Doa-Doa Agar Dikurniakan Rezeki Yang Berpanjangan Dengan Segala Kecukupan Serta Keberkatan

Azhafizah MN
By -
6
Untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu, kita kenalah berusaha. Seperti kata peribahasa 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' yang membawa maksud untuk mendapat sesuatu kenalah berusaha terlebih dahulu.

Dalam mencari rezeki, usaha itu penting kerana rezeki tak akan datang bergolek. Namun kebergantungan kita kepada Allah amat penting kerana rezeki itu datangnya daripada Allah. Oleh sebab itu, selepas kita menabur usaha, susulilah dengan berdoa.

Doa sebagai perisai yang menjadikan kita lebih semangat, semakin kuat dan tenang menghadapi sebarang kesukaran serta cabaran dalam kehidupan. Jangan pernah tinggal untuk berdoa agar dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan dan juga kecukupan.

Doa-Doa Rezeki

Ini kerana hati yang rasa CUKUP atau Qanaah adalah satu sumber ketenangan hakiki, ia memberi rasa nikmat dan manis kepada hidup. Siapa yang memiliki hati sebegini tidak sedar bahawa hidupnya ada kekurangan walaupun tidak memiliki apa yang diimpikan, tidak terlalu lama bersedih dengan kehilangan, juga tak merasa iri dengan nikmat orang lain.. hidupnya insyaAllah senang hati.

Doa-Doa Agar Dikurniakan Rezeki Yang Berpanjangan Dengan Segala Kecukupan Serta Keberkatan

1. Doa meminta kecukupan rezeki

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ وَرَبَّ الأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَىْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَىْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَىْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Maksud : “Ya Allah, tuhan yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkaulah yang awal, sebelumMu tiada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tiada sesuatu. Engkaulah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkaulah yang batin, tidak ada sesuatu yang luput dariMu. Lunasilah hutang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” —HR Muslim, no. 2713

2. Doa meminta rezeki yang halal

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksud : “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisiMu dan mendapatkan ganjaran yang baik).”—HR Ibnu Majah, no. 925. Disahihkan oleh Al-Hafizh Ibnu Tahir

3. Doa dijauhkan dari harta haram

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksud : “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram dan cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari bergantung pada selainMu.”—HR Tirmizi, no. 3563

4. Doa perbanyakkan harta

اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي

Maksud : “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anakku serta berkatilah kurnia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan padaMu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.”—HR Bukhari, no. 1982

5. Doa berlindung dari kemiskinan

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْقِلَّةِ وَالذِّلَّةِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ

Maksud : “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kefakiran, kemiskinan, kehinaan dan aku berlindung kepadaMu jangan sampai aku menzalimi atau dizalimi.” —HR Ahmad, no. 8053

Wallahu a’alam...
Sumber: tzkrh.com
Tags:

Post a Comment

6Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment