Adidas Predator Accuracy 4 Indoor Sala Boots Untuk Futsal

Azhafizah MN
By -
2
Selain membeli Adidas Adilette Ayoon Slides secara online pada bulan November 2023 yang lepas, sempat juga rebut sale Adidas Predator Accuracy 4 Indoor Sala Boots untuk encik suami. Nampak gaya kasut futsal dia dah barai, kenalah beli yang baru.

Kasut futsal yang lama tu, kasut dah berusia 10 tahun lebih. Kasut hantaran kahwin. Memang dah tiba masanya ganti yang baru. Kebetulan dia pun baru nak aktif semula futsal, jadi belilah satu untuk keselesaan dan keselamatan kaki.

Beli warna yang sama cuma yang ni warnanya dia lebih terang menyala dengan design yang baru dan lebih menarik. Nama warnanya Team Solar Orange. Harga asalnya RM200 lebih tapi diskaun 60%, dapat bawah RM100. Sangat berbaloi bukan? 
  
Adidas Predator Accuracy 4 Indoor Sala Boots

Nak review okay ke tidak, bukan saya yang pakai. Setakat ni encik suami pakai okay je. Cuma yang tapak kaki lebar depan tu kurang sesuai lah. Sempit sikit dan tak selesa. Jenis kaki tak lebar tu sesuai sangat.

Adidas Predator Accuracy 4 Indoor Sala Boots

Untuk kasut sukan ni saya lebih suka memilih warna yang terang-terang menyerlah ni. Dari jauh pun dah nampak dah. Kannn...

Nak beli kasut adidas murah-murah di website kena rajinlah jengan website tu. Lagi jimat kalau jadi membership, ada diskaun lain pula. Tapi tulah kadang yang berkenan tu tak ada saiz lah, sold out lah. Kenalah pilih kasut lain pula.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Memang terang warna orennya.
    Berbaloi harga jadi bawah RM100.

    ReplyDelete
Post a Comment