Filem Anak Perjanjian Syaitan (TV3)

Azhafizah MN
By -
2
Anak Perjanjian Syaitan

Tonton Filem Anak Perjanjian Syaitan di TV3 dan online strim di platform Tonton pada hari Jumaat, 5 Januari 2024 jam 10:00 malam.

Filem ini merupakan filem seram Malaysia yang pernah ditayangkan dipawagam pada tahun 2019 lakonan Nadzmi Adhwa dan Chacha Maembong serta ramai lagi pelakon hebat. Sekuel Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 pula baru ditayangkan di pawagam mulai 4 Januari 2024.

Anak perjanjian Syaitan sebuah karya sutradara Helmi Yusof terbitan Screen Studios dan skrip ditulis oleh Subroto Katimin.

FILEM ANAK PERJANJIAN SYAITAN

Waktu siaran : Jumaat, 5 Januari 2024, jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Online strim : Tonton
Penulis skrip : Subroto Katimin
Pengarah : Helmi Yusof
Produksi : Screen Studios

PELAKON/CAST DAN WATAK

Filem ini dibintangi oleh Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Shahrulizam Noor, Shahrulizam Noor sebagai Pak Man
Azlan Komeng dan ramai lagi.
  • Nadzmi Adhwa sebagai Cikgu Zaidy
  • Chacha Maembong sebagai Azlinda
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Rahmah
  • Shahrulizam Noor sebagai Pak Man
  • Azlan Komeng sebagai Ustaz Aznan Shamsullah

SINOPSIS ANAK PERJANJIAN SYAITAN

Zaidi adalah seorang guru, yang mana ibunya seorang janda kaya yang inginkan cucu sendiri dan sering memberi tekanan kepadanya untuk berkahwin lagi kerana dia dan isterinya, Azlinda, tidak mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. 

Azlina sering dicemuh oleh ibu mertuanya kerana perkara itu. Penat dengan bebelan ibunya, Zaidi meminta untuk bertukar tempat kerja dan rupa-rupanya tempat itu adalah kampung kelahiran arwah bapanya. 

Pasangan itu tinggal di sebuah rumah milik nenek Zaidi yang terletak di sebuah kawasan terpencil. Rumah menakutkan itu tidak diduduki selama lima tahun dan hanya dijaga oleh seorang pekebun bernama Pak Man. 

Di sana, Azlina mula mendengar suara bayi dan kanak-kanak bermain. Dia kemudian mendapat tahu dia telah hamil. Walau bagaimanapun, dia masih sering diganggu oleh suara tersebut dan mimpi aneh.

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment