Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang Air Tangan Mak

Azhafizah MN
By -
10
Minggu lepas berkesempatan balik kampung sempena cuti tahun baru. Agak lama juga tak balik kampung lebih kurang 2 bulan. Biasanya sebulan sekali gitu balik kampung. Bila ada macam-macam urusan begitulah jadinya.

Bila balik kampung, bermacam-macam hidangan lah ada atas meja. Terpaling best pagi-pagi mak sediakan sarapan pagi nasi lemak bungkus daun pisang. Bukan selalu dapat makan hasil air tangan mak. Mak pun bila anak-anak balik kalau boleh semua benda nak disuruh makan. Tak sempat lapar orang kata!

Alhamdulillah dapat menikmati nasi lemak daun pisang air tangan mak. Lama betul tak makan nasi lemak bungkus daun pisang. Semuanya mak buat dari ambil daun pisang, layur daun pisang, buat sambal dan masak nasi sampailah siap dibungkus. 

Daun pisang dan sambal mak dah siap-siap waktu malam. Pagi tu barulah masak nasi dan rebus telur. Walaupun nasi lemak tak lengkap tak ada timun, kacang goreng dan ikan bilis, tetaplah sedap.

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

Sedap lain macam nasi lemak mak buat. Nasi berlemak dengan santan segar. Pagi-pagi subuh dah dikejutkan dengan aroma nasi lemak daun pandan. Rasa tak sabar nak makan!

Sambal pun pedas tak pedas sangat gitu. Air tangan mak mana boleh lawan kan. Tetap win! Alhamdulillah...Dulu masa mak berniaga nasi lemak dah jemu dengan nasi lemak. Sekarang teringat-ingat nasi lemak mak yang sedap cukup rasa lemak nasi dan pedas sambalnya. Itu menurut sayalah. Lain orang lain seleranya.

Tags:

Post a Comment

10Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Warna sambal itu memang nampak sedap sangat Fizah. Memang ngam lah dengan nasi lemaknya. Tak ada timun, kacang tanah dan ikan bilis goreng pun dah cukup menyelerakan. Tambahan pula dibungkus dengan daun pisang. Perrgghhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tanpa condiments nya pun dah cukup sedap dah. Tambah lagi dibungkus dengan daun pisang. Pula tu air tangan mak. Bertambah tambah sedap rasa nasi lemak tu.

      Delete
  2. Wah nampak menyelerakan. Saya paling suka nasi lemak daun pisang. Boleh lah minta mak saya buatkan kalau balik nanti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menyelerakan. Semoga ada rezeki awak makan nasi lemak daun pisang air tangan mak. Selamat menjamu selera nanti.

      Delete
Post a Comment