Hadiah Buku Sirah Nabi Muhammad SAW. Perjalanan Hidup Luar Biasa!

Cerita semalam, dapat satu bungkusan berwarna hitam yang dalamnya ada sebuah buku ilmiah yang tebal. Masa buka bungkusan tu tertanya tanya jugalah siapa yang kirimkan buku ni.

Tanpa perlu berteka teki lagi, ada diletakkan note bersama-sama dengan buku tu. Ehhhh Kak Syazni Rahim penulis hebat yang hantar rupanya. 

Hadiah Buku Sirah Nabi Muhammad SAW. Perjalanan Hidup Luar Biasa! sempena Top Commentator Blog Syazni Rahim Februari 2021. Bulan Februari saya masih mengungguli carta katanya.

Hadiah Buku Sirah Nabi Muhammad SAW. Perjalanan Hidup Luar Biasa!
 

Alhamdulillah, rezeki tak salah alamat. Tahu tahu dah sampai rumah. Sebelum ni saya dapat ceramic bowl comel pemberian dari Kak Syaz juga. Rasa macam segan pulak banyak kali dapat hadiah dari Kak Syaz.

                    life baggage karya kedua Syaz Eim

Itu namanya rezeki. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Orang memberi, kita merasa. Tak gitu Rezeki betul dapat buku Sirah Nabi Muhammad SAW terbaik ni. Buku ilmiah yang bukan murah harga dan ilmunya ni.

Hadiah Buku Sirah Nabi Muhammad SAW. Perjalanan Hidup Luar Biasa!


Penerbit: Santai Ilmu
Format: Hardcover
Halaman: Hitam Putih
Muka Surat: 710 Muka Surat

Sinopsis & Review

Pada tahun 1973 sebuah persidangan telah diadakan tentang berkaitan pengajian Sirah Nabi Muhammad SAW. Setelah berakhirnya persidangan berkenaan dengan keputusan menganjurkan pertandingan penulisan Sirah peringkat Antarabangsa. 

Semua penulis di seluruh dunia telah dijemput untuk menulis di dalam apa jua bahasa. Syaikh Sofiyurrahman telah menyertai pertandingan berkenaan. Keputusannya, beliau memenangi tempat pertama dengan meraih hadiah serta kelebihan yang menakjubkan! 

Buku beliau diterjemahkan kepada pelbagai bahasa serta disebarkan di serata negara. Lalu buku ini menjadi semakin popular. Di pelbagai masjid dan surau bahkan sekolah telah menjadikan buku beliau sebagai modul di dalam subjek sirah.

Keistimewaan buku beliau ialah ia menjelaskan isu sirah Nabi Muhammad dengan lengkap daripada lahir sehingga wafat! Bahkan, beliau sertakan gambaran latar belakang tanah Arab sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad. Ini buku yang sangat istimewa!

Pada 1994, beliau telah membuat edisi kemaskini dengan pelbagai tambahan dan pembaharuan. Antaranya, beliau menukar beberapa fakta yang pernah disebut sebelum ini, memadam kenyataan lama lalu ditambah dengan kenyataan baharu serta pelbagai lagi pendirian terkini beliau.

Santai Ilmu Publication telah berusaha sedaya upaya menterjemahkan karya ini kepada bahasa Malaysia. Semoga dengan penerbitan buku ini, umat Islam khususnya yang berada di Malaysia akan lebih mendekatkan diri kepada peribadi dan kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Terima kasih Kak Syaz!

Terima kasih banyak-banyak Kak Syaz berikan hadiah buku Sirah Nabi Muhammad terbaik ni. Semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaminnn

Sesiapa yang suka baca novel/buku fiksyen karya Kak Syaz, boleh whatsapp contact di bawah ni ye

Whatsapp : 0192984616
Email : syaznirahim@gmail.com
Blog : www.syaznirahim.com

13 comments:

  1. Wow tahniah! Bestnya dapat hadiah buku sirah Nabi Muhammad. Sangat bermanfaat 🥰

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah sampai, terima kasih juga fiza sebab selalu datang support blog akak ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Hadiah paling berharga, menambah ilmu di dada. Selama membaca Fiza. Tahniah jadi top comentator.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Selamat membaca buku yang bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Whoaaa.. rezeki.. saya punn sedang menunggu.. huhu..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, betul tu !
    rezeki tak pernah salah alamat :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah Fiza. Selamat membaca

    ReplyDelete
  8. Alahai seronoknya daripada penulis ternama dan penulisan terperinci.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Rezeki tu Fiza..
    selamat membaca..

    ReplyDelete
  10. hadiah menarik drpd seorg yg menarik😊👍slmt membaca

    ReplyDelete
  11. wahhh syaz bagi tiap bulan ekk hadiah..tahniahh fiza, rezeki tuuu..fiza pun rajin juga blogwalking dan komen2..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.