7 Pantai Menarik di Langkawi

Sejak Langkawi dah dibuka untuk pelancong, mesti dah ramai merancang untuk bercuti di Langkawi. Pantai, salah satu tempat yang menarik di Langkawi. Kebiasaanya Pantai Cenang lah jadi tarikan utama pelancong bila sampai di Langkawi. 

Selain Pantai Cenang, boleh kunjungi pantai-pantai menarik yang lain di Langkawi.

baca juga : tempat menarik di Kedah

7 Pantai Menarik di Langkawi

7 pantai menarik di Langkawi

  • Pantai Cenang
  • Pantai Tanjung Rhu
  • Pantai Kok
  • Pantai Pasir Hitam
  • Datai Bay
  • Pantai Pasir Tengkorak
  • Paradise 101

1. Pantai Cenang

7 Pantai Menarik di Langkawi

Pantai Cenang menjadi tarikan utama pelancong disebabkan terdapat hotel menarik di pantai Cenang Langkawi, aktiviti menarik di Pantai Cenang Langkawi dan juga tempat makan menarik di pantai Cenang Langkawi.

2. Pantai Tanjung Rhu

7 Pantai Menarik di Langkawi

Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Pantai Tanjung Rhu agak terpencil jauh dari keramaian yang memiliki pemandangan air biru zamrud yang cantik. Pemandangan indah Pantai Tanjung Rhu sebuah pantai yang bersih, suci dari pencemaran.

3. Pantai Kok

7 Pantai Menarik di Langkawi

Pantai Kok merupakan sebuah teluk yang indah dikelilingi alam semulajadi yang indah seperti bukit batu kapur dan hutan hujan. Lokasinya terletak di barat Pulau Langkawi, Kedah yang sering menjadi tumpuan pasangan berbulan madu sambil menikmati permandangan matahari terbenam.

4. Pantai Pasir Hitam

7 Pantai Menarik di Langkawi

Permandangan yang indah di Pantai Pasir Hitam, lokasinya berhampiran dengan Air Hangat dan Kuala teriang. 

Pantai Pasir Hitam, sebuah pantai yang unik terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti turmalin, ilmenit, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkan pasirnya berwarna hitam. Komposisi geologi utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar.

5. Datai Bay

7 Pantai Menarik di Langkawi

Datai Bay sebuah pantai yang exclusive di Langkawi. Memiliki pasir putih yang cantik dan permandangan yang indah disekelilinginya.
 

6. Pantai Pasir Tengkorak

7 Pantai Menarik di Langkawi

Pantai Pasir Tengkorak merupakan pantai yang sangat cantik. Pantainya juga tenang kerana jauh dari kesibukan kota dan sering menjadi tumpuan pengunjung. 

7. Paradise 101

7 Pantai Menarik di Langkawi

Paradise 101 merupakan pulau persendirian dan terdapat pelbagai aktiviti menarik disini seperti menaiki jet ski, banana boat, parasailing dan macam-macam lagi.

20 tempat menarik di Langkawi

  1. Dataran Lang
  2. Pantai Cenang
  3. Underwater World
  4. Air Terjun Telaga Tujuh
  5. Pulau Dayang Bunting
  6. Gunung Mat Cincang (Skybridge, Cable Car, Skyglide)
  7. Makam Mahsuri
  8. Telaga Mahsuri
  9. Beras Terbakar
  10. Telaga Air Hangat
  11. Bird Paradise
  12. Taman Marin Pulau Payar
  13. Island Hopping
  14. Taman Buaya
  15. Langkawi Wildlife Park
  16. Taman Agro Mardi
  17. Telaga Harbour Park
  18. Kilim Geoforest Park
  19. Pantai Pasir Tengkorak
  20. Tanjung Rhu
credit photo & info : Safartrips

40 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Dah dua kali pergi Langkawi, tapi belum dapat meneroka semua pantai. Paling teringin nak ke Datai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni pergi Langkawi bolehlah buat trip pantai ke pantai pulak Kak SK. Seronoknya dapat pergi Datai Bay tu kan.

      Delete
  2. Ralit baca tentang pantai dan lihat keindahan pantai-pantai, bila terdampar di setempat tak terjenguk tempat lain. Bila balik tanah besar bagai puguk rindukan bula pula hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keindahan pantai memang memukau mata dan menenangkan jiwa dan fikiran. Hehe..itulah kan, kena duduk berlamaan tepi pantai nikmati keindahan pantai.

