Tak sempat nak berbalas senyuman sebab kami macam sekilas pandang gitu je. Saya pun teruskan shopping dan bagitahu encik suami ada Aina Abdul. Tak jauh pun dari kami, memang dekat je. Kami pun shopping macam biasa je.
Tapi masa nak pergi ke tempat lain, nampak Aina sorang-sorang saya pun sajalah cakap dengan suami nak bergambar dengan Aina. Dia kata pergilah. Saya pun dekat dengan Aina dan minta nak bergambar. Dia pun okaylah dan senyum.
Tak lokek senyuman dan mesra peminat. Tak sombong lansung! Dapatlah ambil beberapa keping gambar. Eh, tersama pula tu tema hitam.
Dalam kereta kami dok sembang pasal Aina Abdul. Buat apa entah Aina Abdul di Seremban ni tiba-tiba ada sini. Lepas tu saya pun google lah biodata dia. Baru tahu dia dibesarkan di Negeri Sembilan. Di lahirkan di Johor. Maksudnya family dia dok Seremban lah kan? Saya agak je lah.
Saya bukan Ainations, jadi tak tahu cerita lah. Cuma minat dia dan lagu-lagunya. Selanjutnya tak berapa nak tahu.
Saya minat juga Aina Abdul ni.
ReplyDeleteAgaknya kalau terserempak pun sy tak cam kot.. haha. Sbb pernah pegi event dgn ramai celebrity.. ni off topic bukan psl Aina (ketika tu sy baru sampai Msia), dah balik rumah.. baru tergerak Google. Oh rupa2nya Pengacara terkenal.. 😅.
Cantik lah Aina dlm pic ni.. and U too.
Ohh. Kadang macam tu lah kita, tak berapa pasti terus google. hihi...
DeleteTerima kasih kak.
Jika tak kerana pakaiannya, akak rasa, akak tak kenal itu Aina Abdul, kalau jumpa depan-depan. Suara dia memang power, kan.
ReplyDeleteHihi...tak makeup nampak lain sikit. Ya, suara dia memang power.
DeleteUntung lah kalau jumpa artis tak sombong.
ReplyDeleteYa, baguslah kalau ada artis yang tak sombong kan.
DeleteSenyum-senyum dapat juga Fiza bergambar dengan Aina. Macam akak segan. Hari itu jumpa Dato' Awie cuma pandang sahaja. Hehe segan ajak bergambar.
ReplyDeleteDapat jugalah buat kenangan gitu. Hihi..sebab dia sorang takdelah saya segan. Kalau ramai ramai dengan family dia tu seganlah juga tiba tiba kan nak ambil gambar.
DeleteHihi..kadang macam tu jugak jumpa artis. Tak tahu nak re act, hanya sekadar pandang.
kalau terserempak mungkin x kenal... :
ReplyDeleteYe, kadang begitulah.
DeleteSuara dia best. Walaupun fesyen dia pelik tapi itulah AINA ABDUL. Setiap kali kemunculan dia kat mana mana event semua orang tertunggu tunggu apa lagi fesyen pelik dia kali ni.
ReplyDeleteUnik dan pelik itulah trademark dia kan. Suara memang power.
Deletetahun lepas company buat jamuan raya, jemput dia buat performance. time tu kitorang excited gak lah nak tengok dia pakai apa. turn out dia pakai simple je. kebaya putih, pario batik tak silap.
ReplyDeleteHihi..majlis biasa dia very the simple kot kan.
Delete