Responsive Ad Slot

Slider

Doa Memasuki Bulan Rejab 1445H/ 2024 M

Doa Memasuki Bulan Rejab 1445H/ 2024 M dan kelebihan bulan Rejab serta amalan bulan Rejab
Kita akan memasuki 1 Rejab 1445H mulai masuk waktu Maghrib pada hari Jumaat 12 Januari 2024 sehingga waktu nak masuk subuh pagi 13 Januari 2024 hari Sabtu. Jadi, ambillah peluang ini untuk membaca doa memasuki bulan Rejab.

Doa Bulan Rejab

Bulan Rejab

Bulan Rejab salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. 

Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab.

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.

Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). —Mukhtar al-Shihah, 118

Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijriah dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya. 

Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir (Jamadil Akhir) dan selepasnya adalah Sya’ban. Doa yang boleh diamalkan ketika memasuki bulan Rejab seperti dibawah

Doa memasuki bulan Rejab

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahuma baariklana fi rajab wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : “Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Hadis Riwayat Baihaqi

Kelebihan Bulan Rejab

Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. 

Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.—Tafsir Ibn Kathir, 4:130

baca juga : Amalan Bulan Rejab

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta diberikan taufiq dan hidayah untuk terus beribadah kepadaNya. 
2
( Hide )

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu