Responsive Ad Slot

Slider

Dan Bila Badan Rasa Penat Atau Tertekan, Pergilah Ke Pantai. Ada Manfaatnya

bila dah penat bila perempuan penat bila badan terlalu penat pergilah ke pantai untuk healing terapi pasir pantai untuk stroke manfaat pasir pantai
Pantai, tempat healing terpaling popular yang tengah hype sekarang ni selain sungai, berkemah dan banyak tempat healing sebenarnya. Di rumah pun boleh juga healing juga. Tapi kalau dah terperap lama dalam rumah. Kena juga cari angin luar.

Jika diberi pilihan, saya lebih suka 'healing' di pantai. Suka dengan panorama laut dan pantai. Air laut membiru, bau laut dan bunyi ombak jahat tu yang mendamaikan. Keindahan panorama pantai ciptaan Allah SWT membuatkan manusia rasa tenang bila melihatnya.

Sesuka mana pun tentang pantai, saya hanya sekadar suka melihatnya. Itu dah cukup buat rasa gembira. Kadang kala kita perlukan vitamin sea. Dapat lepak di tepian pantai tu satu kegembiraan. Bila dekat dengan alam ni jiwa kita auto sembuh.

Bila badan rasa penat, bila badan terlalu penat dan bila dah penat, pergilah ke pantai. Ada manfaatnya. Pernah juga terbaca terapi pasir pantai untuk stroke dengan cara tanam badan sampai paras leher dalam pasir.

bila badan rasa penat pergilah ke pantai
Berdamailah dengan alam semulajadi dan bertenanglah...

5 Manfaat pergi pantai

  1. Bila badan rasa penat. Pergilah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya.
  2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, reflect diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.
  3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergilah ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum pulang ke rumah. Bawa pulang positif vibe ke rumah.
  4. Mental burnout sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tak siap yang masih bertangguh. Pergilah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan.
  5. Bila anak semakin pasif, tak aktif. Asyik main telefon je. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. Motor skill halus dan kasar di aktifkan.
  6. Bila anak tantrum, suka menangis menjerit. Suka rosakkan barang rumah, suka usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.

Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan expectation parent, dan tekanan keinginan bermain yang terhalang.
 
Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.

Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan family, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.

Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.

Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tak di lepaskan dengan baik akan di lepaskan dengan cara tak baik.

Tekanan yang tak di lepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.

Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan sebaiknya. 
 
dipetik dari tulisan Hajar Syazwan

15
( Hide )
  1. Bila cakap pasal pantai ni, terus rindu dgn kampung halaman sbb dekat dgn pantai. bila stress / boring / rasa nak jogging mesti ke pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya kalau rumah dekat dengan pantai. Boleh belok ke pantai selalu :)

      Delete
  2. Alam semulajadi memang terapi jiwa. Memandang deburan ombak je pun boleh leka dan tenang perasaan.

    Lawa topi Fiza.

    ReplyDelete
  3. itu lah..dah lama tak pergi healing tepi pantai...duduk saja pun dah rasa tenang

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak kena angin laut.. berehat dan menenangkan fikiran..

    ReplyDelete
  5. Benaar kak. Kalondah rasa badan nih tak enak atau terlalu pressure, saya pun memilih utk traveling dulu, tapi saya lebih suka gunung drpd pantai, Krn tak suka panas 😅. Kalo ke gunung, rasanya badan rileeeks sangat, apalagi ditambah cuaca sejuk.setelah tuh, kalo pikiran dan segar, barulah bisa berpikir jernih lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh saya pun tak suka panas, duduk tepi pantai tempat redup okay lagi. Betul, selepas healing baru rasa lega sikit.

      Delete
  6. Alhamdulillah.
    Cantik perkongsian tentang pantai sebagai terapi dalam pelbagai bentuk tekanan kehidupan.
    Nak duduk bawah pokok rendang tepi pantai. Nak rasa angin pantai dan bau laut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, suasana yang mendamaikan. Berlamaan di pantai pun tak mengapa.

      Delete
  7. Dengar bunyi ombak pun teris rasa tenang , relax jer .. Hilang masalah hilang stress, hilang bebanan dalam kepala ni . Pucuk pangkalnya lepak tepi pantai , dengar deruan ombak nii memang layan sangat

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu