Telefilem Pekerja Terbaik (TV9)

Azhafizah MN
By -
2
Tonton Telefilem Pekerja Terbaik lakonan Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah, Syazwan Zulkifli, Sherry Al-Hadad dan ramai lagi bersiaran pada 12 Januari 2024, hari Jumaat jam 8:30 malam di slot Skrin di 9 TV9 dan strim online di platform Tonton.

Pekerja Terbaik

Telefilem/ telemovie ini pernah ditayangkan pada tahun 2014 yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah terbitan syarikat produksi Saga Lines dan skrip daripada Farhana Zul.

TELEFILEM PEKERJA TERBAIK

Waktu siaran : Jumaat, 12 Januari 2024, jam 8:30 malam
Siaran TV : Slot Skrin di 9 TV9
Strim online : Tonton
Penulis skrip :
Pengarah :
Produksi : 

PELAKON DAN WATAK

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah, Syazwan Zulkifli, Sherry Al-Hadad, Rykarl Iskandar, Shah Tapaw, Zahfiz Hamzah, Achong Sweetchild, Zul Handy Black dan ramai lagi.
  • Zahiril Adzim sebagai Shaudin
  • Sharifah Sakinah sebagai Ella
  • Syazwan Zulkifli sebagai Hairi
  • Sherry Al-Hadad sebagai Miss Jue
  • Rykal Iskandar sebagai Omar
  • Shah Tapaw sebagai Musa Kalut
  • Zahfiz Hamzah sebagai Rosli
  • Achong Sweetchild sebagai Bomoh

Pekerja Terbaik

SINOPSIS PEKERJA TERBAIK

Mengisahkan tentang Shaudin merupakan seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera dan menjadi pekerja terbaik setiap bulan. Namun sikap Shaudin yang berlagak ketika membuat kerja membuatkan Cik Jue, penyelia di situ tidak senang dengan sikapnya.

Pada suatu hari, Cik Jue mengadakan mesyuarat tergempar dan menyatakan bahawa dia akan menyerahkan jawatannya kepada pekerja terbaik untuk bulan seterusnya.

Shaudin yakin yang dia akan terpilih namun kedatangan Hairi, seorang pekerja terbaik di tempat kerja lamanya dulu telah membuatkan Shaudin merasa tergugat.

Disebabkan satu insiden berlaku di mana Hairi ditangkap oleh Shaudin kerana mencuri stok makanan di restoran. Malahan, Shaudin juga masih kekal sebagai pekerja terbaik setiap bulan.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment