Perlawanan Persahabatan Syria vs Malaysia 8 Januari 2024

Azhafizah MN
By -
2
Perlawanan persahabatan (Friendly match) antarabangsa antara pasukan Syria vs Malaysia dijadualkan akan berlangsung di pada 8 Januari 2024, hari Isnin jam 1:30 pagi waktu Malaysia (9 Januari 2024) di Team base camp.

Aksi pertemuan ini merupakan aksi pemanas badan bagi persiapan menjelang aksi sulung pasukan Malaysia dalam kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon akan memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan aksi pembukaan menentang Jordan pada 15 Januari 2024.


Siaran langsung/live strim Syria vs Malaysia

Untuk makluman, perlawanan persahabatan ini merupakan perlawanan tertutup dimana tiada siaran langsung akan disiarkan di saluran TV mahupun secara live strim.

Waktu perlawanan : Isnin, 8 Januari 2024, jam 1:30 pagi (Waktu Malaysia) 9 Januari 2024
Tempat : Team base camp

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini pada perlawanan antarabangsa Tier 1 yang berlangsung pada September 2023 yang lalu menghasilkan keputusan seri 2-2 di Stadium Chengdu, China.


Keputusan masa penuh

FT : SYRIA (2) vs (2) MALAYSIA
  • Arif Aiman Hanapi 39' 
  • Pablo Sabbag 70'
  • Ibrahim Hesar 74'
  • Paulo Josue 78'
Tags:

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment