Minum Petang Di Aureum Rembau Kopitiam, Rembau Waterfront

Azhafizah MN
By -
16
Sampai je rumah dari Brewhäus Paroi Jaya, encik suami dapat panggilan dari Studio gambar yang ambil gambar konvo haritu. Katanya gambar dah siap dan boleh ambil. Saya pun cadangkan pada encik suami ambil hari ni je lah.

Encik suami pun setuju dan kami terus gerak ke Rembau. Dalam masa setengah jam sampailah kami di Rembau dari Seremban. Jalan tak jem. Tapi masa nak balik tengok trafik slow lah pula. Jem! 

Jomlah kita minum petang dulu di Aureum Rembau. Dulu pernah pergi Aureum Rembau tapi di tempat lama. Sekarang Aureum Rembau dah berpindah di lokasi baru di Rembau Waterfront. Lokasi baru lebih menarik, lebih luas dan lebih selesa gitu.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Kami sampai lebih kurang jam 4 lebih macam tu. Hampir separuh meja di situ dipenuhi pengunjung. Kami parkir betul-betul di depan papan tanda Aureum. Kalau datang waktu malam dah tentu cantik dengan limpahan cahaya lampu.

Waktu Operasi

3:00 petang - 11:00 malam
Tutup : Hari Selasa

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Tergoda dengan segala menu yang ada. Rasa nak pesan semua! Untuk memesan makanan, tak perlu risau nak ke kaunter sebab nanti ada staff yang akan bawa buku menu dan ambil pesanan. Cuma nak bayar nanti kena ke kaunter.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Kami duduk di penjuru berhadapan di kaunter minuman. Meja depan ni awalnya ada pengunjung. Mereka dah siap makan dan beredar barulah dapat ambil gambar kosong begini.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Sana sini ada banner Aureum ni. Tak pasti bila masa Aureum Rembau ni berpindah ke sini.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Suasana mendamaikan betul di sini. Dapat menikmati permandangan alam semulajadi yang indah ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Tak lama menunggu, minuman yang kami pesan dah siap. Mulanya nak minum cendol sebenarnya. Lepas tu cendol habis. Lepas tu saya pilih kopi latte tapi semua jenis kopi habis. Kecewa betul mendengarnya, baru nak kupi-kupi dengan latte art yang menarik sebab tak dapat cendol.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Lepas tu tak tahu dah nak pesan apa. Kami pesan air sirap limau dan green tea sejuk je lah. Nak makan popia satar, habis! Nak pesan roti kukus pun habis. Hujung-hujung pesan lempeng kelapa je lah. 

Banyak habis awal agaknya sebab hari cuti kot kan. Cuti tahun baru. Air green tea tu sedap lemak berkrim. Tak menyesal pesan green tea.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Semasa kami sedang menjamu selera, ramai pengunjung dah mula beredar. Semuanya datang dengan keluarga. Mungkin hantar anak-anak balik asrama dan ada yang lepak-lepak minum petang. Bila dah kosong sikit, barulah kita ambil gambar.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Sebenarnya taklah lapar sangat. Kita pesan 1 makanan dan kongsi berdua je lah untuk minum petang. Elok pula satu set lempeng kelapa ada 2 keping. Makan sekeping sorang. Kuah kari dia sedap betul cuma kurang pekat sikit. Lempeng yang lembut dan garing-garing gitu. 

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Di sini juga ada disediakan surau.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Usai makan, ajak encik suami ke Jambatang sungai yang berhampiran di Aureum ni. Menarik pula tengok jambatan ni.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Berdiri di tengah jambatan memotret suasana sekitarnya. Di sebelah kanan ada empangan. Empangan eh orang panggil? Ke pam?

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Di sebelah kiri pula menghadap jalan besar. Menarik suasana dan permandangannya bukan?

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Tak lupa nak acah-acah posing sambil berjalan. Menarik juga PD Waterfront je. Mesti petang-petang ramai pengunjung yang berjogging atau brisk walk selain menjamu selera di Aureum Rembau.

Aureum Rembau Kopitiam Rembau Waterfront

Kalau terlimpas di Rembau Most Wanted, bolehlah singgah di Rembau Waterfront, salah satu tempat menarik di Rembau.

Lokasi Aureum Rembau

Rembau Waterfront, H3RP+48V, 71300 Rembau, Negeri Sembilan


Post a Comment

16Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Sy pernah sampai dua kali ke food court Rembau yg dekat² dgn sungai macam ni. Yang ni belum sampai lagi, nanti kalau ada lalu Rembau boleh singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ke Rembau lagi boleh singgah sini pulak Mak Inche'.

      Delete
    2. Dah singgah semalam tapi tutup. Baca memo situ rupanya buka pukul 3 ptg, kami tersampai awallah pulak 🤣

      Delete
    3. Alamak, salah timing pulak. Tempat ni petang baru buka..untuk minum petang dan makan malam lah gitu. Takpe, next time boleh singgah lagi petang²

      Delete
  2. Hurmm.. lupa nak komen pasal banyak menu habis tu yek. Kalau sy mesti naik angin jugak 🤭.

    ReplyDelete
  3. bagusnya siap ada surau. cantikk juga kawasan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sangat kan. Memang cantik kawasan Rembau Waterfront ni. Deko kedai pun menarik.

      Delete
  4. Sedapnya dapat makan lempengg cecah kuah kari.
    25 Disember lepas kami bermalam di homestay di Rembau. Tak ingat kawasan mana. Tapi sempat pergi beli Satay Chembong dan sarapan pagi di Warong Buana Kampung Gaing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur juga ada hidangan yang kita nak masih ada Kak Amie. Dapat juga menikmati lempeng kelapa cicah kuah kari. Ohhh..Warong Buana tu dekat dengan sungai juga kan. Saya pernah pergi situ tapi beli kopi di hadapan kedai tu, Bianglala tempat glamping. Menarik juga tempatnya.

      Delete
    2. Betul, di depannya Bianglala tempat glamping.

      Delete
    3. Perasan juga warung ni tapi sebab kita dah mengopi, takdelah nak singgah warung. hihi...

      Delete
Post a Comment