Telefilem Mama Sado (TV9)

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem Mama Sado lakonan Didie Alias, Miera Liyana dan Ben Amir bersiaran kembali di slot skrin di 9 TV9 dan boleh ditonton secara strim online menerusi platform Tonton.

Telefilem Mama Sado

Telefilem ini merupakan telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016, naskah dari pengarah Haizul Anafer Ali dengan nukilan skrip oleh Azlina Din.

TELEFILEM MAMA SADO

Waktu siaran : Jumaat, 19 Januari 2024, 8.30 malam
Siaran TV : Slot skrin Di 9 TV9
Strim online : Tonton
Penulis skrip : Azlina Din
Pengarah : Haizul Anafer Ali
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

PELAKON/CAST DAN WATAK

Telefilem ini dibibintangi oleh Didie Alias, Miera Liyana, Ben Amir, Mubarak Majid, Isma Danial, Enot, Dato Tarmimi Serigar dan ramai lagi.
  • Didie Alias sebagai Shamsiah
  • Miera Liyana sebagai Andra Raina
  • Ben Amir sebagai Idris

SINOPSIS MAMA SADO

Andra Raina malu untuk mengaku wanita yang berperwatakan seperti seorang lelaki itu adalah ibunya, Shamsiah. Sungguhpun Shamsiah gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia adalah seorang ibu yang baik dan penyayang.

Telefilem Mama Sado

Andra memperkenalkan teman lelakinya, Idris kepada Shamsiah dan mereka mempunyai keserasian tentang motosikal berkuasa tinggi. Namun tidak bagi ibu Idris yang tidak gemar akan perubahan Idris.

Disebabkan itu, Andra melarikan diri kerana tertekan dengan keadaan yang terjadi. Shamsiah mulai rasa sedar yang dia tidak boleh berterusan sebegitu. Dia mula berubah kepada seorang wanita yang feminin.

Andra lega dengan perubahan ibunya itu dan pulang kerumah. Namun dia perasan yang ibunya tidak seceria dulu.

Menjelang hari perkahwinan Andra dan Idris, Shamsiah resah menunggu Andra yang tidak kunjung tiba. Lalu dikejutkan dengan sekumpulan geng motosikal berkuasa tinggi mengiringi ketibaan Andra dan Idris disusuli paluan kompang untuk memeriahkan majlis mereka.

Ikuti kisah mereka dalam Mama Sado di TV9 pada 19 Januari 2024, jam 8:30 malam.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment