Telefilem Keluarga JJ (TV2)

Azhafizah MN
By -
6
Tonton Telefilem Keluarga JJ bersiaran pada 15 Januari 2024, hari Isnin jam 9:00 malam di slot Drama On 2 TV2 dan secara online menerusi RTMKlik.

Telefilem Keluarga JJ

Telefilem ini pernah ditayangkan pada tahun 2021 karya Nuad Othman terbitan Geltan Consultancy Sdn. Bhd. lakonan Kazar Saisi, Ungku Hariz, Aleza Shadan, Wan Sharmila sebagai pelakon utamanya.

TELEFILEM KELUARGA JJ

Waktu siaran : Isnin, 15 Januari 2024, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV2
Strim online : RTMKlik
Pengarah : Nuad Othman
Produksi : Geltan Consultancy Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Telefilem ini dibintangi oleh Ungku Hariz, Kazar Saisi, Wan Sharmila, Aleza Shadan dan ramai lagi.
  • Ungku Hariz sebagai Jidin
  • Kazar Saisi sebagai Jidan
  • Wan Sharmila sebagai Nana
  • Aleza Shadan sebagai Puan Wati

SINOPSIS KELUARGA JJ

Keluarga JJ mengisahkan tentang Jidin diterima bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Jidan, seorang pemilik sebuah syarikat. Jidan, seorang duda yang sudah berumur hidup penuh sederhana sedangkan dia sebenarnya kaya telah menimbulkan rasa hairan kepada Jidin. 

Lebih menghairankan adalah Nana, seorang gadis yang disangka Jidin anak kepada Jidan, sebenarnya merupakan kekasihnya. Tidak mahu keadaan menjadi rumit, Jidan meminta Jidin merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan ibu Nana, Puan Wati. 

Namun, Jidin pula jatuh hati kepada Puan Wati setelah pertama kali melihat wanita tersebut sewaktu menghantar Nana pulang. Kejelitaan Puan Wati bagaikan seorang anak dara telah membuatkan hati Jidin tidak tenteram.

Post a Comment

6Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment