Telefilem Misteri Akil Balik (TV9)

Azhafizah MN
By -
4
Misteri Akil Balik

Tonton Telefilem Misteri Akil Balik di slot Skrin di 9 TV9 dan online strim di platform Tonton bersiaran pada 5 Januari 2024, hari Jumaat jam 8:30 malam lakonan Izzue Islam, Azar Azmi, Aprena Manrose dan ramai lagi.

Misteri Akil Balik, sebuah telefilem seram komedi pernah ditayangkan di Slot Cerekarama TV3 pada tahun 2019. Telefilem terbitan Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Amie Maziah dengan nukilan skrip daripada Norsyiella Annuar.

TELEFILEM MISTERI AKIL BALIK

Waktu siaran : Jumaat, 5 Januari 2024, jam 8:30 malam
Siaran TV : Skrin di 9 TV9
Online strim : Tonton
Penulis skrip : Norsyiella Annuar
Pengarah : Amie Maziah
Produksi : Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd.

PELAKON/CAST DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Azar Azmi, Aprena Manrose, Wanna Ali, Faiz Tapaw, Akmal Ahmad, Emma Latah, Mam Syida dan ramai lagi.
  • Izzue Islam sebagai Akil
Misteri Akil Balik

SINOPSIS MISTERI AKIL BALIK

Kemunculan Akil di kampung halamannya semula telah menimbulkan persoalan orang kampung. Malah mereka merasakan sejak adanya Akil di kampung itu pelbagai perkara misteri berlaku. 

Terutamanya dua orang pemuda kampung yang nakal iaitu Oden dan Ucop kerana mereka merasakan sejak Akil muncul, Hani, Hanim dan Hanum sering tergila-gilakan Akil. Mereka berdua rasa tergugat.

Akil mebuka gerai menjual sate dan sering mendapat perhatian pelanggan kerana satenya sedap. Akil akan menutup gerainya sebelum jam 12 tengah malam. 

Hal itu membuatkan Oden dan Ucop makin musykil dan mereka mengatakan Akil membela hantu. Malah satenya yang sedap itu sebenarnya telah diletakkan sesuatu. Namun ada sejarah tersembunyi di sebalik kepulangan Akil ke kampung itu, langsung merungkai misteri sebenarnya.

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Mana hilangnya Azar Azmi ni. Ramai yang rindu kat die

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..menghilang terus. Itu yang tiba keluar telefilem ni agaknya.

      Delete
  2. tak pernah bosan tengok setiap episod drama ni dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada episod ye? Saya tahu yang telefilem ni je. Drama berepisod macam tak pernah tengok pula.

      Delete
Post a Comment