Lirik Lagu Renjana Pengantin Diraja, Pengiran Muda Abdul Mateen dengan Dayang Anisha Rosnah

Azhafizah MN
By -
6
Lagu Renjana Pengantin Diraja kini trending di laman sosial TikTok susulan Majlis pernikahan Duli Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei pada 11 Januari 2024 yang lalu.

Renjana Pengantin Diraja
sumber : FMT

Lagu Renjana Pengantin Diraja

Lagu ini merupakan hasil nukilan penulis Juan Madial yang dinyanyikan oleh Ezah Hashim dan lagu ini juga telah menjuarai Peraduan Mencipta Lagu bagi Istiadat Perkahwinan Diraja yang diadakan baru-baru ini.

Selain lagu Renjana Pengantin Diraja, lagu Semarak Kasih juga dimainkan juga yang memaparkan pasangan diraja ini.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini berlangsung selama 10 hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari 2024 lalu.

Aturcara Majlis

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari, manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari 2024.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari 2024, diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.

Putera Mateen merupakan anakanda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Biodata Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah

Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah berusia 32, anak ke-10 kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah - raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia.

Beliau lulusan pegawai kadet di Akademi Tentera Diraja Sandhurst dan mewakili negaranya dalam sukan polo di Sukan Asia Tenggara 2019.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau memainkan peranan yang semakin meningkat dalam diplomasi antarabangsa.

Biodata Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam

Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam, 29 merupakan cucu kepada salah seorang penasihat utama ayahandanya - dilaporkan mempunyai jenama fesyen dan memiliki perniagaan dalam sektor pelancongan.
sumber : hmetro

Lirik Lagu Renjana Pengantin Diraja

Dengan bismillah kalimah penuh berkah,
Semua rakyat merasakan bahagia,
melihat pasangan kedua mempelai,
sungguh indah pengantin diraja.

Wajah tampan segak dan bijaksana,
Putera bersedia melakar cahaya,
Dengan hati yang menawan,
Berdua bina mahligai diraja.

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen,
dengan Dayang Anisha Rosnah

Pasangan indah pasangan mulia,
Renjana senantiasa.

Dengan Bismillah Adat Majlis dimula,
Memohon keberkatan dari yang esa

Pasangan sehati terlihat sempurna,
dirgahayu kasih pengantin diraja

Sungguh masyhur di persada dunia, 
merafakkan doa rahmat dari Allah

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, 
dengan Dayang Anisha Rosnah

Pasangan indah pasangan mulia, 
renjana senantiasa

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, 
dengan Dayang Anisha Rosnah

Pasangan indah pasangan mulia, 
semoga dilimpah rahmat dari Allah

Melakar Renjana Pengantin diraja
Selamanya
Tags:

Post a Comment

6Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Bila tengok TT pasal wedding mereka mesti ada lagu ni suka sangat dengar catchy

    ReplyDelete
  2. Special betul lagu ni.
    Meriah sambutan pengantin Di Raja Brunei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Special sangat. Khas untuk pasangan Diraja. Sambutannya tersangatlah meriah. Ini baru lagu, belum lagi acara² lain.

      Delete
  3. Cantik bergaya Pengiran Muda Abdul Mateen dengan Dayang Anisha Rosnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama cantik sama padan. Jodoh dari kecil membawa ke jinjang pelamin.

      Delete
Post a Comment