10 Doa Tenangkan Hati Dan Kuatkan Semangat Ketika Sedih Dan Gelisah

Azhafizah MN
By -
4
Sedih, gelisah, tertekan, kecewa, takut dan bermacam perasaan lagi itu lumrah kehidupan. Begitulah hati manusia kadang kala hati kita berbolak balik bila ditimpa sesuatu yang buruk. Tiba-tiba akan timbul rasa sedih, gelisah, kecewa dan takut yang mempengaruhi emosi kita.

Bila semua perkara itu terjadi atau bila kita didatangi ujian, perkara yang kita akan lakukan adalah berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT. Begitulah cara menghilangkan rasa gelisah menurut Islam.

Doa adalah senjata umat Islam apabila kita berhadapan dengan situasi yang menyukarkan dalam hidup sebagai jalan keluar kepada masalah yang kita hadapi. Bukan hanya ketika susah, ingatlah Allah setiap masa. Jangan pernah berhenti berdoa.

doa tenangkan hati dan fikiran

Berikut, doa-doa yang boleh diamalkan untuk tenangkan hari dan kuatkan semangat ketika sedih, gelisah, cemas, takut, tertekan dan boleh juga ketika dibebani hutang.

10 Doa tenang hati

Doa tenang hati 1
Doa agar hati tenang disaat merasakan hal-hal yang negatif seperti sedih, cemas dan ingin meminta perlindungan kepada Allah SWT.

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.—Sahih Bukhari

Doa tenang hati 2
Doa yang dibaca oleh Nabi Musa saat menghadapi Fir'aun.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli

Maksudnya : Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.—QS Thaha 25-28

Doa tenang hati 3
Doa ini dibaca oleh tentara Talut saat melawan tentara Jalut yang terlihat lebih perkasa dan kuat.

رَبَّنَآ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّثَبِّتْ اَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ۗ
Rabbanaa afrig 'alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa 'alal qaumil kafiriin

Maksudnya : Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.—QS Al Baqarah 250

Doa tenang hati 4

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ قَالَ لِرَجُلٍ قُلِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً ، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ , وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika

Maksudnya : Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.—Hadist Imam Thabrani

Doa tenang hati 5

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh. —Sahih Bukhari

Doa tenang hati 6

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths

Maksudnya : Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. —Hadis Riwayat Tirmidzi

Doa tenang hati 7

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla

Maksudnya : Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.—Sahih Ibnu Hibban

Doa tenang hati 8

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.—Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

Doa tenang hati 9

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli

Maksudnya : Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.—Surah Taha Ayat 25-28

Doa tenang hati 10

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Hasbunallah wanikmal wakil

Maksudnya : Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami.—Surah Al-Imran Ayat 173

Selamat beramal. Semoga hati kita tenang, sabar dan kuat semangat. Aamiin...

sumber : 
https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2021/01/25/penawar-segala-rasa-gelisah-takut-dan-sedih-amalkan-4-doa-ini
https://siraplimau.com/doa-penenang-hati-hilangkan-stres/
Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. bagus perkongsian doa sebegini...zaman fitnah sekarang ni banyak kes terjun la..kes 302 la...biar jiwa menjadi tenang bila serabut..takdelah mula depress dan ada jenayah sampingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat.
      Ya, banyak dengar kes begitu sekarang. Semoga kita tenang-tenang sahaja menjalani hidup sementara di dunia ni.

      Delete
  2. Terima kasih Fizah kongsi doa-doa untuk tenangkan hati.

    ReplyDelete
Post a Comment