Tonton Perlawanan Republik Korea vs Malaysia Piala Asia 2023 Qatar 25 Januari 2024

Azhafizah MN
By -
4

Tonton Perlawanan Siaran Langsung/ penstriman langsung (live streaming) pasukan Republik Korea (Korea Selatan) vs Malaysia pada 25 Januari 2024, hari Khamis jam 2:30 petang waktu di Qatar bersamaan 7:30 malam waktu di Malaysia.

Perlawanan terakhir dalam peringkat kumpulan E saingan AFC Asian Cup Qatar 2023 ini dijadualkan berlangsung di Stadium Al Janoub, Qatar.

Republik Korea vs Malaysia

baca juga


Pada perlawanan yang lalu menentang Bahrain, skuad kebangsaan terpaksa akur dengan kekalah tipis 0-1 menerusi jaringan lewat minit-minit akhir dan sekaligus gagal ke fasa kalah mati saingan Piala Asia 2023.

Harimau Malaya tersingkir kerana gagal untuk berada sekurang-kurangnya di kedudukan ketiga terbaik dalam kelompok empat pasukan mara ke 16 pasukan terakhir. 

Kesan daripada kekalahan Harimau Malaya juga turut menjejaskan ranking Malaysia turun di kedudukan 136 dunia.

Diharapkan skuad Harimau Malaya terus bangkit dari kekalahan dan terus fokus untuk perlawanan terakhir menentang Republik Korea, pasukan nombor tiga Asia yang berada di tangga ke-23 dunia. 

SIARAN LANSUNG/ PENSTRIMAN LANGSUNG/ LIVE STREAMING REP. KOREA vs MALAYSIA

Waktu perlawanan : Khamis, 25 Januari 2024, 2:30 petang (Qatar) / 7:30 malam (Malaysia)
Tempat : Stadium Al Janoub
Siaran TV : Astro Arena (CH801), TV Okey (CH146), Sukan RTM (myFreeview-saluran 111)
Strim online : RTMKlik (TV OkeySukan RTM), Sooka

Penstriman langsung/ live streaming percuma (live stream free) hanya di TV Okey, Sukan RTM dan Astro untuk pelanggan Astro. Untuk tontonan menerusi platform Sooka, penonton perlu dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM12.90.

Keputusan masa penuh perlawanan

Keputusan perlawanan antara Rep. Korea vs Malaysia dalam saingan AFC Asian Cup Qatar 2023/ Piala Asia 2023 Qatar secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : REPUBLIK KOREA (3) vs (3) MALAYSIA
Jeong Woo-yeong 22' Lee Kang-in 83' Son Heung-min 90'+4 (P)
Faisal Halim 51' Arif Aiman Hanapi 62' (P) Romel Morales 90'+15
Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. debar-debar pulak kiter.. Adeh. perit dua kekalahan lepas masih terasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Main ok dah lawan Bahrain cuma tak ada rezeki. Nak lawan Korea ni lagilah struggle.

      Delete
  2. weekend lepas layan jugak ngan anak bujang...memang saat2 terakhir sungguh..geram je. but team Malaysia pun main bagus cuma bukan luck kita... but hero MA ckp....3rd game ni lagi susah nak menang..emmm...teman kan dia so layan je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..cuma tak ada rezeki menang. A'ah 3rd game lagilah payah sebab korea jauh kedepan lagi ranking dia.

      Delete
Post a Comment