Drama Kau vs Aku 2 (Astro Ria)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Drama Kau vs Aku 2 (musim 2) mulai 10 Januari 2024, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9:00 malam di Slot DramaVaganza saluran 104 Astro Ria dan strim online On Demand menerusi Astro Box dan Astro GO.

Drama ini merupakan drama kesinambungan/ sekuel Drama Kau vs Aku lakonan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann.

Drama Kau vs Aku 2
sumber : Astro Gempak untuk tujuan promosi

Drama 8 episod ini diarahkan oleh pengarah Shamyl bersama Khairi Anwar dan Afiza Asram terbitan Red Communications. Manakala skrip ditulis oleh Anwar Hadi bersama Suzanne Ong.

DRAMA KAU vs AKU 2

Jumlah episod : 8
Mula siaran : 10 Januari 2024
Waktu siaran : Rabu dan Khamis, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ria
Strim online : Astro Box dan Astro GO
Penulis skrip : Anwar Hadi, Suzanne Ong
Pengarah : Shamyl, Khairi Anwar, Afiza Asram
Produksi : Red Communications

PELAKON/CAST DAN WATAK

Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Nabil Aqil, Mia Sara Shauki, Chubb-E, Yuna Rahim, Ellyza Azizi, Arash Mohamad, Marisa Yasmin, Imran Aqil, Emelda Rosemila, Zahim Albakri, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
  • Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
  • Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
  • Nabil Aqil sebagai Farhan
  • Mia Sara Shauki sebagai Shanina (Nina)
  • Chubb-E sebagai Zafran (Zaf)
  • Yuna Rahim sebagai Sophia
  • Ellyza Azizi sebagai Hajar
  • Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
  • Imran Aqil sebagai Ashraf
  • Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

SINOPSIS KAU vs AKU 2

Mengisahkan Aulia yang pulang ke tanah air selepas gagal mencapai impiannya di luar negara. Aulia menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan dan secara kebetulan bertemu kembali dengan cinta lamanya, Danish.

Di kolej itu juga, Aulia bertemu dengan Farhan yang cuba memikat hatinya manakala Danish pula cuba dipikat oleh Hajar.

Apakah yang bakal terjadi pada mereka?

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment