dan maksudnya tu.

Saya cari lagi dalam carian google. Katanya gorgon ni gergasi atau besar. 

Karipap Gorgon Ala Karipap IKEA

Ada variasi tona warna karipap. Ada elok gorengannya, ada tergelap sikit. Tengah ralit buat kerja lain. Tahu tahu dah gitu jadi warnanya. Mujur tak hangus rentung.

Pertama kali saya makan karipap gorgon. Bila rasa untuk pertama kalinya terus saya teringat karipap IKEA. Ehhh sebijiklah rasa karipap IKEA tu. Pengubat rindu nak makan karipap IKEA. Rindu karipap ke rindu nak shopping IKEA? Hehe...

Serious sama dari segi rupa, tekstur dan rasa dia. Saiz karipap besar, tekstur kulit yang rapuh dan lembut dengan inti yang sedap ada telur rebus. Boleh dijadikan stok karipap IKEA frozen ni. Dapat karipap gorgon ni pun jadilah kan.

Saya tak pastilah harga karipap gorgon ni berapa RM sebab orang yang bagi kan. Dalam 1 pek ni ada 10 biji karipap gorgon.

Karipap Gorgon Ala Karipap IKEA

Karipap gorgon HQ terletak di Shah Alam. Untuk pembelian boleh contact nombor yang tertera di pek karipap gorgon di bawah. Mungkin juga ada agent agent jualan di seluruh negeri.

40 comments:

  1. mcm ikea karipap besarnya
    akak cuma.x suka. yg letak telur he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, sesaiz karipap IKEA. Alamak, tak suka telur pulak. Kena pass kat orang lain gitu. Hehe

      Delete
  2. Wow.. Namanya gorgon.. Gerun pula. Kalau sebut gorgon terbayang raksasa..
    Naniey tak pernah makan makanan kat IKEA. Bila pergi IKEA kat tempat makan tu tak pernah tak ramai orang lah. Yang lawaknya masuk nak jalan jalan cuci mata tapi bila nak keluar tak jumpa pintu nak keluar. Adoiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Jauh sangat terbayang raksasa. Saya pun tak pernah makan kat IKEA. Karipap ni saya beli pun kat luar dari kaunter pembayaran take away je. Cafe memang sentiasa ramai orang. Hihi..kalau first time pergi memang tercari cari pintu keluar. Ada jugak pengalaman tu masa IKEA Cheras baru bukak dulu.

      Delete
  3. Aduh sedapnya karipap ada telur...Bila baca ni terus google karipap gorgon..Rupanya kat lembah klang ni ada cod la...Tapiii,macam nak dulukan pastil air lada la pulak...ish,ni la masalah jika pemakan..🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Apa lagi mama cella, boleh order. Haa sila dahulukan pastil air lada Kak Amie dulu tu. Hihi.. masing masing pemakan mudah terpengaruh :)

      Delete
  4. Sebab karipap besar dipanggil gorgon agaknya

    ReplyDelete
  5. Karipap gorgon, karipap besar, sedap tu ada telur, suka karipap hehe.. ibu peri, untung anak sedara ada ibu peri..memang prihatin orangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap karipap ada telur. Saya pun suka karipap tapi nak buatnya tak berapa nak pandai. hehe..
      Alhamdulillah sesama prihatin :)

      Delete
  6. wah karipap inti telur rebus. unik juga.

    salam kenal dpd follower baru :D

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan ayat kak fiza tuu, gigih ya layan sinetron indonesia yang beratus ratus episode dulu dulu. Sekarang, tak larat dah nakkkk tengok yang beratus. Yang 16 episode pun jenuh nak habiskan hahahaha. Ohhh gorgon ke nama dia, ingatkan nama karipap macam yang biasa tuuuu hehehe. Mungkin saiz yang besar kot, tu nama dia gorgon. Kot lah hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dululah. Tapi yang peliknya tengok sinetron tu je lah. yang lain tak layan. tak tahulah kenapa boleh terjebak. Pelik betul.

      itulah tu, sebab saiz dia besar kot panggil gorgon.

      Delete
  8. menggoda betol si karipap tu..
    tp tu la.. karipap ikea sy xprnh rs..
    haha..

    ReplyDelete
  9. Kenyang ni. Makan satu kenyang dah. Rasanya first time dengar perkataan gorgon dalam komik Ujang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sal. Makan satu memang kenyang dah. Tapi rasa macam tak cukup makan satu. hihi..ohh ada ye dalam komik Ujang. Ada lagi ke komik tu?

      Delete
  10. Sebut pasal IKEA, teringin gak nak pergi. tapi sekarang mesti penuh walau tak PKP pun kan. Tunggu je lah.. tak lari Ikea tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih belum boleh merentas negeri lagi. Kalau boleh merentas pun sama macam akak jugak, tak pergi lah buat masa sekarang. nanti nanti lah dah reda baru redah. Sekarang ni masing masing berebut keluar.

      Delete
  11. IKEA! lama betul xpergi sana sejak2 PKP ni..rindu nk deco rumah fiza ooi!
    Karipa ni menarik betul nama dia..tp tetap karipap kalau di lihat..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Fiza redecor je mampu Shida.
      Ye semestinya nampak karipap. Nanti rupa lain bukan karipap namanya tu. hihi

      Delete
  12. Rasa macam ada istilah dalam Utraman. Memang rujuk pada raksasa nama Gorgon. Hehe rupanya ada istilah ini dalam Kamus Dewan. Hehe. Ya Allah kalau sedap itu baik beli lagi. Alhamdulillah diberi orang untuk merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak? Tak perasan pulak. Ye, saya pun tak sangka. Saja check, rupanya ada.
      Nanti nak beli lagi cari agent dekat dekat je.
      Alhamdulillah..orang memberi kita merasa :)

      Delete
  13. Nampak menarikkkk..sy sukaaaa karipap Ikea tuu...Rinduuu jugak . nak tengok ig tu ler.. ushar usharrr .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik dan sedap! Itulah, rindu nak makan karipap IKEA.
      Silakan terjah ig tu :)

      Delete
  14. Kebetulan pula kak ipar mengidan karipap ikea. Mana nam dapat sini. Jauh nak rentas negeri pun tak boleh. Nak belikan lah yang ni. Harap2 ada buat delivery by pos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try cari agent dekat dekat kot ada senang tak payah pos :)

      Delete
  15. Dulu pernah try karipap gergasi.
    Lani karipap gorgon plak...
    Btw, karipap ikea pernah la try. Sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang semuanya tu saiz besar dan ada telur. Sedap!

      Delete
  16. ish awok ingatkan kami pasal karipap ikea, dah terbayang2 pulak ni
    ada jugak besok cuti hari malaysia kami muncul di ikea cari karipap kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, sebab karipap gorgon ni mengingatkan saya karipap IKEA terus..hihi..cari jangan tak cari tapi mesti ramai tu serbu IKEA. huhu

      Delete
  17. pernah juga makan brand yg ni...
    skrg ni beli yg watie kitchen punya plak..
    sedap juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh watie kitchen pun ada eh. Baik, nak usha gak nanti. Tq KakRet

      Delete
  18. Hahaha comel je gelaran bapa peri ibu peri tu :)
    Oh tengok karipap gorgon ni terus jadi rindu kat karipap ikea. Kena carilah jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kita dengar pun tergelak terus. Itulah tu, terus rasa lama giler tak makan karipap IKEA yang sedap itu :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.