      Delete
  3. emmm bila dp jejak kesini he hee
    menarikkk tmoat nya
    akak last 1999 sampai langkawi, bayangan pun dah lupa mcamana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun last jejak Langkawi 2016. Tapi tak kemana sangat sebab singgah sekejap je.
      Sekarang mesti dah banyak perubahan dan banyak tempat menarik lagi. pasni bolehlah kita terjah Langkawi cuti cuti lepas COVID.

      Delete
  4. aduhai sume cantik2.. bila la dpt pegi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tempat rasa nak pergi, kan Ezy. Harap harap sampailah jejak kita kat sana nanti.

      Delete
  5. Pantai tanjung rhu
    Pantai cenang
    Pantai pasir hitam

    Ni je 3 pantai kita slalu jejak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggal 4 lagi kena jejak tu KakRet. Saya setakat pantai Cenang je lah. Itu pun kejap je singgah..huhu

      Delete
  6. Entah bila ada kesempatan untuk berkunjung ke Langkawi. Belum lagi jejak kaki ke pulau lagenda ini.

    ReplyDelete
  7. kalau yang Tugu Helang Besar tu lokasinya sebelah mana?

    ReplyDelete
  8. Ammi belum pernah jejak kaki ke Langkawi

    ReplyDelete
  9. Dah rindu nak "Malangkawi" ke tuuu🤭🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..lambattt lagi nak ke Langkawi. Kita simpan dulu kot kot termelangkawi ke nanti kan.

      Delete
  10. Kita ni rakyat marhein selalu gi Pantai Cenang je la. Teringin nak ke Datai Bay atau Paradise 101. Nak gi Langkawi, tapi takut sangkut swab test. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu, kita mampu ke Pantai Cenang je. Datai Bay dengan Paradise tu level lain dah tu. Takpe Sal, tunggu reda sikit baru pergi. Risau betul kalau sangkut sawab test tu. kena kuat semangat dan kuarantin lagi.

      Delete
  11. Tak sabarr nak ke Langkawi. bila lah ye? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh dah kan pergi Langkawi sekarang. Tapi kena lengkap 2 dose dan swab test dulu katanya. Kena check SOP kesana macamana dulu. Kalau okay, lepas lah kesana :)

      Delete
  12. Last pergi Langkawi masa darjah 6, tak sure bila nak gi lagi ni...Teringin juga melangkawi semula...hehee

    ReplyDelete
  13. Akak tak seronok,tak selesa kalau ke sesuatu tempat yg sesak dgn org ramai hehe..so tunggu org lain lepas gian dulu la baru pikir nak lesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak suka sangat tempat sesak. Kalau tak ramai orang selesa sikit, kan.

      Delete
  14. banyak tempat menarik di pulau langkawi ni , kalau sehari dua berkampung di sana memang tak sempat nak jejak kaki ke semua tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sempat naka explore. Dah pergi beberapa kali pun masih tak cukup nak explore. kena repeat atau berkampung lama sikit baru syok :)

      Delete
  15. shida pernah pergi sekali je fiza langkawi ni..
    itu pun ikut trip taman hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat jugak jejak Langkawi tu Shida. Takpe, pasni boleh plan ke Langkawi pulak lepas reda COVID.

      Delete
  16. Banyak tempat menarik ye di Langkawi.. Belum pernah sampai lagi.. InshaAllah tunggu semua reda nanti nak pergi jalan jalan ke sana... tak tahu la bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi tempat menarik di Langkawi naniey. Boleh check dalam link entry. Pasni boleh lah merancang ke Langkawi pulak lepas semuanya reda.

      Delete
  17. Hehe selalu akak ke sana pergi tempat tarikan pelancong dan naik kereta kabel, pandai memang tidak singgah.
    Oh ada juga pantai-pantai akak kurang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik kereta kabel tu wajib singgah. Sesekali dah sampai sana, kan. cuma sekarang dah ada 3 cara nak naik atas tu.
      Lepas ni bolehlah bercuti kat tepian pantai pulak kak :)

      Delete
  18. dah bosan pi langkawi. tapi kalau direzekikan sekali lagi ke langkawi, saya nak lepak pantai2 ni jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh selalu pergi Langkawi. Best tu. Saya pun kalau pergi nak lepak pantai je. Macam best je layan view pantai yang cantik.

      Delete
  19. Saya dah pergi langkawi 3 kali, 7 Pantai tu takde satu pun saya pergi hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya next time kena singgah pantai pulak tu Nadia.

      Delete
  20. Tak pernah sampai lagi Langkawi, moga moga next time boleh sampaiiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh lah merancang bercuti ke Langkawi pulak. honeymoon ke nanti kan :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال