Kasut Adidas Adizero SL W Untuk Running

Azhafizah MN
By -
4
Disebabkan kasut dah menunjukkan tanda-tanda protes tak mahu berlari dan hiking bersama, kita pun carilah kasut baru. Kasut pun dah lama guna sejak tahun 2015. Dah jahit dah gam kasut pun dah berkali kali. Eloklah kita ganti baru kann..Bagilah dia rehat.

Bila kasut dah buat hal minggu lepas, teruslah beli kasut baru yang mengikut bajet. Ikutkan nak beli yang hebat sikit tapi duit tak berapa nak hebat. Beli mana yang termampu dek bajet je lah. Janji ada gitu.

Kali ni beli kasut yang fokus hanya untuk berlari (running). Setelah membuat perhitungan dan review performancenya, saya pilih kasut Adidas Adizero SL W. Ikutkan hati nak je beli AdizeroPrime X Strung atau Adizero adios Pro 3.0 tu tapi ongkosnya tak ramai. Jadi lupakan dulu hasrat tu.

Walaupun Adizero SL W untuk running ni tak banyak pilihan yang menepati bajet. Cuma ada warna all black dan all white je. Tapi dia punya ciri-ciri dan design menarik juga. Saya pilih warna Core Black.

Adidas Adizero SL W

Pilih tapak yang tebal sedikit untuk jaga kaki dan lebih selesa memijak. Tapak kasutnya lightstriko pro yang lebih ringan. Memang ringan dan memudahkan untuk berlari atau berjalan laju.

Adidas Adizero SL W

Saya berikan nama dia blacky dalam aplikasi adidas running sebab dia all black. Design kiri kanan simple dengan material yang ringan.

Adidas Adizero SL W

Adidas Adizero SL W
dari pandangan atas : flatflay

Adidas Adizero SL W
dari pandangan hadapan  low level

Belum sempat lagi dirasmikan di balapan KOMBES. Baru cuba-cuba berlari di rumah. Tak lari dibalapan pun rasa selesa dan ngam sangat saiz dengan kaki. Dah tahu saiz dan biasa pesan online, jadi tak risau lah tentang saiz tu. So far saiz yang dipilih memang ngam.

Harap boleh bertahan lamalah berkhidmat sebab Adidas Adizero SL W khas untuk saya berlari je. Hiking beli kasut lain. Sekarang pun tengah ada promo free delivery untuk adiclub dan promo yang lain. Apa tunggu lagi? Kita pun cari kasut hiking yang baru lah yang mesra poket.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Pagi tadi brisk walk tepi Sg Kuantan, few times nak terlentang sebab outsole dah longkah habis, tak ada grip dah, tapi midsole masih ok, haha cakap dgn hubby tunggu la sampai nazak betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya brisk walk tepi sungai. Outsole tu lah selalunya problem cepat lekang dari gam. Boleh jahit atau tampal lagi tu sebab midsole okay. Macam kasut lama saya tapi dah sampai masa untuk ganti baru sebab foam pun dah menipis. Kena jaga kaki juga.

      Delete
  2. Baca kasut yang Fiza beli. Hehe cuba tengok harga di tag pada gambar tapi tidak dapat tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada harga pada tag. Nak tengok harga terkini boleh tengok di website.

      Delete
Post a Comment