Filem Banglo Seksyen 12 di Pawagam 25 Januari 2024

Azhafizah MN
By -
4
Banglo Seksyen 12, sebuah filem seram mula ditayangkan di pawagam pada 25 Januari 2024. Filem ini merupakan inspirasi daripada novel seram nukilan Hasrudi Jawawi menampilkan barisan pelakon seperti Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Harris Alif dan ramai lagi.

Filem Banglo Seksyen 12

Skrip filem ini disediakan oleh Dharma Nasution merangkap pengarah filem ini bersama Intan Ladyana dan diterbitkan oleh syarikat produksi Prisma Pictures Sdn Bhd

FILEM BANGLO SEKSYEN 12

Tarikh tayangan : 25 Januari 2024
Penulis novel : Hasrudi Jawawi
Penulis skrip : Dharma Nasution
Pengarah : Dharma Nasution & Intan Ladyana
Produksi : Prisma Pictures Sdn. Bhd.
Genre : Seram

PELAKON/CAST

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Harris Alif dan ramai lagi.

SINOPSIS

Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Keadaan tersebut menjadi misteri apabila kumpulan paranormal yang datang ke lokasi menemui beberapa mayat tanpa kepala di dalam banglo itu. Mereka menemui seorang remaja (Fahmi) yang terselamat, mukanya berlumuran darah dan sedang ditenangkan oleh seorang wanita (Dr. Saleha) yang memperkenalkan dirinya sebagai pakar psikologi.

Dr. Saleha menyatakan bahawa kronologi misteri pembunuhan pada 2006 adalah sama seperti yang berlaku pada malam itu. Dia merupakan doktor yang merawat remaja yang terselamat dari kejadian misteri yang lalu.

Selepas dipujuk oleh Dr Saleha, Fahmi yang masih trauma menceritakan perkara misteri yang berlaku sebelum semua rakannya hilang dan meninggal dunia. Dirinya seakan memasuki dunia lain ketika berada di dalam banglo itu.

Selepas didesak bertubi-tubi oleh ketua kumpulan paranormal untuk menceritakan kisah sebenar, Fahmi memberitahu ada makhluk besar membunuh rakannya di banglo itu. .

Adakah makhluk itu hanya ilusi atau jelmaan yang dipuja oleh sekumpulan remaja sebelum ini?

sumber : myinfotaip

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Semoga filem ini tidak mengecewakan penontonnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya lah..Biasanya cerita seram ni level seram dia tak seram sangat kan. hihi

      Delete
  2. Replies
    1. Untuk level seram ni bergantung pada individu. Jenis penakut sangat tu kira seram ya amatlah. hihi...

      Delete
Post a Comment