Hazelnut Latte Panas Kenangan Coffee Sedap Teruk!

Azhafizah MN
By -
14
Semalam cuti Thaipusam teman encik suami pergi Celcom Bluecube di Seremban Gateway nak tukar telco dari Digi ke Celcom. Walaupun company yang sama sekarang tapi tetap nak tukar juga atas sebab ada masalah yang Digi tak boleh nak selesaikan.

Dah settle disitu, encik suami kata nak beli apa-apa tak? Kita pun cakaplah nak beli kopi. Buat bekal perjalanan nak ke Melaka pula. Nak melawat abang saya di ICU Hospital Jasin, abang saya sudah sehari ditidurkan (intubate). 

Nampak kedai kopi Kenangan Coffee ni, kita terus lah ke sini tak pandang yang lain. Pernah dengar katanya Kenangan Coffee ni sedap. Kopi dari Indonesia kan. Kopi dari jiran kita sana jaranglah tak sedap orang kata. Orang katalah. Kita tak pernah cuba lagi.

Menarik juga rupa kedai kopinya. Simple dan minimalist. Kami cuma pesan 1 cawan kopi je. 

Kenangan Coffee

Cawannya juga menarik. Saya pilih hazelnut latte panas dengan saiz cawan besar. Nak kongsi berdua kenalah beli yang besar. Kecil mana cukup. Suka pesan yang panas sebab rasa dia maintain sedap berbanding sejuk.

Kenangan Coffee

Bila dah suam barulah kita dapat merasa. Wow! Sedap teruklah rasa dia. Dah macam rasa Caramel Machhiato yang biasa kita pesan kat kedai kopi S dulu tu. Teruja lah kita minum air kopi Kenangan Coffee ni. Sedap betul! Yang penting kurang manis ye. Pahit pahit manja sikit. 

Banyak juga pilihan kopi yang ada. Nanti nak cuba matcha pula. Rupa paras dia di banner tu nampak menarik juga.

Nampaknya bakal jadi favourite kita lah lepas ni. Tapi tulah, cawangannya tak banyak sebab baru masuk Malaysia beberapa tahun ni. Area Kuala Lumpur mungkin senanglah nak jumpa kot kan. Saya beli ni di Seremban Gateaway.

Seremban Gateway punyalah meriah sekarang ni. Patutlah banyak kereta sentiasa. Macam-macam kedai ada. Nampak sangat lama tak jejak sini. Bila ada urusan ni je lah baru kita datang melawat. 

Post a Comment

14Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Samalah suka pesan yang panas berbanding sejuk.
    Hoho mula tersilap baca perkataan teruk rupanya sedap teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, maintain sedap kan rasa dia. hihi..sedap teruk (baca : sedap betul).

      Delete
  2. Kopi yang biasa saya pesan. Hazelnut latte.. 😀👍🏼

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat minuman yang menepati selera. Minum panas memang feel dia sampai ke jiwa raga kan Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sedap! Nikmat tak terkata minum air panas.

      Delete
  4. Saya pun fan Kenangan dah sekarang. Perasa yang di offer paling digemari adalah Peanut Butter tu. Macam tak puas rasanya setiap kali minum. Even dah tahu diri tak boleh consume banyak susu pun tetap nak minum. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah unik tu flavour peanut butter. Nanti boleh cuba. Haa kena pantang tu tak boleh minum banyak.

      Delete
  5. Suka order yang panas sebab rasa kopi maintan je kalau dah sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat! Even dah sejuk pun masih sedap dinikmati sebab rasa tak hilang.

      Delete
  6. Ini selalu jadi langganan saya di jakarta 😄😄. Tapi biasanya saya pesan kopi susu gula aren kak. Soalnya dia punya kopi khas yg itu. Nantilah nak coba rasa lainnya.

    Waktu saya ke KL terlihat juga kopi kenangan ini. Tapi Krn buru2 tak sempat coba.

    Eh nama menu kopi nya, tak dibuat sama kayak Indonesia yaa? Soalnya kalo di sini nama menu kopi kenangan unik..

    Misalnya ada kopi kenangan mantan, kopi mantan menikah, kopi kenangan masa lalu , kopi selingkuhan etc 😄


    Jadi pas duluuu mereka baru buka, banyak yg tertarik Krn nama menunya unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Best tu dapat selalu minum kopi sedap. Kopi susu gula melaka ye? Kiranya signature Kopi Kenanganlah kan. Baik, nanti boleh cuba. Tak sama pula namanya ye. Mungkin ikut lokasi.

      Nama di sana lebih unik gitu berkaitan dengan kenangan. Di sini macam lebih direct kepada rasa dia.

      Delete
Post a Comment