Replika Tengkolok Di Mana-Mana

Azhafizah MN
By -
13

Kita ni suka ambil gambar walau dimana sahaja berada. Handphone tu sentiasa ditangan supaya senang nak merakam apa yang menarik perhatian semasa dalam perjalanan kemana-mana. 

Salah satunya replika tengkolok yang ada dimana-mana ni. Sebelum ni saya pernah ambil gambar tengkolok di Bukit Putus, Ulu Bendul Kuala Pilah.

Yang tu dapat ambil gambar elok sebab berhenti ambil gambar. Masa pergi Jasin haritu dapat juga ambil gambar replika tengkolok di pekan Jasin. Nampak dari jauh, kita dah bersedia untuk ambil gambar. Gambar ni je lah yang nampak macam okay elok dalam bingkai gambar. 

Replika Tengkolok

Kemudian haritu balik dari hiking Bukit Batu Sawa melalui pekan Jelebu perasan tengkolok songket berwarna biru ni. Kita pun cepat-cepat on camera dan ambil gambar. Ini je lah gambar terbaik yang dapat diambil.

Replika Tengkolok

Tengkolok ni ada pelbagai jenis dan namanya mengikut negeri. Tengkolok menggambarkan ketinggian seni, budaya dan warisan Melayu. Keseniaan dan keunikannya boleh dilihat melalui susun atur lipatan. Satu usaha yang bagus untuk memperkenalkan tengkolok kepada orang ramai terutamanya pengunjung dari luar.

Post a Comment

13Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. samalah , kalau gi jalan memana telefon mesti di takan supaya cepat-cepat nak tangkap gambar yang cantik-cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..begitulah kalau jenis suka tangkap gambar kan. Yang faham je faham.

      Delete
  2. ya Allah, cantiknya tengkolok.. nak tanye, bukit putus tu memang bukit tu putus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik seni binanya kan. Bukit tu tak putus, cuma nama je kot. Tak tahu lah kot ada sejarahnya. hihi...

      Delete
  3. Banyaknya tengkolok! Akk pernah tengok yg di Jasin tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau jumpa tengkolok lagi kita boleh buat album gambar dah.

      Delete
  4. Cantiknya... Naniey sekarang telefon dah standby tapi bila nak ambil gambar time tu la ada je 'iklan intan payung dua orang tu'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...faham sangat tu Naniey. Kalau ada dorang memang tak dapatlah kita nak ambil gambar. Silap² gambar selfie dorang je penuh.

      Delete
  5. Wahhh boleh dong ditandain lokasi-lokasinya ada dimana-mana saja itu, boleh kah difoto untuk orang umum seperti kami ini ?

    ReplyDelete
Post a Comment