Telefilem #SOKAMPUNG di TV3

Azhafizah MN
By -
2
Telefilem #SOKAMPUNG

Tonton Telefilem #SOKAMPUNG di slot Cereka Ahad TV3 dan online strim di Tonton bersiaran pada 7 Januari 2024, hari Ahad jam 9:00 malam lakonan Eyka Farhana dan Elisya Sandha.

Telefilem ini merupakan telefilem arahan Liyana Jasmay yang juga turut berlakon sebagai Bibik Kitty. Telefilem terbitan Mermaid Studios Sdn. Bhd. ini pernah ditayangkan pada tahun 2020.

TELEFILEM #SOKAMPUNG

Waktu siaran : Ahad, 7 Januari 2024, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Online strim : Tonton
Pengarah : Liyana Jasmay
Produksi : Mermaid Studios Sdn. Bhd.

PELAKON/CAST DAN WATAK

Dibintangi oleh Eyka Farhana, Elisya Sandha, Kuna Muzani, Kuza Muzani, Liyana Jasmay, Syafi Tee, Shasha Raman, Hariesa, Radzi Rashid dan ramai lagi.
  • Eyka Farhana sebagai Khalisha Kylie
  • Elisya Sandha sebagai Sarah
  • Kuna Muzani sebagai Maryam
  • Kuza Muzani sebagai Datin Raha
  • Liyana Jasmay sebagai Bibik Kitty
  • Syafi Tee sebagai Alan
  • Sasha Rahman sebagai Marissa
  • Hariesa sebagai Lily
  • Radzi Rashid sebagai Adam

SINOPSIS #SOKAMPUNG

SoKampung mengisahkan tentang Khalisha yang dibesarkan di Kuala Selangor oleh ibu bapanya, Maryam dan Ahmad sangat penyayang. Khalisa sangat dimanjakan dan dia jadi sangat manja dan mengada-ngada setelah dewasa. Khalisah sangat obeses dengan Viva Yusuf, seorang blogger fesyen yang juga seorang peniaga berjaya. Setiap hari dia berangan nak bersolek dan cantik macam Viva.

Cuma Khalisah berlatarbelakangkan sawah padi dan jalan kampung. Akaun instagramnya pula diletakkan nama samaran "Kylie". Khalisa mempunyai seorang sepupu sebaya bernama Sarah yang tinggal di KL dan selalu mengikuti aktiviti Sarah dalam instagram. Masa kecil dulu Sarah selalu datang ke kampung waktu cuti sekolah dan Khalisah jgua selalu datang ke KL.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment