Sarapan Di Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah Yang Tengah Viral

Azhafizah MN
By -
12
Hari Ahad hari tu balik Kuala Pilah kejap, alang-alang tu jomlah kita sarapan dulu di Hillside Cafe Jemapoh, Kuala Pilah yang tengah viral sekarang ni. Sarapan ala-ala berada di Cameron Highland katanya sebab cafe ni terletak di atas bukit.

Dulu tempat ni hanya sekadar bukit berdekatan dengan Hentian Rehat dan Rawat Jemapoh (RnR) yang dah terbiar lama. Kini, kembali hidup dengan adanya Hillside Cafe ni.

Cafe yang sangat aesthetic dan lokasinya di atas bukit jadi satu daya tarikan untuk pengunjung datang menjamu selera di sini. Sejak tular/ viral asyik naik di FYP TikTok, saya dah bookmark siap-siap dah.

Baru minggu lepas lah dapat singgah di Hillside Cafe Jemapoh ni. Jauh sikitlah dari rumah Mak mentua. 

Dari jauh dah nampak signboard Cafe. Dari jauh pun dah nampak betapa aesthetic nya cafe ni di atas bukit. 

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Kami parkir kereta di tepi jalan bawah bukit tu memandangkan tak banyak kereta. Ada satu lagi parkir kereta di atas, tapi kami tak tahulah jalan masuk dia. Tempat parkir tu untuk mereka yang tak larat nak mendaki tangga ke Cafe.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Kalau datang dari depan, kenalah mendaki tangga ni. Suka dengan konsep corak Morocco ni. Nice kan. 

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Kali pertama singgah sini, terpinga-pinga juga kami di mana nak pesan makanan sebab naik tangga ni ada meja, kerusi dan kedai kopi.

Kami jalan ke sebelah kiri dan terus ke tempat makanan diletakkan. Ada macam-macam jenis makanan. Jadi pening pula tak tahu nak ambil apa. Di sini kena layan diri, ambil sendiri dan kemudian bayar di kaunter.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Oleh kerana terlalu ramai orang, sempat ambil gambar beberapa je. Taknak kacau orang lalu lalang kan. 

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Malas fikir panjang, saya ambil nasi lemak dan bihun goreng sikit. Encik suami ambil pulut kuning dan kari.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Nasi lemak boleh tahan sedap. Tapi pulutnya kurang rasa kata encik suami. Takpelah, kita saja nak rasa-rasa makan di sini.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Dah ambil dan bayar makanan, kami ke bawah semula cari meja. Dapatlah meja bahagian dalam sikit. Kononnya nak feeling sarapan di Cameron Highland duduk meja di tepi dekat dengan jalan besar tapi dah penuh pula. 

Dah dapat meja, encik suami pesan kopi di kedai kopi sebelah kanan tu. Laluan kiri tu lah jalan menuju ke cafe tempat ambil makanan.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Atau boleh ikut tangga ni juga. 

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Selesai makan, kami tak tunggu lama dan terus balik kampung encik suami. Sebelum tu ambil gambar signboard Hillside Cafe yang menarik ni.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Tak lupa juga untuk bergambar tanda hadir. Tapi dah kenapa bergambar macam tiang bendera je tu? Nampak kembang pun ye. Haishh..perempuan mana nak kalah kalau dalam gambar nampak gemuk, kan?

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Hillside Cafe ni memang menarik. Best kalau tak ramai orang, dapat lepak lama sikit. Kalau dapat duduk di gazebo ada pokok buluh tu lagilah menarik. Tapi dah ada orang masa kami cari meja tu. Kalau tidak memang syoklah kami lepak lama.

Makanan banyak pilihan dan harga berpatutan. Tengah hype dan viral ni memang ramailah orang datang singgah. 

Post a Comment

12Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Tempatnya menarik tapi rasanya lebih menarik jika makanan dihidangkan kepada pelanggan berbanding konsep layan diri tu. Mungkin mereka tak cukup kakitangan untuk ambil dan siapkan pesanan pelanggan ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat memang menarik. Ye, saya pun setuju macam tu. Senang dan lebih selesa kita tak perlu ke sini kemari. Mungkin mereka lebih senang nak uruskan konsep layan diri kot.

      Delete
  2. Selalu nampak FYP kat TT, tapi x terpergi lagi..takut kecewa...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, selalu naik FYP. Kena tunggu tak ramai orang baru syok pergi sini kak. Kalau tidak macam tak selesa juga ramai-ramai. Makanan ok je banyak pilihan.

      Delete
  3. Dari 2011 saya kerja dekat situ, dia tak ada. Elok saya cuti belajar, eh ada pulak dia. Tak sabar nak pergi nanti hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu macam tu kan. Time kita ada tak nak pulak dia buat macam-macam. Tahu-tahu Richiamo pun dah ada berdekatan situ. Ke lama dah? Takpelah, pasni boleh pergi selalu.

      Delete
  4. Baru je ke sana Ahad lepas. Saja nak rasa kopi diorang. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, macam hari yang sama je saya pergi ni. Tak terserempak pulak kita. Mengopi yang sama ye?

      Delete
  5. Jenuh orang yang tidak larat naik tangga kalau tidak tahu ada tempat letak kereta berdekatan.
    Tempat memang cantik tapi mungkin orang pertama kali akan terpinga-pinga cara pesan makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau tak tahu naya nak naik tangga tu. Ye, tempat ni memang cantik. Macam tu lah kami bila pertama kali sampai.

      Delete
  6. Wah, cafe atas bukit. Sate pun ada, ye, waktu pagi. Bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tempat makan sarapan dan tengahari yang menarik. Tengah hype sekarang ni.

      Delete
Post a Comment