Makan Malam Di Hill & Chill Coffee Nilai

Azhafizah MN
By -
8
2 hari cuti brisk walk. Sehari sebab keadaan kasut tak mengizinkan, sehari lagi sebab keluar membeli barang di AEON Nilai. Balik dari AEON Nilai, cari port makan yang menarik. Selepas google, nampak Hill & Chill Coffee Nilai ni macam menarik je.

Ada kopi dan ada menu western. Jomlah kita pergi! Tak jauh dari AEON Nilai tu lebih kurang 2.7km kalau tak silaplah. Ambil masa dalam 12 minit.

Jam menunjukkan jam 9 lebih, ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera di meja luar. Masa saya ambil gambar ni waktu kami balik, dah tak ada entiti dah. Baru lapang gambar tanpa kereta dan manusia lain.
 
Hill & Chill Coffee Nilai

Kawasan parkir boleh dikatakan luas jugalah. Tak pasti boleh tampung berapa banyak kereta dalam kawasan ni. Bahagian depan ada bangunan macam rumah. Mungkin tempat untuk event?

Cafe pula terletak di bahagian belakang. Suka betul dengan konsep cafe macam ni. Gaya industrial yang minimalist. Sedap mata memandang. Sesuai juga dengan konsep santai-santai gitu.

Hill & Chill Coffee Nilai

Bahagian meja dan kerusi luar dilengkapi dengan payung dihiasi dengan mentol-mentol lampu bulat. Menarik suasana waktu malam di sini.

Hill & Chill Coffee Nilai

Dari pandangan tepi, nampak macam cottage kecil konsep industri. Cantik bukan?

Hill & Chill Coffee Nilai

Jom masuk!

Hill & Chill Coffee Nilai

Untuk buat pesanan, boleh masuk dalam. Scan QR code untuk senarai menu yang ada. Lepas tu buat pesanan dan bayaran di kaunter. Bayaran menggunakan QR code atau secara tunai.

Hill & Chill Coffee Nilai

Lepas buat pesanan dan bayaran, boleh lah pilih nak duduk di mana. Kami pilih untuk duduk bahagian dalam tingkat atas. 

Hill & Chill Coffee Nilai

Masa kami naik atas, ada pelanggan lain juga. Lepas kami duduk mereka pun dah habis makan dan berlalu pergi. 

Bila tak ada pelanggan lain, dapatlah kita buat macam ini tempat ana yang punya. Ambil gambar di segenap sudut yang dirasakan menarik. 

Hill & Chill Coffee Nilai

Bahagian ni dipenuhi dengan topeng iron mask, storm trooper dan beberapa character yang kurang saya kenali. Tak lupa juga perisai kapten Amerika dan sarung tangan si Thanos.

Hill & Chill Coffee Nilai

Selain tu, lampu gantung ini juga menarik perhatian saya. Kena sangat dengan gaya industri.

Hill & Chill Coffee Nilai

Sementara menunggu, kita nikmati permandangan dari atas.

Hill & Chill Coffee Nilai

Tak lama duduk, hazelnut latte panas yang dipesan sampai ke meja. Kalau kita duduk dalam, mereka akan hantar pesanan di meja. Tapi kalau duduk di luar, pelanggan kena ambil sendiri di kaunter pick up di bawah.

Hill & Chill Coffee Nilai

Teringat anak buah ada di Nilai, kita pun roger-roger lah. Dia pesan air caramel latte sejuk. Sedap juga katanya air yang dipesan tu. Haa lepas ni jadi port lepak dia lah pula.

Hill & Chill Coffee Nilai

Encik suami pesan nasi ayam penyet. Mulanya nak pesan nasi lemak tapi habislah pula. Kempunan nasi lemak akhir-akhir ni. Tapi tak apa, pagi ni dapat dah menjamu nasi lemak. Hidangan nasi lemak encik suami tak sempat di cicipi sebab sibuk menyembang. Tahu-tahu habis. Jadi tak dapatlah nak juri.

Hill & Chill Coffee Nilai

Saya dan anak buah pesan grilled chicken chop. Saya ni pantang nampak menu chicken grilled, mesti nak order punya. Kali ni grilled chicken dia menarik ye. Pertama kali nampak hidangan grilled chicken chop dengan roti arab dan mushroom soup selain salad dan sos black pepper.

Memang kenyang sangatlah makan hidangan ni dengan ayam dan roti tu. Unik juga hidangan begini tapi bagi saya ayam sahaja dan cukup kenyang tanpa roti. Jenuh juga nak menghabiskannya, itu pun roti kongsi dengan encik suami.

Hill & Chill Coffee Nilai

Untuk makanan bagi kami biasa sahaja. Mungkin sebab dah rasa yang lebih sedap kot. Air kopi boleh tahan sedap. Yang bestnya suasana di sini best. Ada banyak pilihan menu makanan dan minuman. Bolehlah untuk datang makan-makan dengan keluarga dan rakan taulan.

Hill & Chill Coffee Nilai

Meriah makan malam kami bertiga. Sembang punya sembang, tahu-tahu dah pukul 11 lebih dah. Kedai pun dah nak tutup daaaa...

Disebabkan harini cuti Thaipusam, dapatlah kami menyembang lepak lama sikit. Kalau tidak, mana mahunya nak lepak sampai malam. 

Hill & Chill Coffee Nilai
Waktu Operasi : 8.00 am-12.00am (midnight) Buka setiap hari
Waze : Hill & Chill Coffee Nilai

Post a Comment

8Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Dah pernah singgah tapi lepas lunch hour..kat luar tu panas lit2...kopi dia memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau cuaca agak agak panas tu better duduk dine in kat dalam lagi selesa gitu ada aircond. Ye setuju kopi dia sedap.

      Delete
  2. Unik pula digandingkan ayam panggang dengan roti Arab.
    Selamat bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik kan. Pertama kali jumpa hidangan chicken grilled dengan roti arab.
      Selamat bercuti juga kak.

      Delete
  3. Cantiknya cafe. Grilled chicken dia nampak sedap. Roti arab untuk dicicah dengan mushroom sup kot. Mesti kenyang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik cafe ni. Ye betul, roti arab cicah mushroom soup. Sangat kenyang kak. Kena makan kongsi baru habis.

      Delete
  4. ammi pun sama...kalau nampak menu yg ada grilled chicken auto irresistible

    ReplyDelete
Post a Comment