Telefilem Rindu Rahman (TV2)

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Rindu Rahman ditayangkan di slot Drama On 2 TV2 pada hari Isnin, 22 Januari 2024 jam 9:00 malam dan tonton secara strim online menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Rindu Rahman

Naskah terbitan Allout Pictures TV ini merupakan hasil karya pengarah tersohor Hashim Rejab dengan skrip yang ditulis oleh Haida Mazni menampilkan barisan pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su, Puteri Sarah Liyana dan Mustaqim Bahadom.

TELEFILEM RINDU RAHMAN

Waktu siaran : Isnin, 22 Januari 2024, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Drama On 2 TV2
Strim online : RTMKlik
Penulis skrip : Haida Mazni
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Allout Pictures TV

PELAKON/CAST DAN WATAK

Dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Puteri Sarah Liyana, Mustaqim Bahadom, Sobri Anuar, Juita Johari dan ramai lagi.
  • Wan Hanafi Su sebagai Rahman
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Zulaika
  • Mustaqim Bahadom sebagai Yusuf
  • Sobri Anuar sebagai Rahim
  • Juita Johari sebagai Rohani

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Rahman dan Rohani dikurniakan seorang cahayamata bernama Zulaikha. Namun perkahwinan mereka diuji dengan kehadiran Zainal. Rahman telah menceraikan Rohani kerana menyangka Rohani ada hubungan dengan Zainal. 

Tidak dapat menerima kecurangan isteri, Rahman tidak memberi keizinan kepada Rohani untuk bertemu dengan anak mereka, Zulaikha. Apabila dewasa, hidup Zulaikha pula dikongkong oleh ayahnya hinggakan hubungannya dengan Yusuf, jejaka pilihannya tidak direstui.

Rindu Rahman

Ikuti kesudahannya dalam Telefilem Rindu Rahman pada 22 Januari 2024, jam 9:00 malam di TV2 dan RTMklik.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment