Drama Kau vs Aku

Drama Kau vs Aku, drama Siri Originals Sooka adaptasi daripada webnovel Wattpad Kau Vs Aku karya Nurul Husnina Binti Mockthar atau Shieyruna yang mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut.

Tonton drama Kau vs Aku episod 1 secara percuma di Sooka bermula pada 19 Ogos 2022. Episod seterusnya perlu membuat langganan pelan VIP Entertainment ataupun VIP TV dengan harga RM15.90 dan RM42.50.

Siri Drama Kau vs Aku juga menampilkan integrasi PUBG MOBILE dalam plot kisah cinta yang dipaparkan sebagai penggalak berputiknya cinta antara dua watak yang dipegang oleh Chubb-E dan Mia Sara Shauki. Permainan mudah alih tersebut akan menjadi bahagian penting di dalam perhubungan di antara dua watak tersebut.

Drama Kau vs Aku diarahkan oleh tiga pengarah Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju) dibarisi pelakon Dini Schatzmann, Shasha Abedul, Mia Sara Shauki, Chubb-E, Atikah Suhaime, Imran Aqil, Fimie Don dan ramai lagi.

drama kau vs aku

DRAMA KAU VS AKU

Jumlah episod : 8
Mula siaran : 19 Ogos 2022
Platform Penstriman : Sooka
Penulis skrip : Anwar Hadi, Farah Alya As'ari, Afiza Asram
Pengarah : Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Siti Afizah
Produksi : Wattpad WEBTOON Studios

PELAKON DAN WATAK

  • Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
  • Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
  • Mia Sara Shauki sebagai Shanina
  • Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
  • Arena Wan sebaga Syafikah
  • Imran Aqil sebagai Ashraf
  • Fimie Don sebagai Luqman
  • Atikah Suhaimie sebagai Hanniya
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
  • Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
  • Hafidz Roshdi sebagai Emir
  • Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

SINOPSIS DRAMA KAU VS AKU

Menceritakan kisah remaja berumur 16 tahun yang mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis, akan tetapi kehidupannya bertukar apabila seorang pempengaruh Instagram yang dia selalu buli di dalam talian, berpindah ke sekolah yang sama.

Dunia Aulia Zulaikha tidak menyangka dia akan bertembung dengan 'influencer' yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar.

Adakah permusuhan bakal berubah menjadi cinta?

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.