Jadual Tarikh Perlawanan Piala Asia 2023 Qatar Kumpulan E (Malaysia)

Azhafizah MN
By -
2
Piala Asia Qatar 2023
sumber : FAM
Piala Asia 2023/ AFC Asian Cup 2023 di Qatar dijadualkan berlangsung bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024. Skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon telah diundi dalam kumpulan E. 

Melihat dari senarai pasukan dalam Kumpulan E, laluan sukar buat pasukan Malaysia yang bakal berhadapan dengan pasukan nombor tiga Asia, Korea Selatan yang berada di tangga ke-23 dunia, pasukan Bahrain yang berada di tangga ke-86 dan juga Jordan yang berada di tangga ke-87.

Malaysia akan memulakan aksi kempen Piala Asia 2023 bertemu Jordan pada 15 Januari 2024, Hari Isnin di Stadium Al Janoub, kemudian menentang pasukan Bahrain pada hari Sabtu, 20 Januari 2024 di Stadium Jassim Bin Hamad dan aksi penutup kumpulan E melawan Republik Korea (Korea Selatan) pada 25 Januari 2024, hari Khamis di Stadium Al Janoub.

Jadual tarikh dan keputusan perlawanan Piala Asia (AFC Asian Cup) 2023 Qatar Kumpulan E (Malaysia)

Isnin, 15 Januari 2024

Malaysia   vs  Jordan 
Masa : Jam 8:30 malam (Qatar) / 16 Jan 2024, jam 1:30 am (Malaysia)
Tempat : Stadium Al Janoub
Keputusan : Malaysia (0) vs  (4) Jordan 

Sabtu, 20 Januari 2024

Bahrain   vs    Malaysia
Masa : Jam 5:30 petang (Qatar) / 10:30 malam (Malaysia)
Tempat : Stadium Jassim Bin Hamad

Khamis, 25 Januari 2024

Korea Republic  vs   Malaysia
Masa : Jam 2:30 petang (Qatar) / 7:30 malam (Malaysia)
Tempat : Stadium Al Janoub

Siaran langsung/ live strim Kejohanan Piala Asia Qatar 2023

Peminat bola sepak di Malaysia boleh menyaksikan siaran langsung Kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
RTM akan menyiarkan setiap perlawanan membabitkan pasukan Malaysia malah bukan itu sahaja, peminat turut dapat menonton perlawanan pasukan lain di saluran rasmi itu.—Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata
Siaran langsung setiap perlawanan akan dikemaskini kemudian.

sumber : hmetro

JADUAL PENUH PERINGKAT KUMPULAN PERLAWANAN PIALA ASIA QATAR 2023 

(Waktu Malaysia)

Sabtu, 13 Januari 2024

Qatar vs Lubnan - 12.00AM
Australia vs India - 7.30PM
China vs Tajikistan - 10.30PM

Ahad, 14 Januari 2024

Uzbekistan vs Syria - 1.30AM
Japan vs Vietnam - 7.30PM
UAE vs Hong Kong - 10.30PM

Isnin, 15 Januari 2024

Iran vs Palestin - 1.30AM
Korea Selatan vs Bahrain - 7.30PM
Indonesia vs Iraq - 10.30PM

Selasa, 16 Januari 2024

MALAYSIA vs Jordan - 1.30AM
Thailand vs Kyrgyzstan - 10.30PM

Rabu, 17 Januari 2024

Arab Saudi vs Oman - 1.30AM
Lubnan vs China - 7.30PM
Tajikistan vs Qatar - 10.30PM

Khamis, 18 Januari 2024

Syria vs Australia - 7.30PM
India vs Uzbekistan - 10.30PM

Jumaat, 19 Januari 2024

Palestin vs UAE - 1.30AM
Iraq vs Japan - 7.30PM
Vietnam vs Indonesia - 10.30PM

Sabtu, 20 Januari 2024

Hong Kong vs Iran - 1.30AM
Jordan vs Korea Selatan - 7.30PM
Bahrain vs MALAYSIA - 10.30PM

Ahad, 21 Januari 2024

Oman vs Thailand - 10.30PM

Isnin, 22 Januari 2024

Kyrgyzstan vs Arab Saudi - 1.30AM
Qatar vs China - 11.00PM
Tajikistan vs Lubnan - 11.00PM

Selasa, 23 Januari 2024

Australia vs Uzbekistan - 7.30PM
Syria vs India - 7.30PM
Iran vs UAE - 11.00PM
Hong Kong vs Palestin - 11.00PM

Rabu, 24 Januari 2024

Japan vs Indonesia - 7.30PM
Iraq vs Vietnam - 7.30PM

Khamis, 25 Januari 2024

Korea Selatan vs MALAYSIA - 7.30PM
Jordan vs Bahrain - 7.30PM
Arab Saudi vs Thailand - 11.00PM
Kyrgyzstan vs Oman - 11.00PM

6 pasukan juara kumpulan, 6 pasukan naib juara kumpulan dan 4 pasukan terbaik tempat ke-3 akan mara ke pusingan 16 terbaik. Semoga pasukan Harimau Malaya dapat mencipta kemenangan dan dapat melangkah ke peringkat sejauh mungkin dalam kejohanan Piala Asia 2023 Qatar ini.
Tags:

Post a Comment

2Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment