Drama Pewaris Cinta (Astro Ria)

Azhafizah MN
By -
2
Drama Pewaris Cinta ditayangkan di Astro Ria mulai 22 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang menerusi slot Tiara. Boleh juga tonton secara online menerusi Astro GO.

Drama Pewaris Cinta

Drama terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Emi Sufian menampilkan Rita Nadira dan Fezrul Khan sebagai pelakon utama bersama barisan pelakon-pelakon hebat otai seperti Zamarul Hisham , Kartina Aziz, Mubarak Majid dan ramai lagi. Turut berlakon dalam drama ini adalah penyanyi Fauziah Latiff.

DRAMA PEWARIS CINTA

Mula siaran : 22 Januari 2024
Waktu siaran : Isnin - Jumaat, jam 6:00 petang
Siaran TV : Astro Ria
Strim online : Astro GO
Pengarah : Emi Sufian
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

PELAKON/CAST DAN WATAK

Dibitangi oleh barisan pelakon-pelakon hebat iaitu Rita Nadira, Fezrul Khan, Fauziah Latiff, Kartina Aziz, Kash Haiqal, Jabir Meftah, Mas Anizan, Bima Samudra, Zamarul Hisham, Mubarak Majid, Rosnah Johari, Putri Dellyna dan ramai lagi.
  • Rita Nadira sebagai Dylea
  • Fezrul Khan sebagai Zaheem
  • Fauziah Latiff sebagai Anita
  • Kartina Aziz sebagai Rosemaria
  • Kash Haiqal sebagai Iman
  • Jabir Meftah sebagai Dhani
  • Mas Anizan sebagai Laila
  • Bima Samudra sebagai Farihin
  • Zamarul Hisham sebagai Zahiril
  • Mubarak Majid sebagai Adnan
  • Rosnah Johari sebagai Khadijah
  • Putri Dellyna sebagai Ivy

SINOPSIS

Pewaris cinta menceritakan tentang pencarian seorang pewaris sebuah empayar milik Rosemaria menemukan dua hati, Dylea gadis angkuh dan Zaheem, pemuda kampung yang serba sederhana. Namun, pencarian itu membuka ruang dendam, amarah, ketamakan dan kerakusan Anita hingga menyingkap rahsia gelap keluarga Rosemaria. Apa akan terjadi?

LAGU TEMA (OST)

Tajuk lagu : Mencintaimu
Penyanyi : Fauziah Latiff
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Rozi Abdul Razak, Marr Mohamad

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. banyak juga drama-drama yang ada rita nadira berlakon sekarang ni , murah rezeki dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..perasan juga tu. Tengah laku berlakon sekarang.

      Delete
Post a Comment