Macam biasalah kalau balik kampung Segamat mesti nak menyinggah di Bunga 59 Cafe. Singgah kalau rasa teringin nak mengopi atau makan apa yang sedap di situ. Ini kali keempat dah rasanya kami singgah makan di sini. Port lepak kupi-kupi yang best di Kuala Pilah.
sementara tunggu makanan sampai, kita ambil gambar sudut mana yang menarik |
baca juga
- kupi-kupi di bunga 59 cafe
- bunga 59 cafe, tempat makan sedap di Kuala Pilah
- makan malam di bunga 59 cafe
Chicken Chop |
Chicken chop, luarannya rangup dan isi dalamnya juicy. Baru sedap makan ayam macam ni. Tapi kalau ada chicken grilled mesti lagi best sebab saya suka grilled daripada digoreng. Selain porsi ayam yang besar, kentang goreng dia pun banyak. Tak habis makan sorang.
Bukan sekadar disediakan sos black pepper. Malah ada sos mustard juga. Dua dua sedap!
Spaghetti Crispy Chicken |
Kopi pula saya pesan hazelnut latte dan Caffe latte pilihan encik suami. Rasa kopi usah disangkal lagi kesedapannya. Memang kena dengan selera kami lah. Dengan coffee art latte yang cantik tu, bertambah sukalah kami memesan kopi custom dengan latte art.
Kedua-dua kopi ni kami pernah order sebelum ni. Maintain sedap macam biasa.
Hazelnut latte |
Caffee latte |
Porsi makanan di sini memang besar. Kongsi berdua pun tak apa! Itulah bajet macam boleh habis sebab tak makan malam lagi kan. Rupanya tak habis juga makan sorang. Kenalah berkongsi makan sampai habis. Makan santai-santai sambil berbual, habis juga akhirnya.
Disebabkan bukan rushing pun, jadi lepak lama sikit lah demi menghabiskan makanan. Orang lain pun tak balik dah. Semasa kami sampai ada pelanggan 2 meja.
Kali ni tak duduk di meja yang biasa kami duduk sebab masa tu ada pelanggan di meja sebelah. Jadi kami duduk belakang dari meja yang biasa tu.
Alhamdulillah...habis makan. Pinggan licin.
Kulit chicken chop tu nampak crispy lah Fizah.
ReplyDeleteComel jew ayam goreng tenggek atas spaghetti tu.
Memang crispy kak Amie. Hihi..lain dari yang lain food plating dia.
Deletewah menyelerakan . ciken chop tu nampak sedap . tempat pun nampak relax
ReplyDeleteSangat menyelerakan. Ya, tempatnya tenang saja.
Delete